Friday, August 24, 2012

Potonglah kuku

Hari ini, hari Jumaat, pesan temanku, disunatkan potonglah kuku, Allah akan bersihkan dosa kita.
Bacalah surah Yasin dan surah Kahfi, banyak kelebihannya.



Baca di sini untuk lebih lanjut tentang potong kuku ikut sunnah...

Baiklah... done !

Kalian bagaimana?  Sudah amalkan sunnah ini?

Tahanlah dipukul ombak


Sampan yang kecil ini, adakah mampu menahan pukulan ombak yang kuat?  Kekadang terkaram jua. Kalau hujan, kita katakan, sediakan payung sebelum hujan.

Tapi kalau sampan.... sediakanlah pelampung, atau jaket keselamatan sebagai persediaan untuk segala kemungkinan yang akan berlaku sebagai langkah keselamatan.  Jadi, insyaAllah, kita akan dapat survive, dan bangkit semula, membetulkan kedudukan sampan, dan sambung pelayaran kita.  Jangan berhenti dan terapung di tengah lautan, kelak di telan ikan jerung. Perjuangan perlu diteruskan, untuk hadapi ombak demi ombak yang memukul, sehinggalah kita berjaya tiba di destinasi, di pelabuhan tujuan kita dengan selamat, meskipun dengan hanya menaiki sampan yang kecil.

Thursday, August 23, 2012

Sujudlah kepada Allah


Gambar diambil dari http://deadstar20.wordpress.com/2010/08/


Dari Ubadah ibn Samit r.a sesungguhnya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Tidaklah seorang hamba yang selalu bersujud kepada Allah, kecuali setiap sujud Allah mencatit satu kebaikan baginya dan menghapuskan satu dosa dan mengangkat satu darjat. Maka perbanyakkanlah sujud (kepada Allah dengan mengerjakan sembahyang). (HR Ibn Majah)

Ayoh kita banyakkan bersujud ke hadrat Ilahi.  Banyakkan solat sunat, banyakkan bangun malam.

Hadis yang di smskan oleh sahabatku hari ini untuk diamalkan. thx kawan.

Wednesday, August 22, 2012

Ini sahabatku



Ini sahabat karibku....dan akan ku cuba jadikan terus sahabat paling karibku sampai nafas terakhirku.  Sekarang dah berusia hampir 30 tahun. 

Tulisan jawi di dlm kotak tu, tulisan tangan insan yang menghadiahkan AlQuran comel ini.... Moga ianya menjadi sumber ketenangan... terima kasih adikku... dulu masa sekolah2, terutama di asrama, kan ada ramai adik/kakak angkat nih...ini antara hadiah terbaik adik angkatku, Anizalin.

Yang memberi dorongan menjadikan Al Quran sebagai sahabat karib, seorang sahabat baik ku.. Hanisah Hamid nama dia.  Terima kasih sahabatku, atas dorongan dan nasihatmu. Memang rasa amat teruja untuk merealitikan nasihat sahabat ini bila mendengar ceritanya tentang beliau dan anak-anaknya yang sentiasa berdamping rapat dengan Al Quran, kitabullah ini.  Anak-anaknya yang smuanya hafiz dan hafizah Quran.  Seronokkan dengar camni.  Kalaulah anak-anak kita dapat mencintai Quran, mencintai Allah dan Rasul, sejuk pewot kita yang mengandungkan mereka 9 bln tu.

Tak apalah... moga anak2 kita akan ke arah itu juga satu hari nanti.  Sementara tu, mari kita cuba sendiri, atau sekurang-kurangnya, menjadikan AlQuran itu sahabat pembimbing kita.

Thursday, August 2, 2012

Berakhir dan Bermula

Alhamdulillah, seorang anak dah menamatkan pengajiannya dan semalam adalah hari pertamanya sebagai seorang pekerja.  Bukan lagi pelajar.

Selamat terjun ke alam kerjaya...semoga Allah murahkan rezeki buat anak kedua acik,  MA Shahmah b. Ramli.
Pesanan Ummi....  bekerja lah rajin-rajin kerana Allah.  Dunia pelajar dan dunia pekerja adalah 2 dunia yang berbeza dan ujiannya juga berlainan.  Yg sama hanya pesanannya.... iaitu...  Jangan lupakan Allah, di mana juga kamu berada.  Kewajipan atas Allah mesti dijalankan, solat khasnya mestilah di dirikan apabila sampai waktunya.  Dengan mengingati Allah, Allah juga akan mengasihi kita.  dengan mengingati Allah, rezeki yang kita terima akan lebih keberkatannya, dengan mengingati Allah, dunia yang kita cari, akan diikuti oleh akherat.

Jika Allah dilupakan, dunia entah ke mana, Akherat pun tk dapat apa. Orang yang mencari akherat dalam hidupnya, dunia akan mengejarnya.  Orang yang mengejar dunia semata, akherat akan semakin jauh ditinggalkannya....sedangkan akherat itu tempat yang kekal abadi yg telah Allah sediakan buat kita.

Jika ada rezeki dan keizinan Allah, yg berakhir itu boleh dimulakan semula...  sebenarnya kehidupan sebagai seorang pelajar tidak pernahpun berakhir.  Kerana dalam kehidupan, kita sentiasa belajar...untuk mematangkan kehidupan. Belajar tentang masyarakat. Belajar tentang cara penyelesaian masalah seharian dan lain-lain.

Berdamping dengan penjual minyak wangi, akan dapat keharumannya.
Berdamping dengan pencacai, akan dapat bau busuknya.

Berdamping dengan orang berilmu, akan dapat tempias ilmunya.
Berdamping dengan orang yang beramal dengan ilmunya, akan menumpang sama pahala kutipannya.

Mendekati kejahatan, jangan sekali.
Mendekati kebaikan, adalah sebaiknya.

Sekian, antara pesanan ummi.


Sunday, July 29, 2012

Berwudhu' dengan sebaiknya

Dari Uthman ibn Affan r.a berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;
Mana-mana hamba yang berwudhu' dengan sempurna yakni membasuh semua anggota wudhu' tiga kali dengan baik, Allah Taala akan ampunkan baginya dosa-dosa yang terdahulu dan yang akan datang.

Hadith riwayat Bazzar dalam Majma'uz zawaid.

Friday, July 27, 2012

Dari Abu Said Al Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahwa baginda Rasulullah s.a.w bersabda; tiada seorang muslim yang ditimpa musibah, keletihan, sakit, terganggu fikirannya, sedih, bimbang, kecemasan sehingga tercucuk dengan duri sekalipun melainkan diampuni akan dosa-dosanya.
(HR Bukhari)

Dari itu, barangsiapa yang ditimpa musibah, bersyukurlah, kerana pengampunan Allah di situ buat kalian.

*Peringatan buat diri sendiri.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...