Wednesday, October 31, 2012

Berita Gembira Sahabatku

Pernah diceritakan kisah seorang sahabat accik yang berkahwin dengan bekas kekasihnya.  Malam tadi accik disampaikan berita gembira tentang beliau.  Baru sebulan lebih berkahwin, udah mengandung !  Tahniah buat pasangan itu.  Moga Allah merahmati kalian sekeluarga.

Alhamdulillah syukur nikmat...  memang sesuatu yang tidak disangkakan.  Segalanya ketentuan Allah. Takdir Ilahi.

kredit untuk google di mana gambar ini ditemui.

Dalam usia hampir menjangkau setengah abad.. Allah Maha Pemurah, mahu mengurniakan cahaya mata buatnya.   Anak terakhirnya, berusia 19 tahun.  Maknanya telah lebih 19 tahun tidak hamil, kini.. Tora datang lagi !!!!!  Alhamdulillah...hehe

Baru2 ni ada juga terbaca atau kat tv agaknya, accik pun tk ingat, tentang seorang nenek yang berusia lebih 60 tahun, bersalin baby, kembar lagi...  ajaib kan...kuasa Tuhan, tiada yang mustahilnya.

Moga sahabat accik tu akan selamat dan sihat sehingga lah berjaya melahirkan anak yang akan dibesarkan oleh ayah ibunya dengan sihat dan menjadi anak yang soleh/solehah, sepertimana anak2 lain yang telah berjaya di didik dengan jayanya. Aamin, Ya Robbal A'lamin.

Terima kasih pada anak saudara sahabat itu yang telah menyampaikan berita gembira ini.  Tak sangka, Allah masih mahu accik mendapat beritanya yang jauh di negara orang, walaupun ia sendiri tidak menghubungi accik dan kawan2 lain lagi. Allah Maha Pengasih lagi Penyayang.  Org yang tidak pnah dikenali pun, blh terus menyambungkan persahabatan kami dalam keadaan tanpa di duga dan disangka.  Walaupun tanpa bayangnya. Terima kasih NurAleeya Natasha.

Sunday, October 28, 2012

Aidil Adha datang lagi

Hari raya korban datang lagi...  Diucapkan selamat Hari Raya pada smua.

Tahun ni dapat daging sampai tk muat nak simpan dalam peti ais.  Biasanya tak macam ni.  Tpi sebab tahun ni kakak Accik buat korban, maka dpt la lebih terlebih2 pulak.

Macamana accik nk elakkan dari tak makan daging tu????  Huhu..

Kolestrol....tekanan darahh...smua nak kena jaga setiap kali raya datang.  Tak kira la raya apa.   Melainkan raya cina ngan raya India dan raya Kristian.

Abih camno???  Tak makan nnt, membazir pulakkan!!! Yakin je lah.  Penyakit itu datang dengan izin Allah.  Rezeki jgn di tolak.. *errr...abaikan sambungan dia...  Bala' jgn dicari....

Mari kita cuba cover dengan makan asam2 (boi) ...epal ijo, bawang putih, celery, dll yg sewaktu dengannya.  InsyaAllah...
Tahun ni tk pegi beraya memana.... hanya ke sini arah tujuan kami...



Program menziarah kubur demi kubur...gambar di atas di kuburan arwah Abah accik..
Sebelum tu kami ke lokasi di bawah, menziarahi kubur arwah nenek, sebelah emak dan sebelah abah accik.  Waktu kat situ, emak accik bawak gi lawat kawasan perkuburan lama ni.. Kira tempat bersejarah lah ni..orang2 awal yang terlibat dengan pembukaan kampung accik....yakni, Kampung Linggi. Atau mungkin alim ulama' yang pernah hidup di zaman dulu2 sebelum kelahiran emak accik lagi nih.




Sekian.  Malas nk cerita.  Paler fenin makan dagin banyak nih..huhu

Wednesday, October 24, 2012

Tambah Koleksi Buku

Hari ini pesanan buku MPH online acik dah sampai.. bertambah 4 buah buku tulisan ustaz Pahrol M.Juoi lagi.  Dah hampir memiliki ke semua buku tulisan beliau. Sikit lagi ...baru lengkap koleksi ni.



antara koleksi favourite


BUku yang baru habis di baca.  Tpi mahu diulangbaca lagi.

