Saturday, January 21, 2012

Walimatul Urus itu

Cuti 4 hari, nak pegi mana ye... Masih belum ada planning. Lagipun saya demam sekarang. Masih belum pulih sepenuhnya.  Dari atas tingkat rumah ini, kelihatan di bawah, ada kenduri kawin sedang dijalankan.  
Err..depa tk jemput kita ka?  Ntah.  Tak ada nampakpun kad jemputan di tampal di lif..mungkin ada di papantanda ...mungkin saya terlepas pandang.

mmmm...tk kisahlah.  Kalau ada, itulah yang sepatutnya.  Meskipun yang berkenduri tu mungkin bukan penduduk di sini...sekurang-kurangnya apabila membuat kenduri di tempat orang, perlu juga berbudi bahasa menjemput semua yang melihat.

Kedengaran bunyi kompang bergema di sekitar kawasan perumahan ini.  Bergegar rasanya.  Mengganggu kejiranan.  Haiihh...saya berfikiran negatif.  Masih tidak redha sbb tk dijemput saya...hehhe.  Tak ada la.  Saya tahu, walaupun saya dijemput, saya mungkin tidak akan pergi. Itu saya.  Bagaimana dengan orang lain di kawasan kediaman ini? Harap2 mereka yang lain dijemput sama.



Dengan ini, saya mendoakan agar pasangan perantin yang berkenduri di dewan ini hari ini akan hidup bahgia, sepanjang hayat mereka bersama.  Semoga kehidupan mereka diberkati dan dirahmati Allah di dunia dan di akherat, dengan melahirkan zuriat yang beriman dan bertakwa.  Aaamin.

Tuesday, January 17, 2012

Ubat Hati Yang Sedih

Salin dari buku La Tahzan yang ditulis oleh Dr. 'Aidh al-Qarni , semoga Allah merahmati beliau dan mereka yang berusaha menghasilkan buku ini dan mereka yang menyebarkan ilmu-ilmu di dalam buku ini

Yang Lalu Biar Berlalu. Mengingat dan mengenang masa lalu, kemudian bersedih atas nestapa dan kegagalan didalamnya merupakan tindakan bodoh dan gila. Itu, sama artinya dengan membunuh semangat, memupuskan tekad dan mengubur masa depan yang belum terjadi.
lupekanje: Hmm... ok..saya tidak akan lagi bersedih utk membunuh semangat saya untuk menghadapi masa depan yang belum pasti.


Bagi orang yang berpikir, berkas-berkas masa lalu akan dilipat dan tak pernah dilihat kembali. Cukup ditutup rapat-rapat, lalu disimpan dalam 'ruang' penglupaan, diikat dengan tali yang kuat dalam 'penjara' pengacuhan selamanya. Atau, diletakkan di dalam ruang gelap yang tak tertembus cahaya. Yang demikian, karena masa lalu telah berlalu dan habis.
 
 
Kesedihan tak akan mampu mengembalikannya lagi, keresahan tak akan sanggup memperbaikinya kembali, kegundahan tidak akan mampu merubahnya menjadi terang, dan kegalauan tidak akan dapat menghidupkannya kembali, karena ia memang sudah tidak ada.





lupekanje : Sangat benar .. ayuh..kita bangun, jangan lagi bersedih, jangan lagi resah gelisah, jangan gundah gulana...


Jangan pernah hidup dalam mimpi buruk masa lalu, atau di bawah payung gelap masa silam. Selamatkan diri Anda dari bayangan masa lalu! Apakah Anda ingin mengembalikan air sungai ke hulu, matahari ke tempatnya terbit, sorok bayi ke perut ibunya, air susu ke payudara sang ibu, dan air mata ke dalam kelopak mata?
lupekanje : errkk.. mana boleh camtu kan? No turning back ok...


Ingatlah, keterikatan Anda dengan masa lalu, keresahan Anda atas apa yang telah terjadi padanya, keterbakaran emosi jiwa Anda oleh api panasnya, dan kedekatan jiwa Anda pada pintunya, adalah kondisi yang sangat naif, ironis, memprihatinkan, dan sekaligus menakutkan.
 
