Kisah Cinta (Ogy Ahmd Daud)
Ini sebuah kisah cinta
Dari sekuntum bunga sekeping hati
Dua jiwa dalam hayalan
Berat rasa untuk berpisah
Dua dunia satu mimpi
Satu cita dalam satu hati
Terjerat dalam permainan hidup
Terkandas dalam cinta terhalang
Mengapa dunia
Kejam pada mereka yang bercinta
Mengapa bercinta
Harus ada saja perpisahan
Kisah cinta berakhir
Dengan penuh harapan
Kisah cinta berakhir
Dengan penuh ratapan
Kisah cinta...
Lagu ni bermain di tengah malam nan syahdu, menemankan aku yg masih terkelip2 tk tidur lagi. Bukan sebab tk boleh nak tidur... rasanya kalu letak je kepala ni kat bantal, komfem belayar la acik nih..
Bukan senang nak terjaga segar begini, lantar menyambut kedatangan ilham untuk mengemaskini blog yang semakin sepi.
Setelah menemukan lirik lagu tersebut, lantas terfikir untuk membuat sedikit ulasan selari yang tidak akan lari dari tajuknya. Acik jamin.
Rangkap pertama;
Ini sebuah kisah cinta
Dari sekuntum bunga sekeping hati
Dua jiwa dalam hayalan
Berat rasa untuk berpisah
Muda mudi, yang sedang hanyut dalam bercinta, atau yang sedang berkasih sayang mesti akan memiliki perasaan ini. Hayal yang bukan kerana dadah ectasy atau heroin atau yang sewaktu dengannya. Tapi, hayal dengan kegembiraan tika bersama kekasih....tak kiralah, memadu asmara ke...bersuka-suka menghabiskan waktu gembira bersama. Kenapa sekuntum bunga, sekeping hati...?? kurang tepat.. hati dan bunga tidak ada kaitan untuk dipasangkan. Andai sekuntum bunga dengan kumbangnya...atau seekor kumbang dengan bunganya....adalah lebih tepat.
Saat yang paling mereka tak inginkan, adalah saat untuk berpisah. Kalau boleh, ketika waktu indah bercinta ni, pasangan2 ini tidak mahu berpisah langsung. Tapi mana boleh centu kan...mesti la setiap pertemuan itu akan diakhiri dengan perpisahan.
Rangkap kedua;
Dua dunia satu mimpi
Satu cita dalam satu hati
Terjerat dalam permainan hidup
Terkandas dalam cinta terhalang
Mana ada 2 dunia....dunia ni ada satu. Tapi..mmg ada satu lagi dunia....dunia yang kekal abadi....hmmm...sib baik mimpi dia satu je.
Walaupun ada 2 dunia....namun citanya tetap satu...dan cuma ada dalam satu hati...sedangkan yang bercinta tu ada 2 ...apakah seorang lagi tu, tidak ada hati??? pikir-pikirkan tuan puan..
Ayat ini menunjukkan bahawa cuma salah seorang je yang sungguh2 menyinta dan menaruh harapan. Sedangkan seorang lagi tidak setia...yang tahunya memerangkap sahaja..tika bermain kata...
kata dan laku, memang mampu menutup realiti sebenar.
Namun segalanya akan terserlah apabila tiba di penghujung kisah cinta...penghujung yang menghampakan. Kisah cinta yang terhalang...dik orang ketiga...atau orang kedua itu sendiri yang meletakkan batu penghalang.
Rangkap ke 3;
Mengapa dunia
Kejam pada mereka yang bercinta
Mengapa bercinta
Harus ada saja perpisahan
Dunia tak kijam ..tapi manusia yang selalu menganiaya sesama sendiri mahupun diri sendiri. Naper dunia yang tak berdosa dipersalahkan selalu...? Allah cipta dunia untuk manusia dengan sebaik-baik kejadian. Tapi manusia yang selalu terlupa asal usulnya.
Allah yang patut dikasihi dari akar umbi kelahiran. Tapi bila lahir, dah ada akal...dah ada perasaan, Allah dilupakan. Agama tidak dihiraukan...lantas menyesali perpisahan, yang lebih malang, menyalahkan Allah kerana mentakdirkan semua ini.
Cinta sesama manusia diberikan keutamaan. Sanggup berkorban apa saja untuk cinta.
Tapi untuk Allah, sedikit pengorbanan yang Allah dan rasul mintapun, manusia sudah mengeluh...suh bayar zakat pun mengeluh...suh puasa sikitpun mengeluh....kecuali kepada mereka yang beriman dengan Allah dan hari akherat.
