Saturday, October 2, 2010

Tak habis-habis lagi - Mercun

Arini 23 Syawal...tapi masih kedengaran bunyi mercun berdentam dentum, kerana gembira dengan 'hari raya' ini. Apakah ada pengecualian membakar mercun dgn syarat2 tertentu, mengikut undang2 tertentu yg telah ditetapkan..? Polis tidak tegas kah, hingga membiarkan masih ramai 'bergembira' dgn mercun yang terbang, meletup sana sini tanpa mikirkan risiko kebakaran dan kecederaan bahkan kematian...manusia tidak pernah insaf, walaupun banyak kejadian buruk yang berlaku keliling mereka.

Kat Putrajaya ni pun orang berani sangat main mercun, walaupun polis kerap buat rondaan...  tak takutpun kat Pak & Mak polisi itu.

Orang cina raya pun tk beriya main mercun sampai beminggu2...

Acik sendiri, hari raya ini mmg mengakui, ada membeli dan bermain mercun seludup...*ye...akupun salah sama...

Tapi hanya membahayakan diri sendiri...sbb mercun tu kecit je...mercun mancis katanya...balingpun sebijik sebijik...dan anak2 acikpun penakut nk main ...acik je yg brani, maka acik je lah yg lebih2 main...heheh..

Tapi acik merasa amat bengang dan kesal dengan penduduk lain di kampung acik, yang melampau2 bermain mercun, yang bahaya, yg blh menyebabkan kebakaran dan kecederaan pada diri sendiri dan orang lain juga.
Mana tidaknya, acik jumpa 2-3 batang kayu mercun terbang tu kat atas bumbung rumah emak acik kat kampung...  ngkorang rasa tk bahaya ke camtu????  Patutlah kuat sangat kedengaran bunyik mercun tu...rupa2nya atas bumbung rumah sendiri.  Nak diamkan jugak?

Manalah agaknya mak ayahnya yg membiarkan anak2 bermain itu.... atau mak ayahnya kah yang main mercun itu...???
Takkan cuma nak harapkan polis yg melarang dan menghalang.!  Polis ni pun sama....tak penahpun nampak dtg buat pemeriksaan bila ada orang main mercun pun...

Mercun yang rampas2 tu, polis dan kastam lah yg bagi2 kat anak cucu kot???  Atau jual, buat bisness... ada yg buat camtu kan?  ada..tapi tk kata semua polis/kastam yg centu...

Mak ayah sendiri yang perlu tegas melarang.  Barulah kecelakaan dapat dielakkan.

Banyak blog yang buat tulisan tajuk tentang mercun ni....  gambar acik pinjam dari sini..; http://26ramd.blogspot.com/2010/02/tokey-mercun-dah-kaya-raya-kita-jadi.html


3 comments:

zino said...

agaknya kalau tak bakar mercun tak macam raya hehe

lupekanje said...

iye gaknya kan. Kurang2 mesti ada bunga api. Khasnya bebudak kecit tu...

Amin said...

alamak....kawe berasa hat mati kemalangan masa balik kg beraya tu lagi banyak kot dari yg main mercun. Kes kecederaan main mercun biasanya disebabkan oleh ubahsuai

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-