Friday, July 23, 2010

Suara Jumaat

Tertarik dengan satu Hadis Rasululullah

Dari Ibnu Abbas, bersabda Rasulullah yang bermaksud;

'Tidak seorang pun kecuali di kepalanya terdapat dua rantai, satu rantai sampai ke langit ke tujuh dan satu rantai yang lain sampai ke bumi yang ketujuh. Apabila seseorang itu merendahkan diri, Allah mengangkatnya dengan rantai yang di langit ketujuh dan apabila ia sombong, Allah merendahkannya dengan rantai yang di bumi ke tujuh.'
 
Peringatan buat diri yang selalu terlupa.
 
Pagi ni ada satu kemalangan di jalan masuk ke pusat pentadbiran Parcel E.  Sorang penunggang basikal telah ditubruk.... *wah..tetiber aku jdi org Indon..
Dan yang melanggar tu....cabut lari.  Kurang asam.. pada hal polis trafik memang dekat situ.  Jaga lalu lintas...  Ada berani jugak dia nak lari.  Huh.. Jangan la camtu brader..sianla kat budak tuh..berdarah nampaknya tdi.  Atau takut kena belasah? Hoho...ni bukan orang di kampung...yg akan belasah reramai kalu hang pa langgar orang. Sebab kesatuan dan sentimen persaudaraan yang kuat. Ni daerah pekerja..yang berlumba memburu punch card machine di pejabat masing2... So, you langgar, u brenti la..tolong sikit orang yang dilanggar tu...hantar ke klinik ke.. lenkali jangan buat lagi ceni. beratus mata yg nampak you punya kereta.  Mana mawu lari weyhh..?
 
Sekian. (berita tak ada kaitan dgn hadis di atas).
 
 
 

Monday, July 19, 2010

Ke alam barzakh


Hari Sabtu, 17hb Julai.. acik mendapat berita perginya dua wargaemas ..orang kampung acik dalam kemalangan jalanraya..Pasangan yang bahgia..di dunia dan di akherat bersama hendaknya. Kedua-duanya amat disayangi di kampung acik. Selalu ada dalam majlis apapun yg dianjurkan di kampung (tk macam acik..!) Senang membuat kerja2 kebajikan. Sentiasa membantu apabila diperlukan...berita tentang kemalangan di sini.

Kemudian hari ini acik mendengar berita pemergian sahabat blogger kita, Raden Galoh  yang selama ini begitu tabah menghadapi serangan barah. Moga roh mereka dirahmati dan diampuni Ilahi. Moga mereka tenang di sana.

Satu bacaan yg kawan acik ajar bila lalu di kuburan..
Antum musaabikun...ana la hikun..
kalian pergilah dulu..aku akan menyusul kemudian..

err..betul ke maknanya tuh? Itu yang kawan acik tu ajar..dan masih acik amalkan. untuk ingatkan diri...bahawa kita akan tetap mengikut mereka yang telah pergi itu.

Al-fatihah.


Friday, July 16, 2010

Misi Hijau & Kitar Semula

Satu seminar terlah diadakan pada 23 Jun 2010 anjuran Puspanita peringkat Kebangsaan.  dengan tema Misi Hijau & Kitar Semula. Acik bukan ahli pun.  Tapi dah dapat peluang tu...pegi je lah.  Banyakla yang acik dapat sepanjang seminar sehari itu.

 

Ramai yang turut hadir. Semua wanita-wanita kakitangan awam dan isteri-isteri kakitangan awam.

    Yang merasmikan majlis, YB Tan Sri Sidik Hassan
  dan VIP lelain.
 
Belajar buat baja kompos... dan menanam dalam Grow bag cam yang Prof ni ajar.  Antara rajin dengan tak rajin je nak buat smua ni... 

Ni orang kuat Puspanita KPM nih... :)


CEO Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (PPSPPA) Y.Bhg. Datuk Hj. Zaini bin Md Nor. 

Memberi ceramah tentang Kitar semula sampah dan isu-isu semasa dan terkini tentang sampah2 di Malaysia mahupun di luar negara.  Menggerunkan bila bayangkan bahawa dunia ni dah penuh dengan sampah.  Tu tak termasuk manusia-manusia  jadikan diri mereka macam sampah gak.

