Friday, May 15, 2015

Berpantai di hujung minggu (Melaka /Port Dickson)


Sesekali menghabiskan masa di pantai bersama orang tersayang, merupakan masa yang amat berharga..sentimental..instrumental...ilang sakit mental..hehe.

Jadi, minggu lepas perancangan diizinkan Allah untuk ke sini lagi.  Last time, dah penah datang sini.  Tak ingat sama ada dicatitkan dalam blog ni atau tidak.  Sekitar tahun 2006 atau 2007 kot.  Pengkalan balak, tempat yang sangat indah dan permai.  Cuma agak berbeza dengan masa first time pergi dulu tak serabut dengan kedai makan, kedai souvernir, kat tepi pantai ni. 

Accik pujuk pakcik owner chalet tu mintak rumah yang paling tepi pantai, sebab nakkn view laut/pantai sama macam mula-mula accik menginap di sini dulu. Indah sangat. Romantika d amor gitu... Subhanallah.

Sesekali terfikir jugak.  Takut kekalau berlaku bencana alam ...accik lah yang akan kena dulu, sbb paling tepi pantai...err..nauzubillahiminzalik..semuanya ketentuan Allah jua.  Kita pasrah dan sentiasa beringat, berzikir dan beristighfar memohon keampunan dan keredhoan Allah.


Menyaksikan matahari terbenam di pantai Pengkalan Balak. Subhanallah.



Tempat Penginapan di Pengkalan Balak (Impiana Chalet)


Aktiviti di pantai, banana boat, jetski, menunggang kuda. 
Kami hanya menikmati keindahan pantai sahaja. Tak naikpun kudo tu.

Apa yang lebih menyenangkan selain dari menyaksikan keindahan pantai


Merendam badan di air masin. Lama dah tak mandi laut ni. 
Sejak pakai tudung, rasa malu fulak nk berendam.
Dahlah badan macam ikan dugong...hehe

On way balik, buat lintas hormat kat port memancing favourite accik..
Kat bt.13 PD..mmg tempat pilihan.  Bukan sebab banyak ikan. 
Tapi sebab tak ramai orang nak tgk accik mancing kat sini...hehe
Satu lagi permandangan di Batu 13 PD.


Lintas hormat kat Bt 7 & 8 Teluk Kemang PD. Tak nampak pantai
sebab tak turun kereta untuk ambil gambar.  Jem di situ. 
Terlalu ramai dan sesak dengan manusia dan kereta.
Tempat tumpuan ramai untuk mandi manda di sini.

Alhamdulillah.  Accik akan datang lagi ke sini.  Asalkn masih kelihatan damai di sini.  Nak mancing tak jadik.  Sebab lupa nk beli umpan..huhu..


Blog cadangan untuk dikunjungi  : -    Penawar Untuk Yang Kecewa Bercinta

Sunday, December 28, 2014

Pantang ketika bersalin

Alhamdulillah, anak accik dah selamat bersalin pada  17 Safar 1436H bersamaan dengan 9 Disember 2014 dan memberikan gelaran nenek kepada accik :) ..
Baby Nur Amni
Baharulah sibuk nak mengkaji tentang pemakanan orang dalam pantang, selepas lebih 23 tahun tak beranak kecil.

Dulu dunia komunikasi tak secanggih kini.  Tidaklah mendengar sangat tentang kepelbagaian kaedah dan pemakanan ketika berpantang.  Sekarang dah tahu, ada macam-macam 'khilafiyah' juga terutama tentang pemakanan waktu berpantang. 
Terpulang pada keserasian kita lah untuk menerimanya.  Accik kumpulkan pandangan-pandangan yang berlainan itu untuk panduan accik sendiri di masakini dan akan datang kalau kena jaga anak dalam pantang lagi nanti.

1.

BOLEH
TIDAK BOLEH

AYAM & DAGING



  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang

  • Ayam biasa (takut gatal)

IKAN

Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang


ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman

  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucuk pegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku




SAYUR-SAYURAN /

Penting:
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta beranginboleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.

  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih


  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering


BUAH-BUAHAN

Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina

  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai



LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang


AIR

Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.

  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang


sumber: hidayahmk.blogspot.com

Thursday, December 4, 2014

Hidup dan UjianNya

Kehidupan ini adalah satu pengembaraan. Sepanjang permusafiran ini, kita akan diuji dengan pelbagai ujian. Mudah-mudahan kita semua adalah hambaNya yang sabar dan bersyukur sentiasa.  Setiap kita pasti ada melalui ujian getir dalam kehidupan.  


Kehilangan orang tersayang (hidup atau mati), sakit, fitnah, anak, kemiskinan, ujian dengan masa, ujian hati, ujian dalam rumahtangga.  Ada orang, lagi diuji, lagi jauh dari Penciptanya.  Ada orang, ujian tambah mendekatkannya dengan Allah.  Jadilah golongan yang kedua itu.

Kegembiraan dalam kehidupan juga adalah ujian.  Apakah kegembiraan tambah mendekatkan kita dengan Allah, atau menjadikan kita lupakan pemberi kegembiraan itu? Hingga kita mengabaikan perintahNya?  Nikmat dunia itu sesungguhnya adalah ujian yang amat berat melainkan kita menjadi orang-orang yang bersyukur dan bertakwa.  

Yang pasti, setiap ujian itu ada hikmahNya. La Tahzan buat kita semua apabila menerima dugaan Allah.  Sekian, peringatan buat diri yang lupa dan yang lupa diri.