 
Membaca kembali lembaran masa lalu hanya akan memupuskan masa depan, mengendurkan semangat, dan menyia-nyiakan waktu yang sangat berharga. Dalam al-Qur'an, setiap kali usai menerangkan kondisi suatu kaum dan apa saja yang telah mereka lakukan, Allah selalu mengatakan, "Itu adalah umat yang lalu." Begitulah, ketika suatu perkara habis, maka selesai pula urusannya. Dan tak ada gunanya mengurai kembali bangkai zaman dan memutar kembali roda sejarah.
lupekanje : Tapi saya suka membaca kisah-kisah lama, buka lipatan buku catatan harian lama, untuk mencari kawan-kawan lama, menjejaki dan mengingati semula nama mereka, dan mengingati kenangan ketika bersama mereka untuk tujuan menyambung semua silaturrahim bersama mereka... dan untuk mendoakan mereka yang telah tiada....tak salah kan? :)


Orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tak ubahnya orang yang menumbuk tepung, atau orang yang menggergaji serbuk kayu. Syahdan, nenek moyang kita dahulu selalu mengingatkan orang yang meratapi masa lalunya demikian: "Janganlah engkau mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya." Dan konon, kata orang yang mengerti bahasa binatang, sekawanan binatang sering bertanya kepada seekor keledai begini, "Mengapa engkau tidak menarik gerobak?" "Aku benci khayalan," jawab keledai.
lupekanje: see......keldai pun tak suka jiwang-jiwang, bekhayal2, mengenang2 nih... menumbuk tepung...menggergaji serbuk kayu? perbuatan yang sesia kan... pekejadahnye...? hmmm.. fikir, fikir.


Adalah bencana besar, manakala kita rela mengabaikan masa depan dan justru hanya disibukkan oleh masa lalu. Itu, sama halnya dengan kita mengabaikan istana-istana yang indah dengan sibuk meratapi puingpuing yang telah lapuk. Padahal, betapapun seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu, niscaya mereka tidak akan pernah mampu. Sebab, yang demikian itu sudah mustahil pada asalnya.

Orang yang berpikiran jernih tidak akan pernah melibat dan sedikitpun menoleh ke belakang. Pasalnya, angin akan selalu berhembus ke depan, air akan mengalir ke depan, setiap kafilah akan berjalan ke depan, dan segala sesuatu bergerak maju ke depan. Maka itu, janganlah pernah melawan sunah kehidupan!
lupekanje : Betul betul betul !!!


Kesimpulannya, jangan meratap bersedih mengenangkan perkara yang dah berlalu, kewujudan yang tiada lagi, kehilangan mereka atau barang yang pernah kita sayangi. Kerana kita tidak mahu menentang arus, kita tidak mahu jalan berundur. Kita tidak mahu membunuh semangat kita sendiri. Kita tidak akan membuang masa kita untuk berkhayal dan bersedih mengenang yang telah tiada.
 
 
Mengenang untuk teladan dan pengajaran, tidak salahkan? Yang dikatakan oleh Dr. 'Aidh al-Qarni dalam kitab ini adalah, mengenang yang mendatang kesedihan, kekecewaan, penyesalan atau kedukaan.
Kita mesti bergerak ke hadapan, bangun berdiri gagah untuk mengharungi hari ini...kerana hari ini adalah milik kita, sementara esok belum tahu ada... semalam, kemarin, kemarin dulu, semuanya telah tinggal dan kita letakkan di belakang. Jangan pandang belakang. Apa yang perlu kita lakukan, berusaha agar hari ini akan lebih baik dari hari yang telah kita tinggalkan. Akan lebih tabah, lebih sabar, lebih berjaya kita lepasi sebagai seorang hamba Allah, sebagai seorang anak, sebagai seorang isteri atau suami, sebagai seorang ibu atau bapa, sebagai seorang pekerja, sebagai seorang pemimpin, sebagai seorang sahabat, sebagai seorang rakyat dalam sebuah negara.
 