Ada sesuatu yang istimewa tentang Datuk ini.  This is my compliment Datuk, if you read this.
Bekas Datuk Bandar Melaka ni pada acik sangat low profile dan humble juga. Beliau pernah menumpangkan Shahmah lebih sebulan sewaktu bekerja sambil menunggu keputusan SPM di Melaka dulu. Anaknya sama sekolah dengan Shahmah sewaktu di SDAR. 

Beliau jugalah yang mencarikan kerja untuk Shahmah dan anaknya di Melaka bumi bersejarah itu.  Kerja sebagai waiter !  Anak Datuk Bandar pun timba pengalaman kerja di restoren. Tak semua org VIP ni yg nak kasi anak2 diorg bekerja camtu kan.  Acik tak pernah berpeluang mengucapkan terima kasih dan terhutang budinya acik pada dia. Bila nampak dia kat seminar ni, acik rasa nak pegi jumpa.  Tapi tk sempat, sebab lepas ceramah, beliau terus  keluar.  Agaknya ada program lain yang nak dikejar.  Moga Datuk dan keluarga dilimpahi rahmat Allah sentiasa. 

Ini pulak tokey Kazzponic . Sesaper nak maklumat atau peralatan untuk buat tanaman Hidroponik boleh kontek mereka atau dapatkan info dari laman web mereka di sini:  http://www.kazzponic.com/

Kami telah dihadiahkan setiap seorang, satu set untuk tanaman hidropnik nih... lihatlah hasil tanaman 3T acik di bawah ni.  3T bermaksud Tanam-Tinggal-Tuai...
Letak kat balkoni rumah.  Mungkin praktikal untuk yang duk kat apartment tinggi macam acik.  Tapi ada masalah, nyamuk ! Jadi, kami juga dibekalkan dengan seekor ikan Laga setiap seorang.  Yang bertugas untuk makan jejentik jika ada.  Sian lak kat ikan tu...tekurung dibawah penutup polistrin tersebut. Dah lama acik tk jenguk sang laga nih...entah hidup entahkan mati.  Tapi ada jaminan ke ...bahawa tidak akan menambah banyakkan pembiakan nyamuk?  Kalu udah banyak daunnya...tentu redup, dan nyamuk suka sgt tempat camni...kan kan..


Kapasiti hanya untuk 8 lubang anak benih je..
Jangan tak tau, tembikai pun blh tanam dalam ni... betul tak kak erna??


Kesimpulannya, seminar hari tu, memang banyak memberi manfaat kepada yang hadir.  Terima kasih kepada Puspanita yang menganjurkan seminar itu.


Tuesday, July 13, 2010

Syaaban Telah Tiba

Hari ini udah satu Syaaban.  Mari kita tambah memperbanyakkan amalan...kalu sempat puasa..puasa lah harini dan bulan ni.  Di sini acik akan ringkaskan amalan-amalan bulan syaaban untuk ingatan diri sendiri.

Bukan apa...acik selalu terlupa...terutama kiraan hari dalam bulan Hijrah...kalendar Islam..
  • Berpuasa sunat
  • Mengganti puasa wajib
  • Memperbanyakkan doa, zikir, selawat dan salam ke atas nabi dan para ambiya'
Haa..pada sesapa yang masih belum habis mengqada' puasa, habiskan cepat, sebelum masuk bulan Ramadhan.

Artikel dari laman web Jais;
Perbuatan melengah-lengahkan qada tanpa uzur hingga datang Ramadhan berikutnya adalah berdosa dan diwajibkan ke atasnya qada dan membayar fidyah.Malah fidyah itu akan berganda setiap tahun apabila masih gagal mengqada puasa tersebut. Perlu diingat, puasa qada tidak akan luput dari tanggungjawab seseorang. Malah fidyahnya akan terus berganda selagi ia belum melunaskan puasa tersebut.

Sekian.


Saturday, July 10, 2010

Rama-rama kehidupan


 Hah..dapat gak snap gambar rama-rama bakang umah kamfung acik nih....liar sungguh...tak reti duk diam.


Ye....acik balik kamfung arini....dah lama tk mesin rumput.  Kali ni did extra job..

Mesin rumput kat kawasan kebun sayur emak acik....tebal sungguh rumput2 duri semalu bagai kat situ...  



