9hb Oktober 2010. Awal lagi dia dah bersiap.
Dah sampai.. di tempat letak kereta. Waktu ni, dah ramai yang dah tiba bersama keluarga masing-masing. untuk.....
Ye...
Sangat gah rasanya ketika itu. Mesti sama juga yang mereka ini rasakan ketika melangkah masuk beramai-ramai ke ruang dewan yang menanti. ...!!!
Tunggu chanselor..naib chanselor..dll ....debor lagi...
Konvokesyen UPM ke 27 (2003)
Cuba tengok gambar dua gambar ni..... kami dua branak, salam orang yang sama....di dewan dan pentas yang sama....
Yang lain, cuma umur... dan tahun gambar diambil.
Ye.. 8 tahun lepas, acik duduk di dewan yang sama, sebagai penerima...tahun ni sebagai penonton, menyaksikan anak yg terima ijzah pulak. Kejap je masa berlalu kan...
Ini Raimi, kawan Yanie yg jadi fotografer kami aritu...gigih memetik punat kamera sony nya. Mengambil gambar posing merapu anak2 acik.
Dalam dewan tk bleh amek gambar. Kena tunggu lepas upacara tamat, baru lah bergambar sakan.
Konvo dan bunga + Bear tak boleh dipisahkan. Tapi masa acik dulu tader pun org bagi bunga bebanyak camni...huhu...nak gakk..nak gakk..
Dengan nenek tersayang.
Aksi wajib....baling motar.
Dengan ummi dan adik beradik
Ulasan berita bergambar;
Acik bersyukur, akhirnya anak yg ini berjaya mendaki menara gading ini ...dan akan diikuti oleh adik-adiknya, insyaAllah. Moga segala kebaikan buat mereka, dijauhkan dari kejahatan dan kesusahan serta moga diberi ketabahan utk melalui kehidupan yang lebih mencabar setelah meninggalkan alam pelajar ini.
Tinggalkan kampus, tk bermakna tamat sudah zaman menuntut ilmu. Setiap hari, kita akan mempelajari perkara baru dalam hidup. Sylibus nya tk menentu. Akan di pelajari bila2 masa. Belajarlah cara menyelesaikan setiap persoalan penghidupan yang akan terus mendatang dari masa ke semasa.
Sekian.

-A.jpg)

