Friday, April 16, 2010

Kejohanan persahabatan

Baru nak cerita kisah weekend haritu.

Seperti yang dimaklumi, hari sabtu, acik gi exam . Dan hari ahad, acik gi ambil bahagian Sukan Empat Penjuru di Bahagian acik.

Acara telah bermula dari hari sabtu lagi. tapi memandangkan acik exam hari sabtu yang senak perut tuh, maka acik tk dapat la hadirkan diri untuk menjadi Pom Pom Gurl sepanjang pesta sukan tersebut.

Namun hari Ahad, sebelum dewan dibuka lagi, acik udah sampai. Semangat tuh...!

Macam biasa, acik cuma masuk acara badminton je. Berpeluh2 acik praktis dan warm up. Tetiba diorg kata nama acik tk masuk dalam undi pemilihan wakil bahagian tuh...

Adeiiiyh... hmmm.. tak apa... janji semangat ada. Janji acik udah bepeluh. Itu tujuan utama acik sukakan sukan ini.

Maka acik duk la jadik Ketuk-Ketuk Gurl aje.... (Ketuk botol buat bising menyorak dan menyokong pasukan)...

Agaknya dik kesian kat mak cik ni, maka ketua pasukan suh acik main mix dengan dia.

Tgk lelama, acik ni mcm nak main biola pulak!!

Sonok la acik smula.. sbb dpt gak menyumbang tenaga. Dan lagi sonok, acik dapat menyumbang markah pd pasukan acik, sebab berjaya memenangi perlawanan itu.

Sampai ke petang, baru selesai. Petang barulah juga datang jemputan VIP haritu utk menyampaikan hadiah untuk pemenang acara2 yang dipertandingkan itu. Timbalan Ketua Setiausaha .... sementara tunggu kami selesai main, lelama beliau terguda untuk mengetuk juga bulu ayam itu.

Maka tugas kami adalah menunggu sehingga beliau tamat main....dah la rubber set lak tuh... aduyaii....jam udah dekat pukul 5...tpi upacara penyampaian hadiah masih belum bermula.

Akhirnya, berjaya menyelesaikan acara hari itu dengan jayanya.

Ni adiah yg bahagian kami dapat.

Sekian. Moral of The Story: Bersukanlah untuk kesihatan diri..... tpi jangan sampai patah riuk lak tulang temulang tu... nak pakai lama tuh... :)

5 comments:

Kak Nora said...

Maju sukan untuk Negara!!

Mak Su said...

saya sukan memang lemau, selalu bersukan tang jari-jemari jer ;)

kakpah said...

caya la kau cik. Mano kau dapek tonago main camacam ha.
Aduyai.. akak ni nak meloncek pun dah sakit kaki ha..

MiDiAiDa said...

tahniah kak chah..bile nak wat sesi bg adiah nei..x sabo kite nak pegang piala2 tuh..hihih..

lupekanje said...

KAK NORA,
yeahh.....terus maju..err...tulang udah reput ni kak.


mak Su,
besukan kat dapor je....memasing ada sukan yg diminati..hehe


Kak Pah,
minum air misai kucin kak...ekekke..


Aida,
ha ah...akak pun tak sesabo nih...biler tah...bgi je lah kan....heheh

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-