Buku yang sedang/baru nak mula di baca.

Terima kasih kepada MPH online dan Buku Online kerana membekalkan buku ni pada accik.

Membaca menambah pengetahuan dan memandu amalan.!!

Thursday, October 18, 2012

Coklat itu sedap..adventure bermula

Hari coklat se dunia...

Semalam gi kilang coklat Beryl's lagi...dah baper tawon tk pegi memborong coklat kat situ.  Rindu nak menggelumangkan diri dgn coklat... :)

Tapi beli sikit je.  Takut tak dpt kawal makan coklat nanti...selagi ada...selagi tu takkan brenti nak makan.


Ini je ok.  Acik gila coklat tiramisu...beside, coklat bittersweet Camior, dan almond...dannn...semua suka laaa.. tapi yang ada kismis tk berapa nak suka.

Sekian, update arini.  Nak bersiap, untuk ke satu adventure.  Senarai barang nk bawak;
-Ma'surat untk amalan / surah Yasin...(tak apa...dah ada dlm keter)
-kemah
-pisau lipat
-air
-lilin/mancis  (aper la..org skrt tk pakai mancis...pakai lighter sudeh...)
-duit secukupnya, dokumen pengenalan diri, pasport..err.
-kamera/videocam (walopun dah wosak)
-henpon jgn lupa top up...klu perlu subscribe internet untuk beberapa hari ni.
-peralatan yang sepatutnya untuk adventure ni.
-baju dan pakaian luardalam secukup pakai
-buku bacaan
-laptop ...eh..nak bawak jugak ke.
-charger phone..charger laptop
-deodorant, takut badan bebau nanti..
-bedak nyonya
-ubat kolestrol...jangan lupa makan tetiap malam.
-torchlight.
-ubat sapu/gamat
- kotak/plastik untuk isi hasil tangkapan..
-kain buruk/tuala

hehehe..ye...accik nk gi mancing ni...  Kuantan...here I come.....

Tuesday, October 16, 2012

Di mana kan ku cari



aku masih mencari, Cinta Ilahi...
Yang goyah di hati

Yang tidak dirasai
Yang belum ku miliki

kerana dunia memenuhi
tidak langsung mempeduli

ikut sahaja rasa hati
yang hilang dikesali
yang tiada dikejari

sedang cinta Ilahi, 
sentiasa di sisi
tidak langsung diperhati
dan dinikmati
kerana hati yang telah mati
iman tipis sekali
takwa entah ke mana pergi
semakin jauh berlari
semakin sepi
dan sunyi

bila masa akan pergi
bila izrail dtg mengunjungi

yang hilang tidak lagi dinanti
yang jauh tiada lagi masa nak dicari
tpi tetap dalam mimpi
dan kekal di hati
kerana ia anugerah Ilahi Robbi
moga yg dicari ditemui
di Sana nanti.


Sunday, October 14, 2012

Richie ren and Teddy Bear


Once upon a time...  I was addicted in watching this Chinese TV series. Legend of Condor heroes.  Love the hero & heroin .  Richie Ren (Yang Guo) & Jacklyn Wu (Xiaolongnü)



Rainy weekend with the teddy bear ... rain eh?


If u missing somebody/ies....pray for them. 



Saturday, October 13, 2012

Teman di kala Sepi mencengkam

Teman di kala sepi.

Andai kau rasa sunyi, rasa sepi....jangan kau cari yang lain dari Allah untuk menjadi pendamping diri, untuk kau sayangi, untuk menghibur hati. Itu pesan temanku dulu, Ketenangan abadi, buat mereka yang membasahkan lidah dengan kalamullah.

Ku baca tulisan penulis kegemaranku...  Kenali Tuhan yang mengujimu... di blog Genta Rasa itu... berulang-ulang kali.  Namun aku masih perlu terus mengulangi dan memahaminya.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...