Sifatnya dunia.... yang baru akan menjadi lama. Yang bertemu akan berpisah. Bukan setakat harus...wajib ada perpisahan dalam hidup di dunia ini. Mana ada yang kekal abadi selamanya? semua hanya sementara. Semua milik Dia. Dia yang jadikan. Dia yang akan hancurkan. Kasih sayang sesama manusia, adalah jua kurniaan Ilahi yang patut kita syukuri dan jadikan wasilah untuk mendapat pula kasih sayang Nya.
Rangkap akhir;
Kisah cinta berakhir
Dengan penuh harapan
Kisah cinta berakhir
Dengan penuh ratapan
Kisah cinta...
Dah berakhir....penuh harapan amende lagi....patutnya.... 'Dengan punah harapan'...
Itulah adat bercinta namanya....klu tk berakhir di jinjang pelamin, maka akan tersungkur di tepi tangga je...merintihla...merataplah...menangislah dengan air mata darahpun, kalau dah bukan jadi milik kita...maka ianya tetap mukan milik kita..kalau dah milik kita...nak elak camne pun ianya tetap kan jadi milik kita...tpi bukan selamanya...ingat tu...BUKAN SELAMANYA..!!
Allahu Akhbar... Allah Maha Besar. Yang menentukan segalanya buat umat manusia.
Kembalikan segalanya pada Allah. Tenanglah dalam hadapi kekecewaan di dunia ini. Kerana setiap yang berlaku itu mempunyai hikmahnya tersendiri.
Allah telah mengatur penghidupan kita. Gembira atau berduka...itu semua adalah pencorak kehidupan. Perlu ada suka....perlu ada duka. barulah hidup lebih bermakna.
Asam garam.... perlu ada untuk menyedapkan msakan. Pelbagai warna dan corak diperlukan untuk menambah cantikkan pakaian bukan?? Gitu lah kehidupan.
Jangan bimbang dengan setiap ketentuan Ilahi. Kerana Dia Maha Mengetahui, apa yang terbaik untuk hambaNya. Si polan itu mungkin telah kecewakan kita hari ini. Esok lusa, Allah tunjukkan betapa si polan itu memang tidak sepatutnya menjadi milik kita.
Mana tahu...hari ini, org yang kita kasihi, melayan baik kita...esok lusa, kita di lupa...kita dicercanya... Hanya Allah yang tahu.
Ingatlah manusia....tiada cinta yang kekal abadi melainkan cinta Ilahi.
Yang penting, kita bersyukur senantiasa. Maka hidup akan mendapat berkat. Apa jua ujian yang menimpa. Kehilangan cinta, hanya satu titik dalam penghidupan...akan banyak lagi titik noda atau tak noda yang akan mencorak hidup kita sehinggalah titik noktah dalam penghidupan ini menjadi milik kita pula.
Jangan meratap, merintih, menyalahkan nasib, menyalahkan dunia...menyalahkan yang Maha Kuasa. No...No ...No...! Ia nya adalah satu perbuatan yang sia-sia. Anggap sahaja kekecewaan itu ibarat makanan.
Kita makan..kemudian kita lapar semula...kita makan lagi...lama kelamaan, kita lapar semula...tetapi jika kita berpuasa....apakah yang kita katakan pda kelaparan yang kita rasa itu??? Sabarlah perut....nanti masa buka puasa nanti, hilanglah lapar...kemudian kita buat kerja kita...kita jalankan penghidupan kita seperti biasa...lalu kita menjadi lupa pada kelaparan itu...sehingga tiba waktu berbuka. Lalu kita dengan gembira, menikmati juadah yang tersedia. Hilang segala rsa menderita kelaparan itu..esoknya kita puasa lagi...dan kita menderita lagi..tapi kita dah kurang mengeluh, kerana kita tahu, di penghujung hari nanti, ada nikmat yang menanti kita....dengan izin Allah.
Cuba kita aplikasikan apa yang kita rasa di bulan puasa itu atau ketika berpuasa itu, dalam situasi kesusahan lain yang kita rasa dalam hidup kita. InsyaAllah, hidup kita akan lebih bererti...
Sabar itu separuh dari iman. Berdoa selalu, minta kebaikan dari Allah untuk kita dan ahli keluarga kita.
Rise up...... bangunlah....bangkitla semula...membina satu cita..satu cinta...satu hati....satu jiwa.....
satu Malaysia...
ehhh....dah melalut....hehehe..sorry...tetengah malam mang endingnya salu jadik camni...