Wednesday, August 14, 2013

Satu hari di hari raya

 
 
 
Sudah lama tak update pasal anak-anak kat sini.  Mereka dah semakin dewasa dan belajar tentang kehidupan satu persatu.  Mereka telah melepasi alam kanak-kanak yang menyeronokkan.  Mereka telah lalui zaman persekolahan dari satu peringkat ke satu peringkat hingga ke peringkat yang boleh dikatakan tinggi.  Kini ke semua mereka telah tamat pengajian.  Yang terakhir, anak yang bungsu pun baru sahaja menamatkan pengajian.   Tunggu praktikal & majlis graduasi sahaja lagi.
 


Keluarga kecilku.
Tahun ni bergambar ber5..dgn nenek, tahun depan mungkin ber6 atau ber7? aamin..
(anda pasti umur anda akan ada lagi tahun hadapan?)
 
 
Dah boleh tarik nafas lega. Alhamdulillah. Banyak fasa-fasa yang telah dilepasi.  Masih ada fasa lain yang menanti di hadapan. Lepas ni, mereka sedang/akan lalui alam pekerjaan dan alam rumahtangga, alam mendidik anak, secara umumnya alam penghidupan dunia yang pastinya menjanjikan ujian tanpa henti. Bukan seperti zaman persekolahan, ujian mengikut semester. 
 
Sementara ummi nya .....  sedang Menanti Alam Barzakh....  Moga Allah berikan penghujung penghidupanku dengan husnul khotimah..  aamin.
 

Tuesday, August 13, 2013

Jenayah semakin subur

Janda nyaris maut ditembak
Pengusaha kedai makan ditemui mati
Mati berpelukan di dasar kolam
Kerani sekolah mati kena bom
Guru mati kena tembak
Guru mati ditembak di Kulim - Kes tembak guru kedua dalam dua minggu

Ini antara tajuk muka depan akhbar-akhbar sejak akhir-akhir ini.
apa sudah jadi kepada rakyat Malaysia era modern ini?
Semakin berani melakukan jenayah secara terbuka. Bunuh pulak tu bukan cikai2 punya bunuh.  Bukan macam orang dulu-dulu, pakai tuju-tuju, seher, atau bagi racun.

Tapi macam yang dalam tv atau filem-filem box office. Tembak ditempat terbuka, bako, semelih, cencang.  Bom kebabommm..!!!

Mungkin bukan orang Malaysia yang melakukannya.  Adakah pendatang-pendatang asing yang menjadi pembunuh-pembunuh upahan tersebut?  Hmmmm...atau pengaruh dari cerita-cerita TV dan filem-filem luar? Mudah nak ikut kan? Bunuh orang pun macam potong ayam je. Macam lapah lembu je.

Dulu pun jadi jugak kejadian bunuh-bunuh ni.  Tapi tidaklah sekerap sekarang.  Hari-hari ada orang mati kena bunuh masuk dalam akhbar, masuk dalam tv.  Teringat dulu, yang paling ngeri, kejadian pembunuhan ngeri oleh Mona Fendi & the gang.

Dannnn...  kategori ngeri lagi, kes Altantuya.... dah start orang Msia main bom nih... 

Dannn... kes pembunuhan jutawan kosmetik, Allahyarhamah Sosilawati.. kena bunuh dan bakar tinggal abuk je.  Abuk pun payah nak carik. Ini orang Malaysia sendiri punya kerja. Orang Malaysia dah semakin hilang hati perut. Perikemanusiaan dah semakin pupus.
Buang bayi perkara biasa.
Lagi yang kerap berlaku dulu, rogol dan bunuh. ...memang banyak kes.  Banyak yang tak keluar surat khabar.

Murahnya nyawa manusia sekarang. Murah dan mudah cara ia diambil. 



Mungkin banyak lagi kejadian bunuh tapi tk masuk surat khabar.  Tak masuk tv.  Kann???

Pembunuhan, kekejaman, telah berlaku dari zaman Nabi Adam lagi.  Kan.. tpi sekarang makin teruk la pulak.  Orang sibuk berhari raya, penjenayah2 tu sibuk buat kerja malaikat Izrael..mencabut nyawa. Isk3x...sudah2 lah.

