Kerap sgt dan hari-hari kita dengar mengenai perpecahan..perpecahan keluarga...perpecahan kumpulan ..perpecahan kepimpinan ... perpecahan dalam organisasi.....
Semasa kami bermain dengan game negotiate... acik dapat memikirkan hal ini. Juru latih kami cuba memprovok setiap pasukan.
Menghasut... menggoda, mempengaruh kami. ..ye lah..masa tu kami dah habis banyak duit.... (Jurulatih mengenakan bayaran untuk setiap game dan setiap denda, tk pakai name tag, lambat masuk dewan, salah panggil nama...) ...jadi untuk mengelakkan kami kehilangan lebih banyak lagi, maka kedua pasukan yang ada, berbincang dan berpakat, agar kami mendapatkan situasi win-win... dedua menang...
walaupun kami tidak mendapat untung yang banyak, akan tetapi masing-masing tidak menanggung kerugian yang banyak, atau tidak memberikan keuntungan kepada si lintah darat.
Bukan senang nak mempercayai kumpulan yang dah terdesak tak ada wang itu. Sebagaimana kami yang lain khuatirkan, begitu juga lah dengan kumpulan lawan.
Namun kami tekankan keyakinan pada janji yang telah ketua kumpulan itu lafazkan.. sementara kedua juru latih terus menghasut kami agar jangan sekali2 pecaya dengan kumpulan lawan.
Kami terus berani untuk tanggung risiko. Kami perlu bersangka baik dengan pihak lawan. Sebab kami masing2 dalam keadaan terdesak.
Ada antara ahli kumpulan dah mula rasa tk senang dan hampir tergoda dengan hasutan encik astro (Anstheo) dan Farizan tuh... tapi majoriti punya keyakinan pada pihak lawan. Dan kami sentiasa berharap agar pihak lawan tidak akan terguda juga dengan hasutan encik astro agar tidak mempercayai kumpulan kmi.. kami berbisik sesama sendiri...
jangan pecaya dengan jurulatih tu...dia sengaja nak uji kita... dia cuma menghasut... dia nak tengok kita tidak berjaya dalam misi kita..
Akhirnya kami berjaya melepasi saat genting itu....dan kedua2 pihak mendapat manfaat dari sikap yakin dan berpegang pada janji.
Sedarkah kita bahawa selama ini perpecahan, perselisihan faham kita, di dalangi oleh pihak lain samada mereka itu sedar atau tidak sedar... andai satu organisasi itu sebelumnya aman, damai dan saling bekerjasama, berkasih sayang, tiba2 pecah belah....selalu bergaduh....salah menyalah....tuding menuding, maka mesti ada dalangnya. Namun kita jangan habiskan masa kita mencari dalang...dalam kata lain...mencari siapa yang salah... yang penting, kita baiki kerosakan yang berlaku.
Pulihkan segala apa yang telah tercalar.
Kita jangan mempedulikan kata-kata atau cerita2 orang terutama orang di luar organisasi yang boleh menyebabkan ada pihak antara kita yang akan berkecil hati. Apabila telah hilang kepercayaan sesama sendiri, maka sukar juga untuk bekerjasama, berlaku pertentangan pendapat, bantah membantah. Akan ada kroni... saper kuat, dia menang... boleh gitu?? Lebih sedih, bila hilang kasih sayang sesama kita.... semata-mata kerana hasutan orang lain.
Kita teruskan kerja kita. Terus kuatkan ukhuwah antara kita. Kedua-dua pihak perlu bersangka baik. (Jika satu pihak sahaja yang bersangka baik, maka tidak akan dapat juga jalan penyelesaian!! )
Akhir sekali, satu lagi game menguji minda yang jurulatih sediakan buat kami... tatau nama game ni..
Jadi, tengok gaya kami yang bekeliling tatau nak buat apa... hampir setengah jam dok perati jer duit tu.. Sebab apa? Sebab tidak ada keyakinan, walaupun dah tau jalan, dah tau cara. Hadiah jika dapat menyelesaikan masalah ini cukup lumayan, hingga dapat mengembalikan hampir semua modal berbayar kami kepada jurulatih. Kumpulan satu lagi dah gagal... anak mancisnya dah terjatuh, sedangkan kami tidak dibenarkan menjatuhkan anak mancis ketika mengalih duit tersebut dari situ.
Akhirnya, acik dah hilang sabar. (Well... acik pun jenis cakap tk serupa bikin...hehhe..) .. Baper lama ngkorang nak tenung je duit tu...bukan duit tu boleh terbang beranjak dari batang mancis tu...!! Meh kita sama-sama yakin, berani dan kemudian kita redho dengan apa yang akan berlaku. Kita bersama-sama tanggung risiko. Kalau tk berjaya, kita jangan salah menyalah. Yang penting kita telah usaha. Kalau tak ada saper yang berani, meh sini acik je buat...!!. (apa??? ingat bebetul ke acik nak buat... acik temberang jer tuh.. kehkehkeh..)