Selain dari itu, memusim buah ni, apa lagi...rezeki lah, cam biasa.. sedikit moktan dan manggis tu yang jadik habuan acik dan anak2...

Tapi manggis nih sikit je dapat. Sebab acik kono gigit penyengat...terus belari balik sapu ngan minyak gamat, kat pipi gebu acik yg kena gigit tuh. Potong stim yo nk kait manggis tu..huhu.


 
Moktan, si Nurzayani yang kait dgn adik dia, Shahmah.  Msa tu, acik gi mesin rumput.  Ciput je dikaitnya...utk tekak dia adik badik je..aduyaiii....
Dah ponuh keto....kami pun balik la...kejap je baliknya.  Sampai malam tadi, hingga tengahari sabetu yang mulia ini. Acik, menyandar je kat bakang ...jadik mak datin..sementara bebudak bedua nih uruskan pemanduan berhemah menuju ke destinasi.

Enak hidup begini dong.. :)  Kalu pakei supir hari2 gini...

Salam hujung minggu buat semua.

Thursday, July 8, 2010

Kisah Kasih

Kisah Cinta (Ogy Ahmd Daud)

Ini sebuah kisah cinta
Dari sekuntum bunga sekeping hati
Dua jiwa dalam hayalan
Berat rasa untuk berpisah

Dua dunia satu mimpi
Satu cita dalam satu hati
Terjerat dalam permainan hidup
Terkandas dalam cinta terhalang

Mengapa dunia
Kejam pada mereka yang bercinta
Mengapa bercinta
Harus ada saja perpisahan

Kisah cinta berakhir
Dengan penuh harapan
Kisah cinta berakhir
Dengan penuh ratapan
Kisah cinta...

Lagu ni bermain di tengah malam nan syahdu, menemankan aku yg masih terkelip2 tk tidur lagi.  Bukan sebab tk boleh nak tidur... rasanya kalu letak je kepala ni kat bantal, komfem belayar la acik nih..
Bukan senang nak terjaga segar begini, lantar menyambut kedatangan ilham untuk mengemaskini blog yang semakin sepi.

Setelah menemukan lirik lagu tersebut, lantas terfikir untuk membuat sedikit ulasan selari yang tidak akan lari dari tajuknya. Acik jamin.

Rangkap pertama;
Ini sebuah kisah cinta
Dari sekuntum bunga sekeping hati
Dua jiwa dalam hayalan
Berat rasa untuk berpisah

Muda mudi, yang sedang hanyut dalam bercinta, atau yang sedang berkasih sayang mesti akan memiliki perasaan ini.  Hayal yang bukan kerana dadah ectasy atau heroin atau yang sewaktu dengannya.  Tapi, hayal dengan kegembiraan tika bersama kekasih....tak kiralah, memadu asmara ke...bersuka-suka menghabiskan waktu gembira bersama.  Kenapa sekuntum bunga, sekeping hati...??  kurang tepat.. hati dan bunga tidak ada kaitan untuk dipasangkan.  Andai sekuntum bunga dengan kumbangnya...atau seekor kumbang dengan bunganya....adalah lebih tepat.
Saat yang paling mereka tak inginkan, adalah saat untuk berpisah. Kalau boleh, ketika waktu indah bercinta ni, pasangan2 ini tidak mahu berpisah langsung. Tapi mana boleh centu kan...mesti la setiap pertemuan itu akan diakhiri dengan perpisahan.

Rangkap kedua;
Dua dunia satu mimpi
Satu cita dalam satu hati
Terjerat dalam permainan hidup
Terkandas dalam cinta terhalang

 Mana ada 2 dunia....dunia ni ada satu.  Tapi..mmg ada satu lagi dunia....dunia yang kekal abadi....hmmm...sib baik mimpi dia satu je.
Walaupun ada 2 dunia....namun citanya tetap satu...dan cuma ada dalam satu hati...sedangkan yang bercinta tu ada 2 ...apakah seorang lagi tu, tidak ada hati???  pikir-pikirkan tuan puan..

