Wednesday, August 22, 2012

Ini sahabatku



Ini sahabat karibku....dan akan ku cuba jadikan terus sahabat paling karibku sampai nafas terakhirku.  Sekarang dah berusia hampir 30 tahun. 

Tulisan jawi di dlm kotak tu, tulisan tangan insan yang menghadiahkan AlQuran comel ini.... Moga ianya menjadi sumber ketenangan... terima kasih adikku... dulu masa sekolah2, terutama di asrama, kan ada ramai adik/kakak angkat nih...ini antara hadiah terbaik adik angkatku, Anizalin.

Yang memberi dorongan menjadikan Al Quran sebagai sahabat karib, seorang sahabat baik ku.. Hanisah Hamid nama dia.  Terima kasih sahabatku, atas dorongan dan nasihatmu. Memang rasa amat teruja untuk merealitikan nasihat sahabat ini bila mendengar ceritanya tentang beliau dan anak-anaknya yang sentiasa berdamping rapat dengan Al Quran, kitabullah ini.  Anak-anaknya yang smuanya hafiz dan hafizah Quran.  Seronokkan dengar camni.  Kalaulah anak-anak kita dapat mencintai Quran, mencintai Allah dan Rasul, sejuk pewot kita yang mengandungkan mereka 9 bln tu.

Tak apalah... moga anak2 kita akan ke arah itu juga satu hari nanti.  Sementara tu, mari kita cuba sendiri, atau sekurang-kurangnya, menjadikan AlQuran itu sahabat pembimbing kita.

Thursday, August 2, 2012

Berakhir dan Bermula

Alhamdulillah, seorang anak dah menamatkan pengajiannya dan semalam adalah hari pertamanya sebagai seorang pekerja.  Bukan lagi pelajar.

Selamat terjun ke alam kerjaya...semoga Allah murahkan rezeki buat anak kedua acik,  MA Shahmah b. Ramli.
Pesanan Ummi....  bekerja lah rajin-rajin kerana Allah.  Dunia pelajar dan dunia pekerja adalah 2 dunia yang berbeza dan ujiannya juga berlainan.  Yg sama hanya pesanannya.... iaitu...  Jangan lupakan Allah, di mana juga kamu berada.  Kewajipan atas Allah mesti dijalankan, solat khasnya mestilah di dirikan apabila sampai waktunya.  Dengan mengingati Allah, Allah juga akan mengasihi kita.  dengan mengingati Allah, rezeki yang kita terima akan lebih keberkatannya, dengan mengingati Allah, dunia yang kita cari, akan diikuti oleh akherat.

Jika Allah dilupakan, dunia entah ke mana, Akherat pun tk dapat apa. Orang yang mencari akherat dalam hidupnya, dunia akan mengejarnya.  Orang yang mengejar dunia semata, akherat akan semakin jauh ditinggalkannya....sedangkan akherat itu tempat yang kekal abadi yg telah Allah sediakan buat kita.

Jika ada rezeki dan keizinan Allah, yg berakhir itu boleh dimulakan semula...  sebenarnya kehidupan sebagai seorang pelajar tidak pernahpun berakhir.  Kerana dalam kehidupan, kita sentiasa belajar...untuk mematangkan kehidupan. Belajar tentang masyarakat. Belajar tentang cara penyelesaian masalah seharian dan lain-lain.

Berdamping dengan penjual minyak wangi, akan dapat keharumannya.
Berdamping dengan pencacai, akan dapat bau busuknya.

Berdamping dengan orang berilmu, akan dapat tempias ilmunya.
Berdamping dengan orang yang beramal dengan ilmunya, akan menumpang sama pahala kutipannya.

Mendekati kejahatan, jangan sekali.
Mendekati kebaikan, adalah sebaiknya.

Sekian, antara pesanan ummi.


Sunday, July 29, 2012

Berwudhu' dengan sebaiknya

Dari Uthman ibn Affan r.a berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;
Mana-mana hamba yang berwudhu' dengan sempurna yakni membasuh semua anggota wudhu' tiga kali dengan baik, Allah Taala akan ampunkan baginya dosa-dosa yang terdahulu dan yang akan datang.

Hadith riwayat Bazzar dalam Majma'uz zawaid.

Friday, July 27, 2012

Dari Abu Said Al Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahwa baginda Rasulullah s.a.w bersabda; tiada seorang muslim yang ditimpa musibah, keletihan, sakit, terganggu fikirannya, sedih, bimbang, kecemasan sehingga tercucuk dengan duri sekalipun melainkan diampuni akan dosa-dosanya.
(HR Bukhari)

Dari itu, barangsiapa yang ditimpa musibah, bersyukurlah, kerana pengampunan Allah di situ buat kalian.