Mari kita didik rakyat, didik anak2 kita dengan didikan sempurna.  Berlandaskan Al Quran dan sunnah.  Jauhkan anak-anak dari aktiviti tidak sihat. Dari kawan-kawan yang cenderung melakukan perkara sia-sia. Pemimpin memainkan peranan utama juga.  Jangan jadi pemimpin ala2 dalam cerita Hindustan.... Mentri sahab yang penuh korupsi dan sanggup buat apa untuk kuasa dan harta. Nanti rakyat ikut sama....huhu... 
Jauhi dan peliharalah aku dan ahli keluargaku dari kekejaman dunia dan akherat ya Allah...

Pesanan untuk pembaca yang membaca rapuan accik ni..   jaga diri baik2...moga anda tidak menjadi mangsa seterusnya....  aamiinn...

Jauhi hutang, jauhi permusuhan, jauhi penyeludup, jauhi pencuri, jauhi judi, jauhi perebutan harta, jauhi ..jauhiii...jauhii chawla...err...

Sekian.

Selamat Hari Raya 1434H

Ramadhan dah berlalu. Syawal kini menjelma...sebulan puasa, raya pun kena sebulan kata orang melayu.
Hmmm... main mercun pun sebulan. Ber open house sebulan.  Tapi solat terawehnya tak sampai 2 minggu.

Helooo... raya eid fitr ni cuma sehari je sebenarnya.  Takbir raya sehari je. Yang kena dilamakan, amalan berpuasa tu.. berpuasa perut, puasa mata, puasa mulut, puasa telinga, teruskan mbaca Al Quran. menjaga hati, menjaga makanan, bersedekah dll amalan mulia sepanjang Ramadhan.


Perjalanan kita masih jauh.

Kita ni sepatutnya, sebulan training berlapar dahaga, membersihkan hati dari sifat mazmumah, makanya, akan menjadikan kita insan yang bertakwa kepada Allah.  Merendah diri, makin mendekatkan diri dengan Allah. Mencintai Allah dan RasulNya.  Renung2kan lah.  Apakah membuahkan hasil puasa Ramadhan kita kali ini?  atau masih sama seperti tahun2 lepas.

Peringatan untuk diri sendiri ..

Maaf Zahir Batin untuk semua.  Moga Allah terus beri kita taufiq & hidayahNya. 
 
 

Thursday, July 4, 2013

Kucing menyusu dengan manusia


Pernah dengar tak?  Accik penah dengar .... 1st time dari adik accik... kucing ni pun sama...

mgkin tk puas menyusu sebab dipisahkan dari ibunya waktu masih kecil...
Setiap kali nk tidur. dia mesti gi kat acik atau anak acik...hisap tangan atau kaki mana yang dapat...seolah2 menyusu.sehingga lena..mula2 dulu accik rasa sangat pelik fenomena ini.  Sekarang dah boleh terima hakikat.  Moga Tatah akan dapat hentikan tabiatnya ni satu hari nanti.



Saturday, May 11, 2013

minta izin guna



Accik ada download gambar ni aritu...tpi dah lupa amek dari mana.... blh tak tuanpunya gambar ni ngaku kat sini...hehe...gambar ni cantik..suka  sgt tgk.  Igt nak buat background kad raya ke..atau utk background apa2 la..yg bukan utk tujuan keuntungan apa2 pun. Saja suka2..OK...tolong ingatkan accik. Dari mana gambar ni dan bberapa yg lain. lagi...yg rasa2nya dari source yg sama...nk mintak izin sebelum digunakan sesuka hati..hehe  .. Minta maaf ye sbb copy dan paste pulak kat sini tanpa izin.

Wednesday, May 8, 2013

Explorace di Bukit Tujuh

 
Alkisah, (ini cerita lama Ok)  pada 8hb Mac 2013, bersamaan hari jumaat, accik bersama rakan sepejabat, Salwani telah keluar awal dari pejabat untuk 'balik' ke Kota Bharu (err...balik?  Sejak bila aku jadi org K. Bharu?), Kelantan..tanpa kebenaran bos. Bukan tk minta, tpi sebab bos gi mesyuarat..tk sempat jumpa. Just isi borang dan bgitau bos kecik je lah...nanti kami ganti la balik masa kluar kami tu, janji kami.
 
