Acik bertugas di satu department yang menguruskan bayaran. Lihatlah fenomena yang menimpa unit ini setiap kali hampir tiba hari raya.
Bil/baucer-baucer yang bertimbun dilonggokkan untuk diselesaikan sebelum raya. Tahniah buat penyedia dan pegawai-pegawai yang berhempas pulas menyelesaikan sebanyak mungkin bayaran.
Suasana kerja di pejabat baru di penghujung puasa.
Antara Bil/baucer yang sedang diproses. Ni dekat tempat Linda. Menanti untuk di masukkan ke dalam vot untuk hari itu.
Dalam kesibukan, sempat juga menghias pejabat untuk memeriahkan raya yang bakal menjelang.
Linda, yang bertungkus mulus bertugas. Serious kan muka dia. Kalau dia tak buat muka garang macam ni, kerja dia takkan selesai. Dia ni akan terus macam ni, tk pedulikkan ribut ke, topan ke, gempa bumi ke....apa ke....hingga longgokan baucer/bil yang diserahkan oleh semua penyedia padanya ini dapat diselesaikan di bahagiannya.
Di tempat ini, smua tuntutan bayaran akan dimasukkan ke dalam vot, kemudian barulah diedarkan pada pegawai untuk prosedur selanjutnya, iaitu perakuan/klulusan pegawai. OK...layak dapat APC tahun ni. Vote for Linda...hehhe..
Acik buat apa? Buat bodoh je. Melayan panggilan penuntut2 bayaran. Dalam hujung2 ramadhan itu, tak kurang dari 30 panggilan yang sempat acik jawab dalam sehari. Panggilan yang mahu tahu status bayaran untuk tuntutan mereka. Yang bagus budi bahasanya senang je nak jawab. Yang mana sedang tensen tak cukup duit nak bayar pada pekerja2 mereka, pastinya perlukan sedikit kesabaran dalam menyusun kata-kata agar mereka tidak semakin tensen. Kerana kelak, takut acik pulak yang akan dapat sakit jantung dan darah tinggi nanti.
Bukan setakat yang di telefon, di kaunter pun acik tolong selesaikan masalah diorang ni...untuk mereka yang walk in datang ke pejabat. Agak-agaknya dalam sehari, ada lah dalam 20km acik berjalan ulang alik ke kaunter pertanyaan / menunggu yang agak jauh daru unit acik....Seronok jugak exercise di bulan puasa ni...hehhe
Yang mana acik tk dapat jawab, acik serahkan je pada pegawai akauntan dan yang sewaktu dengannya.
Acik puas hati bila dapat sampaikan berita gembira buat penuntut2 bayaran. Tentu merekapun gembira. Tapi acik rasa serba salah dan sedih bila terpaksa sampaikan berita bayaran mereka belum selesai diproses. Terutama pada yg telah lama menghantar tuntutan. huhu...nak buat camne...sesama lah bersabar. Bayaran ini diproses oleh manusia. Bukannya mesin ...ada had kerja yang mampu dibuat....
Acik tak buat bayaran, sebab acik bukan kerani kewangan, atau PTW. Sebab tu acik buat kerja lain...kerja kerani, ok. acik hanya kerani. Dan acik memang enjoy kerja jadi kerani ni...(stetmen sebab tk dpt kije lain!) Ada aku kesah?
Tapi acik suka kerja jawab telefon ni. Tak perlu kira mengira. Tak perlu menulis bebanyak.....kan penah acik kata dulu, acik lemah dalam kira mengira. Sifir pun tk hapal. Bila nampak nombor, nampak mcm tunggang tebalik je.... maka...pegi lah ko jadik operator telefon kat telekom je acik ooooiii....!!! hehhehe
Sekian cerita bergambar kali ini. eh..betul ke cerita bergambar? Entah apa2...