Wednesday, May 8, 2013

Explorace di Bukit Tujuh

 
Alkisah, (ini cerita lama Ok)  pada 8hb Mac 2013, bersamaan hari jumaat, accik bersama rakan sepejabat, Salwani telah keluar awal dari pejabat untuk 'balik' ke Kota Bharu (err...balik?  Sejak bila aku jadi org K. Bharu?), Kelantan..tanpa kebenaran bos. Bukan tk minta, tpi sebab bos gi mesyuarat..tk sempat jumpa. Just isi borang dan bgitau bos kecik je lah...nanti kami ganti la balik masa kluar kami tu, janji kami.
 
Agaknya sebab tu lah maka perjalanan yang mulanya lancar tu, terganggu dengan satu kejadian yang melewatkan jadual perjalanan kami. 
 
Ye, accik yang drive.  Semangat berkobar untuk menemui adik kat sana dengan harapan dpt ikut dia lagi dalam memahirkan diri menguruskan jenazah, sanggupku berulang setiap bulan ke sana.  Hmm..memang dengan harapan adalah jenazah yang dapat accik tolong uruskan nanti waktu kat sana. (takut tak?  aku pencari mayat di Kota Bharu !!)
 
Namun, sedikit ujian Allah timpakan dalam niat suci accik tu... dipertengahan jalan, setelah melepasi Bentong, Raub, Benta dan Kuala Lipis, menuju ke arah Merapoh, sebuah lori dikhabarkan terbalik di kawasan Bukit Tujuh.  Kenderaan yang melalui jalan utama itu diminta pusing ikut alternatif lain, iaitu dengan melalui lorong kecil merentasi kampung yang tk tahu namanya.  Accik pun ikut je lah pemandu2 F1 yang lain.  Hari dah semakin petang. matahari dah semakin rendah.
 
 
Baru nak menikmati flora dan fauna di kawasan perkampungan tu, kenderaan di hadapan berhenti...begitu juga yang dihadapan2 lagi....rupa2nya, perjalanan kami tidak dapat diteruskan kerana berlaku pertembungan dari kenderaan yang datang dari hadapan.  Jalan kecil, tak mampu utk melepaskan kenderaan yang berselisih.  Hutan belukar semakin menjeling2 kami. 
 
Co Pilot accik suruh accik matikan enjin sahaja.  Takut minyak habis.  Kelihatan pemandu dari kenderaan lain di hadapan ada yang keluar dari kenderaan.  Ada yang siap duduk lagi kat pangkin bawah pokok milik orang kampung di situ. Melepaskan lelah.  Lama jugak menunggu kenderaan2 hadapan dapat bergerak.

 
Ada dalam sejam jugak kami tersangkut di situ.  Di belakang pun ada banyak kenderaan lain yang terperangkap sama. 
 
Alhamdulillah, akhirnya dapat meneruskan perjalanan dengan pelbagai rintangan.  Bebetul rasa macam explorace.  Ada pulak lalu satu rumah yang baru lepas atau baru bina kanopi untuk kenduri kawin agaknya. Kami terpaksa lalu bawah kanopi tersebut.  Masalahnya, ada kenderaan yang tinggi dan tk melepasi had ketinggian kanopi/khemah tersebut.  Terpaksalah penduduk kampung bekerjasama dengan pemandu kenderaan yang prihatin, mengangkat tiang khemah, melepaskan kenderaan tersbut lalu. 
 
Fuhhh...lega lagi... Alhamdulillah.. Jalan memang mencabar, belukar, lekak lekuk, berlubang, mendaki bukit, menurun lurah... akhirnya kami sampai ke penghujung jalan kampung itu dan tembus ke jalan besar.. tersangatlah leganya.
 
Satu pengalaman yang susah nak dapat dan tak ada orang yang nak cari.  Kalau lah masa tu accik sorang, memang la menyeramkan jugak.  Hasilnya, kami sampai ke Kota Baru pukul 9 malam lebih.  Lari 1  jam dari sasaran kami. Keluar ofis dari pukul 1 lebih kurang. Terima kasih Allah, kerana menjaga keselamatan kami. Tu lah...lenkali keluar mintak izin boss dulu... :)

Sekian.

2 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Tau tak pe....

lupekanje said...

heheh...ooopps...kak Nora...

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-