Friday, June 3, 2022

PENTINGNYA BERFIKIR SEBELUM BERKATA²

Kerapkan...dalam sehari kita bercakap tanpa berfikir.
Jagalah perkataan yg kluar dari mulut kita kerana kita tak tahu kesannya pada orang yang mendengar.
Jangan sewenang²nya menggunakan lidah untuk berkata sesuka hati tanpa berfikir terlebih dahulu.
Lidah mmg milik kita. Suka hati kita nak kata apa. Kadang² lidah digunakan tanpa ditemani hati dan akal fikiran.
Namun, telinga orang lain yang mendengar, ada hati dan perasaan. Jika hati dan perasaan mereka terluka, terfikir tak apa yg akan berlaku? Antaranya:
Pecah ukhuwah
Kemurungan
Rasa tidak dihormati
Sangka buruk
Berhenti kerja
Putus asa

Dan lain² yg di luar kotak pemikiran kita.
Yg paling teruk, memilih jalan tamatkn kehidupan. Ye..itu dh banyak berlaku. Jgn ketawa dgn kenyataan ini. Ini kebenaran. Belum lagi usik tentang dosa dan pahala. Syurga dan neraka.
Sebab itu pepatah melayu mengatakan kerana mulut badan binasa.
Hello kawan, cukup²lah menyakiti hati org lain. Jgn sampai org yang sakit hati tu mengadu pada Allah...kerana lidahmu yg lembut itu telah menyakiti hatinya. Apalagilah doa di hari yg mulia ini...sayyidul ayyam...makbul.
Andai tak boleh kawal mulut dri berkata yg mnyakitkn..diam sahaja lah. Andai tak boleh diam, didiklah hti ingat azab neraka. Begitu juga andainya otakmu tk boleh mngajar lidah berkata yg baik² sahaja, berhentilah menjadi manusia. Mengapa Allah ciptakan kau menjadi manusia..kan lebih baik kau menjadi haiwan  ..... haiwan pun kalau hari² dilatih akan mngikut kata.
Sekian...tazkirah jumaat utk ingatan kita bersama.

Friday, December 4, 2020

Sama-sama kita tempah syurga


 Sangat sedih bila kekadang kita terlupa untuk mentaati perintah Allah dan melakukan laranganNya.  Kutujukan pada diriku juga.  

Aku dah banyak kali hilang kawan kerana menegur mereka.  Mungkin caraku tidak berhikmah.  Maafkan aku kawan. Padaku, aku menggunakan lidah ku untuk menegur, jangan nanti aku disoal di akhirat kerana tidak saling mngingat. 

Aku memang silap apabila melarikan diri dari kawan-kawan kerana takut nanti aku menegur lagi dengan cara tidak berhikmah. Lantas, retak persahabatan, lalu aku hilang lagi seorang demi seorang.  

Jadi, langkahku meninggalkan kawan-kawan setelah puas mengumpulkan mereka, pada aku, hanya untuk menjaga persahabatan kami. Takut nanti aku melukakan hati mereka lagi, kerana mereka semua tidak mengenali aku. Dan aku sering terlepas cara menegur yang tidak betul. Maafkan sekali lagi.  

Sekarang, aku hanya mendoakan dari kejauhan.  Moga kita semua dalam petunjuk Allah sentiasa, moga kita didorong untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa.  Moga kita menjadi hambaNya yang mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya.  Moga Allah bagi kekuatan pada kita semua.  terutama aku, yang sebenarnya sangat belum sempurna Islam ku. Tapi ingin iman menjadi milikku, takwa pakaianku. Doakan aku juga wahai sahabat. Tegur aku jika tampak aku terleka.

Umur kita semakin dekat dengan penghujungnya, yang boleh ditamatkan bila-bila sahaja, mungkin sesaat lagi, mungkin seminit, mungkin sejam. mungkin sehari lagi.mungkin esok, mungkin lusa... mungkin tahun hadapan, manakah bekalan kita untuk perjalanan akhirat yang tersangat jauh dan kekal abadi.

