Wednesday, April 21, 2010

Nak pegi ke tidak?

Nk terima ke tidak...nk pegi ke tidak.....

Hentahla... dulu acik gak yg ngengada mintak...bila dah dapat, udah seba salah...

Nak tinggalkan kawan-kawan yang dikasihi....walaupun ada yang membenci. Hari ini, sorang teman telefon ucap tahniah. Memula acik marah2....ingatkan dia ucap tahniah sebab udah dapat surat yang kami akan keluar dari Putrajaya ni, berpindah ke Cyberjaya bulan Mei ini. Lalu mereka yang akan ambil alih pejabat kami nih. Rupa-rupanya tahniah itu adalah kerana acik dapat tukar ke Bahagian teman tadi tuh.... lalu acik tkkan jadi lah berpindah ke Cyberjaya nanti. Acik tak tau nak kata apa waktu mula-mula menyedari berita itu. Yang bermain dipemikiran acik... Kawan-kawanku..... Blog BTKPM ku.... Badmintonku.... Bowlingku.... KRESTAku... Rumah Merahku.... Lebih kurang 2 tahun (eh...betul ke 2 tahun dah?) dulu ...acik memang ada memohon tukar ke bahagian lain. Nak tukar angin, di samping adalah sebab-sebab lain. Tapi tu duuuuluu... Memula tu acik dimaklumkan bahawa permohonan acik di KIV kan...sbb acik baru lagi berkhidmat di bahagian sekrang nih. Maka acik udah frust jugakla.. malas nak pikir dah. Sebab diorg kata, borang permohonan itu akan laku hanya untuk tempoh 1 tahun. Selepas acik memohon itu, sudah ada ura-ura arahan memindahkan bahagian kami ke Cyberjaya. Maka ramai jugak rakan-rakan lain yang tidak mahu ke CYberjaya membuat permohonan pertukaran. Akhirnya permohonan pertukaran tidak mahu dilayan lagi kerana terlalu ramai yang memohon. Perpindahan ke Cyberjaya pun kejap jadi...kejap tk jadi. Masing-masingpun sudah tawar hati dan pasrah je kalu dipindahkan ke sana. Sementelahan pun, di uar2kan bahawa Park n Ride akan dikuatkuasakan di Putrajaya. Lagilah tawar hati juga nk berpejabat di Putrajaya ni lagi. Buat apa ada kereta, tapi kena naik bas. Menyusahkan nanti. .. antaranya, pada yang ada anak kecil... pada masa musim hujan...pada yang kesihatan yang tidak menentu... akan merasa kesukaran menggunakan kemudahan Park n Ride itu. Tup tup.... dan tiba-tibanya, acik dikejutkan dengan kelulusan pertukaran ini...!!! Apakah...??? Maka acik terpaksalah pasrah, baik atau buruk, segalanya ketentuan Ilahi...pasti ada hikmahnya.. Kawan2 akan terus jadi kawan, meskipun berjauhan. Aktiviti akan tetap berterusan, berenang...badminton....bowling...jogging.... adeiiihh...sakit kepala ku..

4 comments:

kak Erna said...

pasrah acik..acik dah buat solat istiharah kan..
apa pun cabaran yang akan datang akak percaya..acik akan berjaya hadapinya..
aktiviti acik..teruskan cam biasa..

Kak Nora said...

Semoga Allah beri yang terbaik untuk Acik. Aameen.

lyn said...

tengok kemas barang cam hari ni nak pindah...orang nak tinggalkan saya nih. dua2 lak tuh. sodihnya... tapi orang dah nak g takkan kita nak halang, ye tak??? semoga berjaya kat tempat baru.. yg baik bawa yg buruk tinggal je kat opis nih

lupekanje said...

kak erna,
dah kak..pasrah la ni.


kak nora,
aamin gak....


lyn,
unsangkarable kan..

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-