Ayat ini menunjukkan bahawa cuma salah seorang je yang sungguh2 menyinta dan menaruh harapan.  Sedangkan seorang lagi tidak setia...yang tahunya memerangkap sahaja..tika bermain kata...
kata dan laku, memang mampu menutup realiti sebenar.  
Namun segalanya akan terserlah apabila tiba di penghujung kisah cinta...penghujung yang menghampakan.  Kisah cinta yang terhalang...dik orang ketiga...atau orang kedua itu sendiri yang meletakkan batu penghalang.

Rangkap ke 3;
Mengapa dunia
Kejam pada mereka yang bercinta
Mengapa bercinta
Harus ada saja perpisahan

Dunia tak kijam ..tapi manusia yang selalu menganiaya sesama sendiri mahupun diri sendiri. Naper dunia yang tak berdosa dipersalahkan selalu...? Allah cipta dunia untuk manusia dengan sebaik-baik kejadian.  Tapi manusia yang selalu terlupa asal usulnya.
Allah yang patut dikasihi dari akar umbi kelahiran.  Tapi bila lahir, dah ada akal...dah ada perasaan, Allah dilupakan.  Agama tidak dihiraukan...lantas menyesali perpisahan, yang lebih malang, menyalahkan Allah kerana mentakdirkan semua ini.

Cinta sesama manusia diberikan keutamaan.  Sanggup berkorban apa saja untuk cinta. 
Tapi untuk Allah, sedikit pengorbanan yang Allah dan rasul mintapun, manusia sudah mengeluh...suh bayar zakat pun mengeluh...suh puasa sikitpun mengeluh....kecuali kepada mereka yang beriman dengan Allah dan hari akherat.

Sifatnya dunia....  yang baru akan menjadi lama.  Yang bertemu akan berpisah. Bukan setakat harus...wajib ada perpisahan dalam hidup di dunia ini.  Mana ada yang kekal abadi selamanya?  semua hanya sementara.  Semua milik Dia. Dia yang jadikan. Dia yang akan hancurkan.  Kasih sayang sesama manusia, adalah jua kurniaan Ilahi yang patut kita syukuri dan jadikan wasilah untuk mendapat pula kasih sayang Nya.

Rangkap akhir;
Kisah cinta berakhir
Dengan penuh harapan
Kisah cinta berakhir
Dengan penuh ratapan
Kisah cinta...



Dah berakhir....penuh harapan amende lagi....patutnya.... 'Dengan punah harapan'...
Itulah adat bercinta namanya....klu tk berakhir di jinjang pelamin, maka akan tersungkur di tepi tangga je...merintihla...merataplah...menangislah dengan air mata darahpun, kalau dah bukan jadi milik kita...maka ianya tetap mukan milik kita..kalau dah milik kita...nak elak camne pun ianya tetap kan jadi milik kita...tpi bukan selamanya...ingat tu...BUKAN SELAMANYA..!!

Allahu Akhbar... Allah Maha Besar.  Yang menentukan segalanya buat umat manusia.
Kembalikan segalanya pada Allah.  Tenanglah dalam hadapi kekecewaan di dunia ini.  Kerana setiap yang berlaku itu mempunyai hikmahnya tersendiri.  

Allah telah mengatur penghidupan kita.  Gembira atau berduka...itu semua adalah pencorak kehidupan. Perlu ada suka....perlu ada duka.  barulah hidup lebih bermakna. 
Asam garam.... perlu ada untuk menyedapkan msakan.  Pelbagai warna dan corak diperlukan untuk menambah cantikkan pakaian bukan??  Gitu lah kehidupan.

Jangan bimbang dengan setiap ketentuan Ilahi. Kerana Dia Maha Mengetahui, apa yang terbaik untuk hambaNya. Si polan itu mungkin telah kecewakan kita hari ini.  Esok lusa, Allah tunjukkan betapa si polan itu memang tidak sepatutnya menjadi milik kita.
Mana tahu...hari ini, org yang kita kasihi, melayan baik kita...esok lusa, kita di lupa...kita dicercanya...  Hanya Allah yang tahu.

Ingatlah manusia....tiada cinta yang kekal abadi melainkan cinta Ilahi.
Yang penting, kita bersyukur senantiasa.  Maka hidup akan mendapat berkat.  Apa jua ujian yang menimpa.  Kehilangan cinta, hanya satu titik dalam penghidupan...akan banyak lagi titik noda atau tak noda yang akan mencorak hidup kita sehinggalah titik noktah dalam penghidupan ini menjadi milik kita pula.