Saturday, August 30, 2014

Azan-Seruan mendirikan solat


Taranum dalam azan antaranya:


Bayati Husaini

Jiharkah

Nahwan

Bila dengar azan yang macam ni, bersemangat bangun menunaikan 5 waktu solat fardhu.  Tapi kadang-kadang, ada azan yang macam nak suruh tarik selimut tidur lagi (kalau subuh lebih-lebih lagi) 

Siapa yang ada anak lelaki, ajarkanlah untuk azan.  Jangan dia malu nak keluarkan suara. Tapi jangan berani sangat pantang nampak mikrofon kat masjid nak laung azan.  Sebutan tak betulpun, nak suruh azan kat surau, kat masjid.

Azan adalah seruan untuk memanggil orang muslim bersolat.  Panggillah dengan sebaiknya. Mungkin dengan panggilan yang indah itu, akan menarik orang yang tidak bersolat untuk bersolat.  Allah mungkin bukakan hati orang bukan muslim untuk menganut agama ini kerana tertarik dengan azan. Segala yang baik dalam Islam adalah tarikan.  Serlahkan kebaikan dalam agama, kerana Islam itu indah. Jangan cemarkan Islam dengan perkara yang tidak sepatutnya, dan yang menjauhkan yang bukan Islam dari mendekati agama ini.

Kalau azan menyakitkan telinga mendengar, orang marah. Bukan tertarik.  Masjid-masjid, surau-surau, lantiklah bilal yang mampu melaungkan azan dengan baik. Pelajari, baiki sebutan, lagu.  Mesti ada pihak berkaitan yang memantau tentang kelayakan bilal di sesuatu surau atau masjid.

Pernah bahkan kerap accik dengar budak2 melaungkan azan dengan sebutan yang tidak betul, menggunakan mikrofon / pembesar suara  dalam bulan ramadhan.  Kemana perginya bilal / orang dewasa di kediaman itu hingga membenarkan kanak-kanak melaungkan azan? Makan tak kenyang2 lagi agaknya?  hmmm..ini tidak sepatutnya berlaku.

Hendak melatih boleh. Tapi rasanya tak perlu menggunakan pembesar suara. Entahlah.  Mungkin accik tersilap dalam pandangan ini.  Maafkan saya.

Terima kasih untuk 3 video dari Youtube...laungan azan dari ustaz Fahmi Asyraf.

Thursday, August 21, 2014

Kucingku Beranak Lagi.

Kali ni sekali 2 ekor beranak serentak. Akibatnya, berlakulah fenomena kongsi anak.  Nasib baik sanggup berkongsi.  Bukan fenomena rebut anak.  Semuanya berlaku dalam situasi aman.
Tahniah Popoh dan Tatah.  3 anak Tatah, 4 anak Popoh. Menyusukan sesama.  Tak kiralah anak saper. Tatah beranak pada 10hb. Popoh pulak pada pagi 11 Ogos 2014.   Meriah sungguh depa ni...huhu


Lepas ni mikir mana kan ku hantar ini anak-anak bulus memandangkan ketidaksesuaian memelihara mereka di atas kayangan ini.

Akhir mereka pulang dan dipulangkan.

Esok, jenazah / mayat mangsa serangan kapalterbang MH17 rakyat Malaysia akan pulang dan dikebumikan akhirnya. Kita nantikan laporannya di media-media letronik dan akhbar-akhbar terbitan negara ini kelak. Siapa, bagaimana ... dan siapa pula yang masih tidak ditemui atau tidak dapat dikesan mayatnya.  Semua kita nak tahu juga.  Apalagilah jika melibatkan darah daging kita, saudara mara, kaum kerabat kita.

Tragidi yang berlaku pada tanggal 19 Ramadhan 1435 bersamaan 17 Julai 2014 Masihi masih mencari punca kapalterbang itu meletup dan terhempas di sempadan Ukraine / Rusia. Masing-masing tuduh menuduh dan salah menyalah dengan menunjukkan bukti-bukti bahawa pihak lain yang menyerang disamping menyembunyikan juga bukti-bukti yang ada untuk mensabitkan mereka terlibat. Telah 35 hari berlalu. Baharu dapat selesaikan urusan mayat-mayat itu. 

Tak kisahlah.  Peristiwa sudah berlaku.  Buatlah apa yang termampu. Keadilan dituntut untuk menghukum pihak yang terlibat. Semoga ini berjaya dilakukan. Kalau tidakpun berjaya di dunia, di akherat nanti, mereka yang terbabit ini pasti akan menerima hukumannya.

Yakinlah kita pada kekuasaan Allah.  TakdirNya yang tidak dapat kita halang. Tapi kita boleh berusaha dan mengambil iktibar dengan apa yang ditakdirkanNya. HikmahNya mengiringi setiap kejadian.

Moga kaum keluarga mangsa tabah, sabar dan redho dengan kejadian ini.  Kita sama-sama doakan agar roh mereka dirahmati Allah, dimasukkan dalam golongan orang-orang yang beriman, dijauhkan dari azab kubur dan siksa api neraka dan kan menjadi penghuni Jannah yang setiap kita impikan.

Buat kita yang masih berpijak dibumi nan nyata ini, teruskan penghidupan.  Buatlah sebanyak mungkin kebaikan, jauhkan segala kemungkaran dan larangan agama.  Sentiasa berdoa agar kita selamat di dunia, selamat di akherat.  Mintalah selalu akan Husnulkhotimah...
Mati kita datang tiba-tiba.  Tanpa ada notisnya. Tanpa ada tangguhannya.



PBDYL.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...