 
Terima kasih Allah, kerana memberikan aku hari ini.

Formula ABCDEFG Dalam Penulisan Berita

Saya jumpa part yang menarik dalam panduan menulis berita yang diberikan oleh wartawan senior, (sekarang ni tak tau la apa jawatan dia..) En. Ziauddin Sharuddin,
Formula ABCDEFG
A - Accurate - Tepat. Prinsip yang tidak ada tolak ansur dalam proses penulisan. Ketidaktepatan bakal mengundang pelbagai masalah termasuk dari segi undang-undang. Bersediakah anda disaman?

B - Brief - Ringkas. Penulisan yang baik adalah yang ringkas, mudah dibaca dan difahami.

C - Clear - Jelas. Penulisan yang jelas adalah hasil fikiran yang jelas. Penulis dapat menyampaikan maksudnya dengan baik dan pantas.

D - Direct to the point - Terus kepada persoalan. Penulisan yang baik tidak berbelit-belit.

E - Easy - Mudah. Penulis yang baik dapat menjadikan suatu perkara yang sukar menjadi mudah di baca. Ini dilakukan dengan menggunakan bahasa dan penyampaian yang tepat.

F- Fair and Fast . Adil dan Pantas. Penulisan yang baik tidak berat sebelah serta pantas membuat kerja terutama untuk mengejar 'deadline' tetapi tidak harus mengorbankan prinsip penulisan lain.

G - Good Taste. Sopan. Kesopanan adalah antara ketamadunan sesuatu bangsa. Perkara yang lucah dan jijik pun boleh dibincangkan, tetapi secara sopan.

Monday, January 16, 2012

Apakah berita itu?

*Sambungan tentang Penulisan Berita


Berita adalah sesuatu yang boleh dicetak.
Berita adalah laporan tentang sesuatu peristiwa atau fakta atau pendapat yang menarik minat orang ramai


Persembahan sesuatu laporan tentang peristiwa semasa dalam surat khabat atau majala, radio dan televisyen.
Sesuatu yang ingin dibaca orang adalah berita dengan syarat tidak melanggar peraturan citarasa yang baik dan undang-undang fitnah.


Sesuatu berita yang tiba tepat pada masa akan menarik perhatian pembaca manakala berita paling baik adalah yang menarik minat ramai orang.
Berita adalah sesuatu yang berlaku, inspirasi kejadian dan akibat daripada kejadian itu.

Ini adalah yang dikatakan berita.

Saturday, January 14, 2012

Baharu di tahun Baharu

Walaupun usiaku makin meningkat, namun, untuk menggantung reket badminton tidak sekali...belum lagi...
Saya perlu lebih giat, mengeluarkan peluh di badan untuk kesihatan diri sendiri. 

Dan, untuk itu, saya perlu terus bermain, bukan bertanding.  Masa untuk bertanding, mungkin tidak lagi..mungkin...mungkin akan bertanding, jika ada cabaran, dari rakan seumur.  Tapi, payah untuk ketemu rakan seumur yang mahu bermain bersama, apalagi untuk bertanding bersama....tandanya... saya masih sihat dibanding dengan rakan seumur yang lain... Alhamdulillah.  Syukur pada Allah yang memberikan nikmat kesihatan ini padaku.

Untuk terus bermain, perlu ada kawan...dan kawan-kawan itu smua tidak selalu bermain...perlu sediakan kemudahan untuk mereka agar mereka mahu bermain, dan menemani saya bermain.


Oleh itu, selepas mengisi perut di Cempaka Rimba atau Rimba Cempaka, PKNS Bangi, semalam, bersama seorang rakan sepejabat, saya ke Bangi, mencari makan reket badminton yang baru untuk saya dan rakan-rakan saya.  
Tak lama mencari, terus saya perolehi...yang baik, tetapi tidak mahal, bemakna, yang murah tetapi ada brand..:)  ..saya juga suka yang ada brand....walaupun tidak mampu.  Sekurang-kurangnya, yang sama jenis dengan yang Datuk Lee Chong Wei guna. Vangger mak...!! haha.

