Menarik juga menyaksikan video ni. Nampak sangat lelaki tak mengenal barang-barang dapur. Serupa macam perempuan tak kenal alat-alat bertukang. (tak semua kan..)
Lazimnya, perempuan je kenal barang-barang keperluan dapur. Terutamanya bila perempuan atau wanita tu 'stand alone' menguruskan dapur dan keperluannya. Dapat suami jenis makan aje tau. Mungkin kebanyakannya bagi duit belanja.
"Ok...sayang beli lah apa je yang perlu untuk masak memasak. Nanti kalau tak cukup mintak lagi."
Bila isteri tak sihat, ha..!! baru kelam kabut nak kena gi beli sendiri. Itu pun kalau nak keluar beli. Kalau tak mau gak.. Guna je lah apa yang ada. Yang lebih malang lagi, isteri yang guna duit sendiri untuk beli barang dapur. Suami lepas tangan, sebab katanya isteri bekerja..
"Tunggu sayang sihat, nant sayang gi beli seniri yek..!!" Memang hampeh dapat suami macam ni.
Tapi ramai jugak suami yang tak macam watak-watak di atas. Untunglah mereka yang dapat suami yang tahu serba-serbi dan ringan tulang. Untung jugaklah yang dapat suami yang tak reti buat apa2, dan yang berat perut berat tangan nak menghulur belanja tu....sbb dapat pahala sabar...ye tak?
Bersyukur lah kita kepada Allah maha kuasa... semuanya nikmat Allah.. untung tu nikmat. Rugi pun nikmat. Apa juga yang menimpa kita dalam hidup kita, ada hikmahNya.
Ramai jugak para wanita yang sama macam lelaki dalam video di atas, tak mengenal nama dan rupa barangan dapur. Gitu.
Perlukah...atau memang dah ada di pasaran, buku macam buku kanak-kanak untuk mengenal barang?
1. NAMA-NAMA SAYUR-SAYURAN DI PASARAN
2. NAMA JENIS IKAN UNTUK DIMASAK DENGAN KHASIATNYA.
3. NAMA BAHAN-BAHAN RAMUAN DALAM MASAKAN.
4. PERALATAN DAPUR YANG WAJIB ADA
Kalau dah ada buku ni di pasaran, eloklah setiap pasangan yang baru kawin (dah lama kawin pun ok pe beli buku camni...) . Jadi, setiap kali nak suruh suami atau anak pergi pasar beli barang dapur, boleh tunjuk gambarnya agar tidak tersalah beli.
Jangan nanti suruh beli ikan kembung, dibelinya ikan selar. Suruh beli kunyit, dibelinya halia. Suruh beli daun sop, dibelinya daun ketumbar (ok, yang ni, accik pun keriru gak kenkadang...sebab jarang guna daun ketumbar ni..haha).
Harapan accik, terutama pada anak lelaki yang dah jadi suami orang, bantu lah tugas isteri bila perlu. Kenali lah keperluan dapur agar senang nak bantu isteri ke pasar nanti. Jangan harapkan isteri je yang ke pasar beli barang dapur ye..
Yang anak perempuan pulak, camtu jugak. Jangan le sengaja hanya harap suami je ke pasar beli barang dapur. Sebaiknya, gi sesama. Menambah kasih sayang gitu...hehe.
Kalau pun tak ada buku ni, bukan susah pun. Tanya je orang kat pasar tu...kann kan kann...
Segan bertanya, sesat jalan.. salah belian.
Tapi accik tau, ramai yang malu nak bertanya. Jadinya, jangan lah kedekut, beli lah satu buku yang cenggitu...
Kalau tak ada, suh penulis2, penerbit-penerbit buku hasilkan buku yang cenggitu (semacam itu)
Catatan Accik lupekanje:
Ndak jugak beli buku yang mengenalkan jenis-jenis daun ulam, pucuk pelbagai untuk buat gulai tempoyak...heheh...daun sekentut tak cam-cam lagik.....hello accik....kat google pun ado laaa...
Kadang-kadang perlu jugak ada hard copy book ni. Berguna di tempat yang tiada line internet kann.!
Sekian. Kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti, kalau ada silap dan salah, pebetui kan saya ye..mzb



