Sesekali menghabiskan masa di pantai bersama orang tersayang, merupakan masa yang amat berharga..sentimental..instrumental...ilang sakit mental..hehe.
Jadi, minggu lepas perancangan diizinkan Allah untuk ke sini lagi. Last time, dah penah datang sini. Tak ingat sama ada dicatitkan dalam blog ni atau tidak. Sekitar tahun 2006 atau 2007 kot. Pengkalan balak, tempat yang sangat indah dan permai. Cuma agak berbeza dengan masa first time pergi dulu tak serabut dengan kedai makan, kedai souvernir, kat tepi pantai ni.
Accik pujuk pakcik owner chalet tu mintak rumah yang paling tepi pantai, sebab nakkn view laut/pantai sama macam mula-mula accik menginap di sini dulu. Indah sangat. Romantika d amor gitu... Subhanallah.
Sesekali terfikir jugak. Takut kekalau berlaku bencana alam ...accik lah yang akan kena dulu, sbb paling tepi pantai...err..nauzubillahiminzalik..semuanya ketentuan Allah jua. Kita pasrah dan sentiasa beringat, berzikir dan beristighfar memohon keampunan dan keredhoan Allah.
| Menyaksikan matahari terbenam di pantai Pengkalan Balak. Subhanallah. |
![]() |
| Tempat Penginapan di Pengkalan Balak (Impiana Chalet) |
| Aktiviti di pantai, banana boat, jetski, menunggang kuda. Kami hanya menikmati keindahan pantai sahaja. Tak naikpun kudo tu. |
| Apa yang lebih menyenangkan selain dari menyaksikan keindahan pantai |
| Merendam badan di air masin. Lama dah tak mandi laut ni. Sejak pakai tudung, rasa malu fulak nk berendam. Dahlah badan macam ikan dugong...hehe |
| On way balik, buat lintas hormat kat port memancing favourite accik.. Kat bt.13 PD..mmg tempat pilihan. Bukan sebab banyak ikan. Tapi sebab tak ramai orang nak tgk accik mancing kat sini...hehe |
| Satu lagi permandangan di Batu 13 PD. |
Alhamdulillah. Accik akan datang lagi ke sini. Asalkn masih kelihatan damai di sini. Nak mancing tak jadik. Sebab lupa nk beli umpan..huhu..
Blog cadangan untuk dikunjungi : - Penawar Untuk Yang Kecewa Bercinta