Yang kita harapkan, kesudahan yang baik. penghujung di kala kita dalam mentaati Nya. Membuat kebaikan. Bukan ketika atau sedang berbuat mungkar. 

Thursday, November 26, 2020

Peringatan untuk Artis dan semua Muslim


 Untuk dikongsikan bersama.  Bukan hanya untuk artis, tetapi untuk kita semua. Muslimin muslimat khususnya. Bagaimana kita hendak menyampaikan keindahan Islam itu dalam masyarakat kita, jika kita sendiri tidak memahami ISlam sepenuhnya.  Tuntutlah ilmu untuk mencari kefahaman dan untuk mengingatkan kita.  Amal dari Ilmu. Tanpa Ilmu, amalan tersimpang.  Amalan tanpa ilmu mengundang kesesatan dan boleh menerjunkan kita ke neraka.  Ilmu tanpa amalan juga lebih menerjunkan kita ke neraka jahannam.  Nauzubillahi min zalik. Belajar dan beramal lah.

Wednesday, March 4, 2020

Apa nak jadi lah negara ni..


Saya bukan pengkritik politik. Hanya rakyat marhaen.
Apa pun kemelut yang sedang melanda negara ini, mari sama-sama kita doakan
Moga negara ini akan aman damai, terus bersatu padu, maju rakyat, maju ekonomi.

Tidak mendapat pemimpin yang bermain politik kotor, yang makan rasuah, salahguna kuasa dan
mementingkan diri sendiri. Apa lagi ciri-ciri pemimpin yang tidak patut ada.....moga tiada pada pemimpin-pemimpin kita sekarang dan akan datang.

Apa yang negara ini perlukan, pemimpin yang bertakwa, bijak dalam memajukan negara dan menyatupadukan rakyat di samping menjaga keharmonian, berintegriti, menambah hasil dalam dan luar negara, dan yang paling penting, mengutamakan agama Islam dalam hal kepimpinan dan pentadbiran negara. Jadikan apa yang Rasulullah dan para sahabat lakukan sebagai panduan dalam mempimpin. Lihatlah bagaimana empayar Islam dibangunkan ketika itu.  Runtuhnya sesuatu kerajaan itu apabila telah ujud rasa tamak dan haloba dengan dunia dan kuasa. Itu yang nyata, yang berlaku di mana-mana kerajaan kecil atau besar.
Kepimpinan melalui tauladan. Pimpinlah negara ini dengan berpandukan Al Quran dan sunnah.

Apapun, ingat sentiasa,   Kita mentadbir, Allah mentakdir.

Semoga Allah kembalikan kemakmuran dan kesejahteraan negara ini, dan menyatupadukan para pemimpin yang akan mentadbir negara tercinta kita ini.

Pemimpin bersatu, negara maju.

Wednesday, January 8, 2020

Bacalah Al-Quran

TERNYATA MEMBACA AL-QUR'AN SELEPAS MAGHRIB & SUBUH DAPAT MENINGKATKAN KECERDASAN OTAK SAMPAI 80%, TOLONG SHARE YA SAHABAT

*AKIBAT MEMBACA ALQURAN TERUS MENERUS*

*Berkata Abdul Malik bin Umair:*
 
*"Satu-satunya Manusia yang Tidak Tua*[ awet muda dan tidak pelupa  adalah orang yang selalu membaca Al-Quran".

*"Manusia yang Paling Jernih Akalnya* adalah para pembaca Al-Quran".

*Berkata Al-imam Qurtubi :*
"Barang siapa yang membaca *Al-Quran*,  maka Allah akan menjadikan *Ingatannya Segar* meskipun Umurnya telah mencapai 100 tahun".

*Imam Besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah.*

"Perbanyaklah membaca *Al-Quran* jangan pernah kau Tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu Inginkan akan dlMudahkan Setara dengan yang kamu baca".