*Peringatan buat diri sendiri.

Friday, July 6, 2012

Amal makruf


Sentiasa lah mencari dan merebt peluang membuat kebaikan walaupun dengan hanya menolong membuangkan sampah..tk larat juga? ok..mendoakan orang yang sakit itu agar cepat sembuh juga adalah satu kebaikan berpahala yg tak perlu menggerakkan anggota, hanya getusan di hati cuma.  
Nampak.... sangat mudah untuk membuat pahala. Semudah membuat dosa ... dengan melihat kekurangan orang, terlintas kutukan di hati, tanpa menggerakkankan anggota, kecuali mata. Pilih lah, anda mahukan pahala atau dosa?

Sesungguhnya mati itu semakin hampir dengan kita...
Dan Masa lalu itu semakin jauh meninggalkan kita.

Penuhi sisa2 kehidupan yg masih ada ini dengan sebanyak2 kebaikan..jauhi kemungkaran.

Peringatan untuk diri yang selalu lupa.

Wednesday, June 20, 2012

Sejarah tercatat

Ini ler ropernya surat MC teman..setelah 6 tahun, klu gi klinik, idak le dapat MC..
Dulu kalu tak larat sgt nk gi kije, teman amek je coti rehat.  Gitu ler keadaannya dalam tempoh 6 tahun itu.  Bukan senang jadi kakitangan kajaan, nk dpt MC sesuka hati.  Heran juga bila org lain senang je cuti sakit..tpi acik payah je.  Mungkin tiap kali gi klinik, tk reti buat muka orang sakit kot.
Hmm..apa pun, tima kasih lah kat En. Azhar yg prihatin kat acik ni hah. Kaki teseliuh, pehtu kaki kiri lak tu.. drive keter manual, maka dapat ler MC sehari... Alhamdulillah.. La ni dah sihat..tpi kena rehat.
Orang tua la katakan. Kalu sakit bab urat sendi dan tulang ni, memang makan masa la nk sembuh.


Yelah...ngkorang tua nnt tau la camne..


Friday, June 15, 2012

Larian lagi (2012)

Ini larian pertamaku untuk tahun ini. Ekiden Run 2012 di Putrajaya.  Berkemungkinan yang terakhir... macam tak ada mood dah.  Saya siap membeli Performance Drink Shaklee atas nasihat blogger Ibu, Hebatkan..  memandangkan usia semakin meningkat dan kecepatan merasa nikmat keletihan dan kecungapan. 


Mula-mula tak mau masuk, tapi atas pujukrayu kawan-kawan yang perlukan bantuan, mencukupkan ahli kumpulan, maka masuk jugaklah.  Dengan latihan ala kadar setakat kemampuan badan.

Selepas subuh di hari kejadian, saya dah berada di tempat yang ditentukan, memang tk sangka mulanya awal juga.  Bas siap menanti membawa ke Checkpoint2 larian ini.  Ye.. Ekiden Run larian berkumpulan, macam pass batton jugak. Sekumpulan 5 orang. Saya pelari yang ke lima.  Terakhir.
Tekedek2lah makcik berlari...bila penat, makcik berjalan je la.. janji berjaya sampai ke garisan penamat dan berjaya dapat sijil dan medal gitu.. hehe.

Tengokla gambar yang En. Rizal rakamkan di atas.  Muka yang merah padam tu, Acik lupekanje ler tu.  Baru tamatkan larian, terus ambil hadiah dan bergambar.  Hongeh raso eh... apapun, moral of the story, kita perlu amalkan hidup sihat.  Niatlah memasuki event seperti ini, untuk kesihatan, bukan semata-mata mengumpulkan medal dan sijil.

*Lama tk update...dah makin slow...dan slow..dan slow...sama macam larian acik tu..tpi belum juga mahu berenti.  Sebab memikirkan usia ini juga pasti akan sampai ke penghujungnya pada bila-bila masa, tak tahu bila.  Apakah yang lebih baik ku coretkan di sini, kerana sekiranya saya ini tiada lagi di dunia ini, pastinya coretan-coretanku akan jadik tinggalan.  Saya perlu pastikan yg ditinggalkan ini adalah sesuatu yang baik, yang tidak akan menjadi keaiban dan kutukan pembaca setelah saya tiada.  Sebaliknya akan mnjadi sesuatu amal jariah untuk dikongsi dan di amalkan pembaca yang akan sekurang-kurangnya membantu saya di akherat kelak.  Itu lah sbnya....ya...sebab saya semakin takut mati.  Dik kerana amal yang kurang. Huhu..

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...