Friday, July 22, 2016
Hidup bukan satu perjudian
Dulu saya selalu merasakan hidup ini satu perjudian. Tapi semenjak seseorang menegur saya, mengatakan hidup bukannya perjudian dan bla bla bla....(saya lupa siapa yang menasihatkan saya ni. Terima kasih sahabat) . Bila saya cuba cari ayat-ayat yang hidup bukan satu perjudian ini, saya terjumpa bait-bait kata-kata seperti di bawah. Indah sekali.
Hidup bukan satu perhitungan;
bagi tentukan siapa kalah atau menang.
Hidup juga bukan satu perjudian;
sekadar menunggu dan menanti apa pula yang akan terjadi.
Sebaliknya hidup adalah satu perjuangan. Perjuangan pertahankan hak sendiri;
perjuangan laksanakan hak orang lain;
perjuangan mencipta bahagia diri dan paling penting, perjuangan jalankan segala amanah dan tanggungjawab yang telah ditetapkan;
tak kira siapa pun kita kerana kita semua adalah hamba-Nya.
Ujian adalah rencah hidup;
bukan penghalang bahagia;
bukan juga derita untuk selamanya.
Ujian hidup bak tali yang regang,
pasti akan kendur atau putus juga akhirnya;
dengan syarat, usahakan jalan penyelesaiannya!!
Disalin dari blog Puan Suzana Ghazali (Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie)
Terima kasih puan kerana mengingatkan.
Accik Cen:
Untuk renungan kita bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna
Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya. Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...
-
Dalam kegilaan sesetengah masyarakat IT di Facebook, mengambil bahagian dalam kuiz demi kuiz....(I'm not one of them...) acik terseremp...
-
Hmm...teringin bergosip harini... boleykan..boleyy?...boley laa... Acik tengok paper hari ni.. tentang sorang bekas menteri besar kawin d...
-
Sempena Tahun Baru Cina, memasing ambil peluang balik kampung temasuk acik. Sementelahan anak pun balik bercuti, kecuali Yanie, yg bercuti ...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.