*Berkata Ibnu Solah :*
 
"Bahawasannya para Malaikat Tidak Diberi Keutama'an untuk membaca *Al-Quran*,  maka oleh kerana itu para Malaikat Bersemangat untuk selalu Mendengar saja dari Bacaan Manusia".

*Berkata Abu Zanad :*

"Di tengah malam,  aku keluar menuju Masjid Rasulullah SAW. sungguh tidak ada satu Rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang Membaca *Al-Quran".*

*Berkata sebagian ahli tafsir :*

"Manakala kita menyibukkan diri dengan *Al-Quran* maka kita akan Dibanjiri oleh sejuta Keberkahan dan Kebaikan di dunia".

"Kami memohon kepada *Allah* agar memberikan taufiqnya kepada Kami dan semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca *Al-Quran* dan mengamalkan kandungannya". 

Bila anda Cinta pada *Al-Quran* maka sebarkanlah. Demi *Allah,* sekian banyak orang yang membaca *Al-Quran* maka pahala akan mengalir pada anda.

*JADIKAN ALQURAN TEMAN DI DUNIA DAN  PENOLONG DI AKHIRAT*
Copy n paste

Monday, October 28, 2019

Jika hendak menunaikan umrah

Copy paste untuk peringatan sendiri. Kredit utk yg menulis. Mga mngalir pahala kepada penulis asal dan penyebar ilmu sepanjang ada yg mbca dan mngamalkn info ini.:
Ini perkara-perkara asas yang perlu korang ambik tahu sebelum berangkat mengerjakan umrah :