Dan begitulah akhirnya, kami bersatu dan saling membantu di samping berdoa, dan hampir tak percaya bila kami berjaya mengalihkan wang tersebut..... seronok sungguh.. Banyak pengajaran yang acik dapat seperti yang acik tuliskan tadi. Satu perkara lagi, kebijaksanaan perlu ada dalam memikirkan jalan penyelesaian. Yang penting, kita cekap, jujur, amanah.
Kalau ada pihak yang tamak, khianat, pesimis dan saling tidak mempercayai .... payah la nak bersatu. Payahlah juga nak bekerjasama, Payah lah nak capai kejayaan. Payahlah nak hidup dalam harmoni. Ketika memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah tadi, salah seorang dari kami telah dipanggil oleh jurulatih. Dia ditawarkan rahsia bagaimana menyelesaikan masalah tu, dengan syarat dia membayar sedikit wang kepada mereka, lalu kejayaan akan menjadi milik kami.
Tetapi, dia terfikir.... ini macam rasuah!!! Nak ajar dia berasuah pulak ke...atau jurulatih sengaja nak menguji dia.... lalu tawaran itu ditolak mentah2.... Moralnya.... alangkah bagusnya kalau pemimpin negara kita semua bersikap sebegini. ... tidak mudah menerima rasuah untuk mendapatkan sesuatu....atau melepaskan diri dari sesuatu masalah. Maka, tidak akan ujud pula pemberi rasuah, kerana tidak ada pihak yang mahu menerima rasuah...!! Penghargaan buat Smart Builder Consultant Sdn Bhd yang bersusah payah melatih kami sepanjang 3 hari 2 malam itu.
Maaf atas kelemahan kami hingga menyebabkan pihak jurulatih hampir merajuk hati... dan mungkin tersinggung juga...ha..ada satu cerita lupa nak cerita... cerita yang buat acik tambah bengang... semasa bermain game negotiate tu, kami break sekejap...minum.... masa tu acik ke belakang lalu ada beberapa orang kawan mengatakan pihak urusetia kata, suruh je jurulatih tu berhenti kalau dah tk ada duit nak bayar kat dia... tapi acik pujuk diorang... tak per...mesti jurulatih tu ada sebab kenapa dia suruh kita bayar duit...dan duit2 kita tu mesti dia akan pulangkan di hujung rancangan nanti...
kemudian kami balik duduk di tempat semula...tak lama selepas tu...tiba2 sorang senior kami maju ke hadapan dan berbisik kepada jurulatih... Muka jurulatih berubah... lalu keluarlah ucapan2 syahdu dari jurulatih comel itu, membayangkan kekecewaannya kerana pihak kami meminta dia berhenti...dengan program itu atau dengan apa tatau la... tu antara dia dengan senior tadi... hingga dia tanya, siapa yang betul2 mahu program itu berhenti setakat malam itu sahaja...(malam akhir dah pun..)
Yang lelain tak tahu menahu, tercengang2.... huh...acik bengang...ni mesti gara2 urusetia yang tidak sepatutnya membuat cadangan begitu pada kami... sepatutnya dia menasihatkan kami untuk terus sabar dan mengikut arahan jurulatih !! Lalu kami pujuk kembali jurulatih tersebut...dengan meminta program diteruskan dan kata bahawa kami tidak tahu menahu tentang pihak yang mahu program itu dihentikan. Malu sungguh.... klu bebetul semua nak berhenti...nampak sangat kami telah gagal dimotivasikan.
Alhamdulillah, pihak consultant bersikap melupakan...tapi kami tk akan lupakan semua yg berlaku itu.... bengang lagi...!! (errr..bukan ke tdi dah motivate diri??? huhu...)
Moralnya... nak buat apa2 yang melibatkan pihak lain, bawa berbincang dan dapatkan persetujuan majoriti... bukan sendiri2 buat keputusan. Sebab risikonya akan ditanggung oleh semua. Bagaimanapun, segala apa yang berlaku, ada hikmahnya ... sekurang2nya mengingatkan kami agar tidak berbuat perkara yang sedemikian lain kali, di lain tempat dan masa.
Tu tak termasuk hikmah2 tersirat yang akan dinikmati kemudian nanti.
Sekian, tamat kisah di Pangsun. Tengoklah gaya memasing dalam bas ketika perjalanan balik...smua tido dengan lenanya...walo pun perjalanan kami idak ler jauh sangat.... acik je tk tdo ..sbb sibuk kaco orang tdo...hahaha..(ada gak yg lain tak tdo... nnt marah lak kata diorg tdo...! tgk si Sal kat bakang tu.. tk tdo langsung pun dia...sbb mikir kat setesen komuter mana dia nak brenti nk balik Bongek.....)
sian dia ni...ciritbirit.. tu lah...brenang tk hengat apa... errr...ada kaitan ke...heheh..