Masa reunion dengan kawan-kawan sekolah rendah aritu......
Dari secomel2 budak.....hingga skrg ni, dah 'besar-besar'. Ni gambar cikgu yang telah mendidik kami. Cikgu yg garang ni, yg kami jemput untuk sesama berjumpa pada hari bersejarah itu. Bak kata orang, yang dibenci tu lah sebenarnya yang beri kekuatan pada kita. Bagi semangat..bagi dorongan..bagi cabaran.
Jadi, pengunjung yg membaca coretan merapu acik ni, ingatlah..kalu anak-anak anda dimarahi cikgu, dicubit, dirotan, Janganlah pergi serang cikgu tu. Kerana cikgu itu dalam proses mendidik anak-anak kita.
Orang dulu-dulu lagi teruk kena balun dengan cikgu2 mereka. Tak ada pun masuk suratkhabar. Tapi cikgu cikgi dulu2, ikhlas dalam menyampaikan ilmu mereka. Cikgu2 tu memang mahu anak2 murid semua berjaya kerana Allah. Bukan kerana mahu naikkan nama sekolah, bukan kerana naikkan nama mereka, bukan kerana nak disanjung dipuja masyarakat sekeliling... tapi kerana Allah.
Acik bukan nak kata cikgu2 sekarang tk ikhlas, mahukan pujian, mahukan anugerah..mahukan hadiah dari murid2...cuma, dari pemerhatian acik yg tk brapa terang dah mata ni... asal-usul sejarah bagaimana mereka menjadi guru ini yang amat mencuriga dan menyebabkan acik mensaspek mereka itu tidak ikhlas dalam mengajar...bukan semua... sikit2 je..
kalu kumpul2, ramai la..
Antaranya, s
egelintir mereka itu tidak langsung pun ada minat nak mengajar. Jadi guru semata2 sebab tidak ada pilihan atau kerana menunaikan permintaan ibubapa. Sebab tu, tak sampai setahun mengajar, dah mula menggeliat macam cacing kepanasan, nak kluar dari sekolah. Nak kerja kat pejabat...nak apply cuti belajar tak kiralah tanpa gaji atau separuh gaji atau lagi suka kalu dapat bergaji penuh, plus dengan biasiswa... Mungkin ramai yang marah acik sebabkan statement brani matik nih.
Ada yang ikhlas, tpi kena buli pulak dengan pelajar, dengan sesama cikgu. Akhirnya, cari jalan macamana nak keluar dari tempat yang rsa cam penjara yg menyiksa tu.
Hmmm..sebenarnya, kerja mana-mana pun ada masalah. Cuba tanya bapak polisi, tanya bisnessman, tanya akauntan, tanya pegawai PTD, tanya pilot kapatebang, tanya pemandu lori, tanya drebar teksi, tanya pekerja am, tanya peon, tanya despatch, tanya lawyer, tanya arkitek, tanya lahhhhh... mereka semua rasa amat tesepit dengan urusan kerja mereka...dan ramai gak yg rasa cam nak lari carik kerja lain. Sama lah macam yang cikgu-cikgu rasa tu.
Tapi itu lah kenyataannya. Mengajar memang bukan kerja senang...tpi ianya tugas yang paling mulia. Apalagi lah dengan bebanan yang memacam yang telah kementerian tanggungkan ke bahu guru2 negara ini. Banyak pengorbanan yang terpaksa mereka lakukan dalam menjalankan tugas sebagai guru ni. Namun tak salah, kalau mereka yang mempunyai atau telah mempunyai kemahiran dan kelayakan, disalurkan khidmat mereka di jabatan atau kementerian di mana kemahiran mereka boleh memantapkan lagi institusi pengajaran, pendidikan dan penyampaian ilmu di negara ini...
Tambah pulak ujian dengan murid2 terutama yang di sekolah menengah yang perangai tak terkawal dik mak ayah...apa lagi lah cikgu, nak kawal diorg..mmg tk terkawal. Besarpun lebih besar dari cikgu dan cikgi yg cecomel.
Sebab tu memang bagus kalu setiap cikgu, cuba memperolehi talipinggang hitam dalam taekwando atau karate, karatedo ato apa2 do sekalipun lah... mungkin murid tetakut sikit nk buat kurang hajar dengan cikgu.
Macam2 cerita yang kita dengar yg tidak baik tentang pelajar yang tidak lagi menghormati guru...
Kalu ikutkan, tak perlulah pulak susah2 cikgu nak takutkan murid dgn talipinggang itam mereka. Kerana guru yang berdedikasi, pandai tackle murid (bukan ngorat murid .... ) ..sungguh2 dalam menyampaikan ilmu pada murid, sebagaimana sungguh2nya murid menimba ilmu mereka...dah cukup. Murid atau ibubapa nk benci pun tk apa lah...asalkan niat cikgu tu betul2 ikhlas, mahukan kejayaan murid...macam cikgu acik ni, brapa ramai yg benci dia...tak suka...marah...sebab dia suka memukul..merotan...mulut laser...
*acik tk leh jadi cikgu, sebab acik baran..huhu..
Tapi ada...bukan tak ada..pelajar2 yang menghormati, menyayangi guru2 mereka. Ramai...yg tak senereh tu cuma sikit je.
kalu kumpul2, ramai la..Lihatlah sambutan hari guru....guru mana yang dapat hadiah paling banyak...itu lah dia guru yang disayangi murid. Guru yang tk dpt bnyk hadiah tu???? Tidak juga bererti murid tk sayang diorg....cuma, ada guru yang tk bagi murid beri hadiah pada mereka. Kerana keikhlasan mereka mengajar yang tidak mahukan balasan...dan tak mau nyusahkan anak murid..agaknya lah...
So, murid2 sekelian, jaga lah hati cikgu..kok bgi hadiah tu, bagilah kat semua cikgu....huhu...fitamm omak ayah...
Ye murid-murid dan bekas murid-murid. Hormatilah guru kalian, sehingga akhir hayat kita dan mereka....tanpa mereka, siapalah kita pada hari ini....TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU yang telah berhmpas pulas mengajar kami. Doa kami, agar kalian mendapat rahmat Allah berlipat ganda di akherat kelak kerana tugas cemerlang yang telah kalian jalankan.
Akhir tpi bukan terakhir, maaflah kalau ada yang terasa. Acik main tulis je ni. Tk ada la nak perli sesaper.
Siapalah acik, tk tau sgt pun soal dunia perguruan dan pendidikan nih..
SELAMAT HARI GURU...ehh...belum bulan Mei ye..? hehe