1. Banyakkan solat sunat semasa di Malaysia lagi, solat dhuha, solat tahajud, solat taubat, solat hajat bagi memudahkan perjalanan kita mengerjakan umrah. Rugi sangat kalau dah berada di tanah haram tapi liat nak solat sunat, pahala banyak ye.
2. Belajarlah solat jenazah, sebab di masjidilharam dan Masjid Nabawi, selepas solat fardhu akan ada solat jenazah. Banyak ganjaran pahala yang Allah SWT janjikan lagi-lagi korang berada di masjid paling berkat. Ini pengalaman sendiri, pernah satu ketika solat jenazah di Masjid Nabawi, takbir kedua ada Jemaah yang rukuk. Tak susah pun untuk solat jenazah sebenarnya, yang penting kena rajin belajar.
3. Selalunya solat subuh pd pagi jumaat di masjidil haram dan masjid Nabawi, Imam akan membaca surah Sejadah pada rakaat pertama. Kalau pun korang tak hafal keseluruhan surah sejadah, at least korang tahu ayat pertama surah tu, then korang boleh alert bila Imam takbir untuk sujud sejadah. Seringkali pemerhatian aku, jemaah akan rukuk ketika Imam sujud sejadah.  Hafal juga bacaan ketika sujud sejadah.
4. Satu jam sebelum solat Subuh akan berkemundang azan untuk mengejutkan korang dari lena tidur dan bergegas ke Masjid.
5. Iqamat di antara 10-20 minit selepas azan solat Fardhu. Korang masih ada masa nak memecut ke masjid kalau hotel korang dekat dengan masjid. Siaran ulangan, 1000 ganda pahala solat dalam masjid Nabawi, 100,000 ganda pahala solat di Masjidilharam.
6. Korang kena maklum, di Madinah adalah tempat untuk membeli belah kurma dan coklat. Tak perlu tunggu ziarah ke pasar kurma, beli saja di kedai kurma di sekitar masjid Nabawi. Harganya kadang-kadang jauh lebih murah dari ladang kurma. Kalau nak beli di gerai tepi jalan di Masjid Quba atau Masjid di Uhud, sila periksa kualiti kurma, sebab korang nak bawa balik jauh, pastikan kurmanya segar. Kadang2 ada yang segar bugar, kadang ada yg kecut berut.
7. Abaya dan jubah lelaki, belilah di Madinah, lebih murah. Sekiranya mutawwif ada menyinggah di Jeddah, boleh beli juga di Jeddah. Ada abaya yang mahal, biasanya standing dengan kualitinya contoh abaya Dubai dan lain2.
8. Air zam-zam,  dispenser air di pintu masuk masjidilharam  Mekah adalah air zam-zam. Tetapi dispenser air di luar masjid Madinah, dibawah payung besar itu bukan air zam-zam. Kadang-kadang aku tengok ramai Jemaah berangkut air dari dispenser ‘Air Minuman’ di luar masjid Nabawi. 
9. Ketika di masjid Nabawi , carilah peluang untuk mencari ilmu atau mempelajari kebaikan. Ada satu hadis menceritakan kedudukan orang yg mempelajari ilmu atau mengajarkan ilmu di masjid Nabawi adalah seperti berjuang di jalan Allah SWT.
10. Di Madinah, cari juga jalan untuk ke Masjid Quba dan bersolat sunat 2 rakaat disana, pahalanya seperti mengerjakan umrah. Hadis ni ada dipapar  dipintu masjid Quba.
11. Kalau rasa nak bersedekah duit riyal (SR), silakan tetapi ada kemungkinan korang akan di kerumuni oleh mereka-mereka yg memerlukan. Untuk alternative, bersedekah makanan kepada mereka yang memerlukan hanya bagi duit kat kedai, kedai akan uruskan pemberian makanan tersebut. Kalau korang nak bg sendiri pun boleh, ramai sgt org yang beratur nak tunggu makan sedekah terutama kat Mekah. Pek makanan nya bermula SR2, SR3, SR5, SR10. 
12. Umrah bulan November hingga Mac boleh consider musim sejuk, sediakan kelengkapan yang sewajarnya. Bawa juga ubatan2 asas untuk demam , selsema, batuk, kulit kering untuk persediaan. Bawa lebih pun bagus boleh share dgn Jemaah-jemaah lain.
13. Pakej umrah murah yang berharga sekitar RM5000, kena redha la kalau hotel jauh dari Masjid. Pakej umrah lebih kurang RM6000 dah memadai untuk korang rasa selesa, tak jauh dan takdelah dekat dgn masjid. Pakej umrah bawah RM4000, hati-hati boleh jadi. SCAM

Friday, July 5, 2019

Mampukah Kita

Ada kategori orang yang tidak mampu, tapi buat-buat mampu hingga sanggup berhutang sana sini. Sudah tentulah hidup sentiasa mengeluh, merungut dan takut kerana banyak hutang, rasa tidak punya apa.
Ada kategori orang yang mampu, lalu segalanya ada dan diadakan, semua tempat peranginan dijelajahi, segala jenis hidangan dapat dibeli dan dirasai. Harta mereka tidak luak-luak.Tapi hidup tidak tenang, rumahtangga tidak bahagia. Serasa ada kekosongan dalam diri.
Ada kategori yang tidak mampu, berbelanja ala kadar mengikut keperluan, dan mensyukuri nikmat Allah. Hidup mereka bahagia dan tenang walaupun tidak semewah mereka yang mampu itu. Mereka punya lebih masa untuk mendekatkan diri dengan Allah.
Ada kategori yang mampu tpi sentiasa beringat dalam berbelanja. berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah padanya. Ahli keluarga tidak dimandikan dengan kemewahan yang melimpah ruah. Sebaliknya dididik agar sentiasa dekatkan diri dengan Allah dan menggunakan harta ke arah kebaikan. Mereka diajar untuk sedar bahawa harta itu hanya wasilah/alat untuk menyelamatkan mereka di akherat kelak.

Mga kita adalah hamba Allah di kategori 3 atau 4 itu. Wallahualam. Terima kasih.


Nota :
Catatan komen sendiri   sini

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...