Jangan  meratap, merintih, menyalahkan nasib, menyalahkan dunia...menyalahkan yang Maha Kuasa. No...No ...No...! Ia nya adalah satu perbuatan yang sia-sia.  Anggap sahaja kekecewaan itu ibarat makanan. 

Kita makan..kemudian kita lapar semula...kita makan lagi...lama kelamaan, kita lapar semula...tetapi jika kita berpuasa....apakah yang kita katakan pda kelaparan yang kita rasa itu???  Sabarlah perut....nanti masa buka puasa nanti, hilanglah lapar...kemudian kita buat kerja kita...kita jalankan penghidupan kita seperti biasa...lalu kita menjadi lupa pada kelaparan itu...sehingga tiba waktu berbuka.  Lalu kita dengan gembira, menikmati juadah yang tersedia.  Hilang segala rsa menderita kelaparan itu..esoknya kita puasa lagi...dan kita menderita lagi..tapi kita dah kurang mengeluh,  kerana kita tahu, di penghujung hari nanti, ada nikmat yang menanti kita....dengan izin Allah.

Cuba kita aplikasikan apa yang kita rasa di bulan puasa itu atau ketika berpuasa itu, dalam situasi kesusahan lain yang kita rasa dalam hidup kita. InsyaAllah, hidup kita akan lebih bererti...
Sabar itu separuh dari iman.  Berdoa selalu, minta kebaikan dari Allah untuk kita dan ahli keluarga kita.

Rise up...... bangunlah....bangkitla semula...membina satu cita..satu cinta...satu hati....satu jiwa.....
satu Malaysia...

ehhh....dah melalut....hehehe..sorry...tetengah malam mang endingnya salu jadik camni...


Friday, July 2, 2010

Sedar dan sadar


Subuh ni acik tersadar...tersadar dari mimpi. Ngeri tak ngeri....tpi kesedaran diri.

Acik mimpi acik mati.  Tapi dihidupkan semula.  Lalu, dalam mimpi itu, acik berazam untuk melakukan segala kebaikan, dan menjauhkan segala kejahatan.

Subuh 3-4 hari lepas,
acik sadar, dari tidur.  Lalu rasakan, bumi ini berputar. Paling ke kanan, masih berputar...paling ke kiri...juga berputar alam buanaku...
Apakah ini?
Acik katupkan mata....dalam gelap, masih tampak bumi ini berputar.  Tekak mula meloya...
Air liur mula berkumpul, lalu acik gagahi bangun....ke bilik air...dan melambakkan muntah belahak....
Akibat putaran bumi yang acik rsa itu.

Selepas itu, trus ke depan monitor PC buruk ku....ku taipkan ..'bumi berpusing.'. Ku temui istilah ini... 'vertigo'..info ku perolehi juga di blog masviona dan prebet sabu.

Mula risau.

Esoknya, acik yang tk rajin ke klinik, memaksa anak membawa acik ke klinik jua. Doktor cek...suhu badan, cek mata, tekanan darah... semuanya perfect....Alhamdulillah..ok..Doktor bagi 2 jenis ubat untukkan ditelan.

tapi tk bagi pun surat MC...

Esoknya, bumi masih terasa berpusing...lalu terpaksalah acik mengorbankan cuti sehari.....beristirehat di rumah sahaja.  Rumahpun dah macam kapal perang...tonggang langgang.

Zirah dah di ekspot ke Shah Alam....agaknya sdang berjuang di minggu orientasinya di menara gading itu.

Semoga kejayaan menanti beliau ini. Mudahkan urusan dan murahkan rezeki kami Ya Allah...
Esok abangnya pula...mendaftar di tempat yang sama, cuma kursus yang berlainan.  Tak perlu dihantar...
ye..sebab dia boleh jaga dirinya sendiri.

Hmm..dah hampir pukul 4 pagi....aku perlu tidur..leka pula bercerita disubuh sunyi ini..  Takut esok tak sadar pula untuk keluar mencari rezeki...takut tertidur mati....ataupun terus...mati...moga matiku dalam husnul khotimah..

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...