Jaga lah sumber rezekimu, nescayakan terjaga hatimu,
Peliharalah hatimu, akan terjagalah lidahmu,
Peliharalah lidahmu, akan terjagalah amalmu,
Peliharalah amalmu, akan terselamatlah kamu di dunia dan di akherat.
Jom...kita berusaha mencari rezeki yang halal dan diberkati untuk menyara hidup kita,
makan pakai kita.
Thursday, January 16, 2014
Monday, January 6, 2014
Kisah seekor helang
Ada seekor helang. Dari pagi hingga ke petang duduknya di pohon durian yang menjulang tinggi ini.
Diamnya di kampung Linggi...
Kerjanya, memerhati, mencari rezeki
yang ditetapkan Allah untuknya setiap hari
Mangsanya mungkin ayam-ayam orang kampung yang berkeliaran, atau beburung yang terbang tak hengat diri..
Satu pagi,
tika beburung lain terbang riang gembira terbang ke sana ke sini,
keluar dari sarang mencari rezeki
sambil berbunyi berzikir ke hadrat ilahi,
kerana memberi peluang lagi,
menghirup udara bumi,
Sang helang yang tetap di puncak yang tinggi
Melihat mangsanya berlari-lari di mukabumi..
Lalu sang helang menebar sayap di kedua sisi..
mahu mengatur strategi...
![]() |
| Gambar diambil dari carian Google..tq pada yang empunya ini gambar. |
mangsa yang masih tidak menyedari,
![]() |
| Gambar diambil dari carian Google..tq pada yang empunya ini gambar. |
Tapi Sang Helang sendiri tidak tahu ia diperhati,
Penembak handalan yang menjaga hak yg dipinjam Ilahi
![]() |
| Gambar diambil dari carian Google..tq pada yang empunya ini gambar. |
(tanjat makcik tadi tau !!! mendengar letupan senjata api...)
Akhirnya Sang Helang tumbang terhempas ke bumi
di hujung senapang penembak yang tiada kasihan di hati
yang picu nya dipetik hanya sekali
![]() |
| Gambar diambil dari carian Google..tq pada yang empunya ini gambar. |
Kini pepohon dan beburung di sini sunyi
Tiada lagi raja di udara yang mengancam diri.
Tunggulah, pasti ada pengganti.
Bertenggek di hujung dahan nan tinggi ini lagi.
Sekian..kisah benar yang disaksikan pada 5hb Januari
Di Kampung ku, Kampung Linggi..
Friday, September 27, 2013
11 tahun telah berlalu
Tarikh 21 September 2013, aku leka berpoyer-poyer, memancing di Ganu kiter hari tu, rupa-rupanya tarikh tepat 11 tahun arwah suamiku pulang ke rahmatullah. Aku terlupa..lepas balik tu baru aku teringat...huhu..
Patutlah balik tu aku tergerak melalui jalan yang menempatkan kubur di mana ia dikebumikan.

Waktu lalu kawasan perkuburan yang dah lebih sepluh tahun tak ku tempoh tu, sempat aku ambil gambar kawasan itu sambil mmandu. Aku sorang-sorangkan ...dan tk bersih, jadi tak dapatla nak singgah. Masa tu memang tak ingat tarikh keramat tu. Nanti lainkali saya gi ziarah awak ye bang ye.....insyaAllah.
Moga Allah merahmati rohnya dan moga ia dijauhkan dari siksaan kubur dan neraka di akherat kelak. Al fatihah.
Memoryku di sini.
Patutlah balik tu aku tergerak melalui jalan yang menempatkan kubur di mana ia dikebumikan.
Waktu lalu kawasan perkuburan yang dah lebih sepluh tahun tak ku tempoh tu, sempat aku ambil gambar kawasan itu sambil mmandu. Aku sorang-sorangkan ...dan tk bersih, jadi tak dapatla nak singgah. Masa tu memang tak ingat tarikh keramat tu. Nanti lainkali saya gi ziarah awak ye bang ye.....insyaAllah.