Saya beli yang harganya bawah RM50 sahaja.  Kalau setakat nak main kasi keluar peluh, tk perlu yang mahal-mahal.  Itupun ada yang lebih murah, RM30+  brand yang sama.  Ok je kalau beli untuk tambah koleksi nanti.  Saya suka kawan-kawan sihat....dan saya pun sihat.  Trima kasih pada kenkawan yang sudi menemankan saya berpeluh nnt.  



Friday, January 13, 2012

Apa yg perlu ada pada seorang penulis

1.  Naluri ingin tahu
2.  Imaginasi
3. Dedikasi
4. Mencari kebenaran
5. Gemar mendekati manusia
6. Mempunyai ilmu umum yang baik
7. Pandai bercerita

Jelas tak gitu?  Saya salin dari satu nota yang saya dapat dari seorang wartawan yang bermurah hati menurunkan ilmu penulisan berita sewaktu saya belajar dulu.  Kelas kami melawat ke pejabat akhbar perdana itu dalam usaha untuk menyiapkan tugasan kami.

Isi lain dalam nota yang masih tersimpan baik itu ;

Seorang penulis perlu mempunyai pancaindera ke6. ..sixth sense .. iaitu hidung berita.  Boleh mencium nilai berita dalam sesuatu ketika. Gunanya adalah untuk :

1.  Mengetahui fakta yang penting dalam berita
2.  Mengenal pasti bentuk berita yang ditemui
3.  Memilih sudut berita yang paling bernilai sebagai 'lead'.
4. Membuang fakta yang tidak penting.

Dan jika anda seorang penyunting, hidung berita adalah untuk:
1. Menjadikan berita lebih menarik
2. Menentukan panjang dan tajuk
3. Menilai dan meletakkan sesuatu berita ketika proses 'lay-out'.

Dari kenyataan ini, tahulah kita angkara siapa yang meletakkan tajuk akhbar yang selalu membuat kejutan dan keinginan kita untuk membaca, untuk marah, untuk membuat spekulasi yg benar mahupun yang salah...siapa? Editor?  Penyunting berita !!!!

Dari modul pengajian saya pula menceritakan tentang pentingnya tajuk berita yang dikatakan sebagai 'penunjuk' sesuatu cerita.  Tajuk berita adalah untuk:
1. Menarik minat pembaca terhadap sesebuah cerita
2. Meringkaskan cerita itu agar pembaca dapat gambaran sepintas lalu tentang cerita atau berita itu
3. Menolong pembaca menilai cerita tersebut
4. Menjadi daya penarik untuk pembaca membaca akhbar itu selanjutnya.

Pentingkan...tajuk berita itu.  Penulis sepatutnya boleh agak, apakah penilaian pembaca terhadap cerita itu apabila membaca tulisan mereka.  Jadi, pastikanlah pembca menilai secara positif...setelah membaca tajuk setiap tulisan itu.

Thursday, January 12, 2012

Dulu je..


Kita selalu berkelah bersama di sini. Beriadah, bergurau senda, berbincang segala topik dunia, bahkan bersama juga menuntut ilmu di bawah kubah Masjid bersejarah ini.
Tempat yang menjadi tumpuan penduduk sekitar kawasan ini untuk melegakan tekanan jiwa setelah seharian atau sepanjang minggu berhadapan dengan masalah kerja. Mereka dan keluarga mereka berkejaran, bermain badminton, remote car, berbasikal atau apa sahaja di sekeliling bulatan ini.

Membawa bekal sendiri, mahupun membeli di kedai lalu bersama menikmatinya di sini, bersama keluarga ataupun rakan handai.  Rindu suasana itu.  Kini semua rakan-rakan membawa diri, tidak punya masa lagi untuk itu..untuk berkumpul bersama seperti dahulu....hmmm...dunia...dunia. Bila pula akan berputar semula kembali ke situasi yang dahulu..atau tidak akan berulang lagi..dik kelukaan itu. Dik kemarahan itu. Dik kesedihan itu.


Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...