Agaknya sebab tu lah maka perjalanan yang mulanya lancar tu, terganggu dengan satu kejadian yang melewatkan jadual perjalanan kami. 
 
Ye, accik yang drive.  Semangat berkobar untuk menemui adik kat sana dengan harapan dpt ikut dia lagi dalam memahirkan diri menguruskan jenazah, sanggupku berulang setiap bulan ke sana.  Hmm..memang dengan harapan adalah jenazah yang dapat accik tolong uruskan nanti waktu kat sana. (takut tak?  aku pencari mayat di Kota Bharu !!)
 
Namun, sedikit ujian Allah timpakan dalam niat suci accik tu... dipertengahan jalan, setelah melepasi Bentong, Raub, Benta dan Kuala Lipis, menuju ke arah Merapoh, sebuah lori dikhabarkan terbalik di kawasan Bukit Tujuh.  Kenderaan yang melalui jalan utama itu diminta pusing ikut alternatif lain, iaitu dengan melalui lorong kecil merentasi kampung yang tk tahu namanya.  Accik pun ikut je lah pemandu2 F1 yang lain.  Hari dah semakin petang. matahari dah semakin rendah.
 
 
Baru nak menikmati flora dan fauna di kawasan perkampungan tu, kenderaan di hadapan berhenti...begitu juga yang dihadapan2 lagi....rupa2nya, perjalanan kami tidak dapat diteruskan kerana berlaku pertembungan dari kenderaan yang datang dari hadapan.  Jalan kecil, tak mampu utk melepaskan kenderaan yang berselisih.  Hutan belukar semakin menjeling2 kami. 
 
Co Pilot accik suruh accik matikan enjin sahaja.  Takut minyak habis.  Kelihatan pemandu dari kenderaan lain di hadapan ada yang keluar dari kenderaan.  Ada yang siap duduk lagi kat pangkin bawah pokok milik orang kampung di situ. Melepaskan lelah.  Lama jugak menunggu kenderaan2 hadapan dapat bergerak.

 
Ada dalam sejam jugak kami tersangkut di situ.  Di belakang pun ada banyak kenderaan lain yang terperangkap sama. 
 
Alhamdulillah, akhirnya dapat meneruskan perjalanan dengan pelbagai rintangan.  Bebetul rasa macam explorace.  Ada pulak lalu satu rumah yang baru lepas atau baru bina kanopi untuk kenduri kawin agaknya. Kami terpaksa lalu bawah kanopi tersebut.  Masalahnya, ada kenderaan yang tinggi dan tk melepasi had ketinggian kanopi/khemah tersebut.  Terpaksalah penduduk kampung bekerjasama dengan pemandu kenderaan yang prihatin, mengangkat tiang khemah, melepaskan kenderaan tersbut lalu. 
 
Fuhhh...lega lagi... Alhamdulillah.. Jalan memang mencabar, belukar, lekak lekuk, berlubang, mendaki bukit, menurun lurah... akhirnya kami sampai ke penghujung jalan kampung itu dan tembus ke jalan besar.. tersangatlah leganya.
 
Satu pengalaman yang susah nak dapat dan tak ada orang yang nak cari.  Kalau lah masa tu accik sorang, memang la menyeramkan jugak.  Hasilnya, kami sampai ke Kota Baru pukul 9 malam lebih.  Lari 1  jam dari sasaran kami. Keluar ofis dari pukul 1 lebih kurang. Terima kasih Allah, kerana menjaga keselamatan kami. Tu lah...lenkali keluar mintak izin boss dulu... :)

Sekian.

Monday, April 22, 2013

Fasa Penyerahan Pertama

Fasa pertama sebelum menyerahkan anak kepada orang lain....

20 April 2013, anak sulung accik ini telah melangsungkan pertunangan dengan pemuda pilihannya. Tarikh yang bersamaan dengan hari lahirnya mengikut tahun Masihi. Syabas bete.... semoga Allah temukan jodohmu dengannya jika itu yang terbaik dan telah ditakdirkan untuk kamu.
Kawen cocopek !!

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...