Thursday, September 5, 2013

Snack istimewa Mieng Kham

gambar ihsan dari http://www.realthairecipes.com/recipes/leaf-wrapped-snack/

Pernah makan Mieng Kham..?  'Snack' dari Thailand. Accik baru first time tgk.  Kawan-kawan pejabat bawa untuk di rasa.  Memandangkan accik puasa, tak dapatla merasa.  Tapi jangan risau, resepi ada di hujung jari.  Jom kita buat dan rasa sama-sama.  Copy resepi dari blog anizyn..tq

Resepi Miang Kam
Bahan A:
* Daun kaduk
* Bawang merah
* Halia Muda
* Cili Padi
* Limau nipis
* Udang kering
* Kacang tanah goreng
* Kelapa goreng

Bahan untuk sos:
* 3 batang serai (dihiris)
* 4 ulas bawang merah (dihiris)
* 2 ulas bawang putih (dihiris)
* 3 sudu udang kering
* 2 inci halia
* 5 biji cili padi
* 1 1/2 ketul gula Melaka
* 1 sudu air asam Jawa

Cara membuat:
Kisarkan semua bahan untuk membuat sos, kecuali gula Melaka dan air asam Jawa.
Masak semua bahan sehingga mendidih.
Masukkan gula Melaka dan air asam Jawa ke dalam kuah. Kacau sehingga dia pekat dan likat.
Sejukkan seketika.
Isikan semua bahan A dalam daun kaduk dan masukkan sos, kemudian digulung.

Sedia untuk dimakan.

13 comments:

Irfa said...

mcm makan sireh lak ye ;)
tapi susah nak jumpa daun kaduk skrg
kt kg byk ler

lupekanje said...

Aah...depan rumah emak accik ada manyak...nnt nak buat...jom gi kampung accik...hehe

Acik Erna said...

accik..akak daun kaduk pun tak makan..ganti ngan daun salad boleh tak he he

lupekanje said...

boleh je kak. Tampi, khasiat eh tk samo kang....:)

Hjh Noralenna Abbas said...

Sodap tu acik!

lupekanje said...

entahla kak Nora...tak sabar nak terai nnt. Nak buat seniri. Akak pnah rasa ke?

Ain Noraini said...

tak pernah makan..mesti sedap tu kann..

lupekanje said...

Macam sedap. Try la buat..:)

pt ส่าหรีสี said...

Salam singgah,
Mieng kham ni asalnya makanan masyarakat thai bahagian utara.Lebih sedap kalau ditambah gajus dan sedikit nam pla. TQ.

izawani said...

Sama la entry kita... ekekeke... rasanya benda yang sama nih... cuma caranya skit berbeza...

lupekanje said...

Salam pt ส่าหรีสี , ok...nnt accik tambah dalam resepi ni gajus dan Nam pla...tambah sedap ni. hehe..trima kasih....

Izan...kebetulan ye..accik tk tiru. Heheh. Pagi semalam diorg duk bawak gi opis, terus teruja nk terai dan search resepi kat internet....betul tu, cara kita ada lain sikit.

Kakzakie said...

oh... nama aje yg susah nak sebut bila baca bahan resepi kita memang boleh buat ni:)

Kakak pun tak pernah makan ni. Tapi rasa-rasa boleh buat ni..

lupekanje said...

cuba..jangan tk cuba kak....

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-