Moga Allah merahmati rohnya dan moga ia dijauhkan dari siksaan kubur dan neraka di akherat kelak. Al fatihah.
Memoryku di sini.
Friday, September 20, 2013
Thursday, September 5, 2013
Snack istimewa Mieng Kham
![]() |
| gambar ihsan dari http://www.realthairecipes.com/recipes/leaf-wrapped-snack/ |
Pernah makan Mieng Kham..? 'Snack' dari Thailand. Accik baru first time tgk. Kawan-kawan pejabat bawa untuk di rasa. Memandangkan accik puasa, tak dapatla merasa. Tapi jangan risau, resepi ada di hujung jari. Jom kita buat dan rasa sama-sama. Copy resepi dari blog anizyn..tq
Resepi Miang Kam
Bahan A:
* Daun kaduk
* Bawang merah
* Halia Muda
* Cili Padi
* Limau nipis
* Udang kering
* Kacang tanah goreng
* Kelapa goreng
Bahan untuk sos:
* 3 batang serai (dihiris)
* 4 ulas bawang merah (dihiris)
* 2 ulas bawang putih (dihiris)
* 3 sudu udang kering
* 2 inci halia
* 5 biji cili padi
* 1 1/2 ketul gula Melaka
* 1 sudu air asam Jawa
Cara membuat:
Kisarkan semua bahan untuk membuat sos, kecuali gula Melaka dan air asam Jawa.
Masak semua bahan sehingga mendidih.
Masukkan gula Melaka dan air asam Jawa ke dalam kuah. Kacau sehingga dia pekat dan likat.
Sejukkan seketika.
Isikan semua bahan A dalam daun kaduk dan masukkan sos, kemudian digulung.
Sedia untuk dimakan.
Friday, August 30, 2013
Makanan Hari Raya
Jamuan hari raya macam-macam ada...
Hari ni 23 Syawal bersamaan 30 Ogos 2013. Masih ada yang buat rumah/opis terbuka, makan sana sini lagi. Macam-macam ada..untuk dipejabat accik ni, dari tahun lepas lagi, macam-macam nama diberikan pada makanan-makanan yang di sediakan..Lemang intan baiduri lah, Rendang Ayam Den Lopeh lah, Ketupat Daun Kering, Cup Cake Rama-rama Pulang Petang, Satey Pukul Sepuluh, dan maciamm-maciammm lagi... huhu..
Tapi accik tak berapa nak makan... ala kadar je. Memang tahun ni raya accik sangat mengawal pemakanan, sebab lepas raya accik kena gi check tekanan darah yang tak tentu arah sekarang ni. Nak elak mendapat gelaran pemakan ubat darah tinggi yang tegar...
Moga Allah kurniakan kita kesihatan untuk jalani penghidupan ini dengan sebaiknya, menjalankan perintah dan menjauhkan larangan Allah seperti sepatutnya. aaamiin.
Monday, August 26, 2013
Misi mengecat
Burung belatok kepala merah, panggil datuk, nenek marah....
Ingat lagi kan pada lagu masa kanak-kanak dulu.
Sambil mengecat pagar kemarin, terpandangkan burung belatok ni di pepohon manggis di luar pagar. Terpengaruh dengan gambar-gambar burung di blog Zul Ya , terus capai video cam yang dah jarang-jarang digunakan dik sebab masalah teknikal...letak atas tembok yang sedang dicat dan bersedia menanti peluang ambil gambar yang agak-agak menarik. Ini je lah hasilnya. Habis camera kena cat...hehe.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna
Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya. Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...
-
Dalam kegilaan sesetengah masyarakat IT di Facebook, mengambil bahagian dalam kuiz demi kuiz....(I'm not one of them...) acik terseremp...
-
Hmm...teringin bergosip harini... boleykan..boleyy?...boley laa... Acik tengok paper hari ni.. tentang sorang bekas menteri besar kawin d...
-
Sempena Tahun Baru Cina, memasing ambil peluang balik kampung temasuk acik. Sementelahan anak pun balik bercuti, kecuali Yanie, yg bercuti ...





