Sudah lama tak update pasal anak-anak kat sini. Mereka dah semakin dewasa dan belajar tentang kehidupan satu persatu. Mereka telah melepasi alam kanak-kanak yang menyeronokkan. Mereka telah lalui zaman persekolahan dari satu peringkat ke satu peringkat hingga ke peringkat yang boleh dikatakan tinggi. Kini ke semua mereka telah tamat pengajian. Yang terakhir, anak yang bungsu pun baru sahaja menamatkan pengajian. Tunggu praktikal & majlis graduasi sahaja lagi.
![]() |
| Keluarga kecilku. Tahun ni bergambar ber5..dgn nenek, tahun depan mungkin ber6 atau ber7? aamin.. (anda pasti umur anda akan ada lagi tahun hadapan?) |
Dah boleh tarik nafas lega. Alhamdulillah. Banyak fasa-fasa yang telah dilepasi. Masih ada fasa lain yang menanti di hadapan. Lepas ni, mereka sedang/akan lalui alam pekerjaan dan alam rumahtangga, alam mendidik anak, secara umumnya alam penghidupan dunia yang pastinya menjanjikan ujian tanpa henti. Bukan seperti zaman persekolahan, ujian mengikut semester.
Sementara ummi nya ..... sedang Menanti Alam Barzakh.... Moga Allah berikan penghujung penghidupanku dengan husnul khotimah.. aamin.


Selamat Hari Raya Nek Chah sekeluarga
ReplyDeletemekasih puan juju....semoga pusn dan kluarga mendpt rahmat Allah sentiasa..
ReplyDeleteAcik, Semoga Allah beri kebahagiaan, kenikmatan serta rezeki kepada Acik sekeluarga. Ameen. Selamat Hari Raya.
ReplyDeletetima kasih kak Nora...aaamiin..
ReplyDeleteassalam accik..Alhamdulillah..dah berjayo sumo anak2 acik..selopeh masing2 berumahtanggo ni..tersao la sunyi kan accik..
ReplyDeletekak ni bilo anak2 yang duo orang tu poi kojo atau keluar pun raso sunyi bona
alaikumussalam kak erna..
ReplyDeletetu lah dio.. ado, momokak...takdo, sunyi pulak...heheh..
takpo kak, sok kito nulih blog bebanyak, blog walk banyak2...takdo la sunyi nnt... :)..agak eh lah..