Wednesday, August 22, 2012

Ini sahabatku



Ini sahabat karibku....dan akan ku cuba jadikan terus sahabat paling karibku sampai nafas terakhirku.  Sekarang dah berusia hampir 30 tahun. 

Tulisan jawi di dlm kotak tu, tulisan tangan insan yang menghadiahkan AlQuran comel ini.... Moga ianya menjadi sumber ketenangan... terima kasih adikku... dulu masa sekolah2, terutama di asrama, kan ada ramai adik/kakak angkat nih...ini antara hadiah terbaik adik angkatku, Anizalin.

Yang memberi dorongan menjadikan Al Quran sebagai sahabat karib, seorang sahabat baik ku.. Hanisah Hamid nama dia.  Terima kasih sahabatku, atas dorongan dan nasihatmu. Memang rasa amat teruja untuk merealitikan nasihat sahabat ini bila mendengar ceritanya tentang beliau dan anak-anaknya yang sentiasa berdamping rapat dengan Al Quran, kitabullah ini.  Anak-anaknya yang smuanya hafiz dan hafizah Quran.  Seronokkan dengar camni.  Kalaulah anak-anak kita dapat mencintai Quran, mencintai Allah dan Rasul, sejuk pewot kita yang mengandungkan mereka 9 bln tu.

Tak apalah... moga anak2 kita akan ke arah itu juga satu hari nanti.  Sementara tu, mari kita cuba sendiri, atau sekurang-kurangnya, menjadikan AlQuran itu sahabat pembimbing kita.

6 comments:

Acik Erna said...

ASSALAM CIK..SELAMAT HARI RAYO..MAAF ZAHIR DAN BATIN.
INSYAALLAH CIK..SATU HARI NANTI AKAN TERBUKA PINTU HATI ANAK2 KEARAH ITU.

lupekanje said...

waalaikummussalam kak erna.selamat hari rayo..maaf zahir batin atas segala salah kato silap bahso..
.insyaAllah. Kena banyak2 berdoa lagi ni.

ibundo said...

insyaallah cik. Solamat hari rayo. Dah kojo dah yo.. Aoo copek amek kojo. Org cuti sakan lai....

lupekanje said...

namo yo kojo kak..badan kat opis..ati eh kuar berayo umah ibundo...hehe

Hjh Noralenna Abbas said...

Selamat Hari Raya, Acik. Itulah yang sebaiknya, jadikan Al Quran teman sejati kita, best freind lah. Elok juga dengar bacaan sambil mengikuti terjemahanya. Dekat dan masuk ke hati.

lupekanje said...

selamat hari raya juga buat kak Nora ... tgh cuba ni, nak bermanja2 dengan AlQuran... tenangkan pikiran, bersihkan kekotoran di hati.

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-