Shah Alam - Kempen Malaysia QuranHour dan World QuranHour yang dijadual berlangsung masing-masing pada 24 Ramadan dan 9 Zulhijah ini sekali lagi menghimpunkan 10 organisasi media cetak dan elektronik di negara ini bagi mempromosi program terbabit.
Malaysia QuranHour yang bertemakan Bangsa Berbudi dan Penyayang akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula pada pukul 12 tengah hari hingga 1 petang.
Kempen World QuranHour dengan tema World of Compassion (Dunia Kasih Sayang) pula dijangka diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak, Selangor pada waktu yang sama.
Antara media yang terlibat secara langsung dalam program tersebut ialah Kosmo!, Utusan Malaysia, Kumpulan Media Karangkraf, Bernama, Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV AlHijrah, Astro dan Kumpulan Media Prima selain penglibatan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) selaku sekretariat kempen.
Pengasas WUI, Datuk Husammuddin Yaacob berkata, tahun ini adalah tahun kedua 10 media utama ini bergabung dalam menjayakan program yang dilihat mampu mencetuskan gelombang dan minat masyarakat kepada al-Quran.
Sumber dari KOSMO online pada 24 may 2017.
Ayuh....ambil bahagian . Sekurang-kurangnya dari rumah atau pejabat masing-masing. Jadikan Al Quran, teman dan panduan anda.
Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam. (132) (Pesanan Nabi Ibrahim as dan Nabi Yaakub as kepada anak-anak mereka) Mudah-mudahan anak-anakku akan menjadi anak-anak yang hidup berpandukan Al Quran dan Sunnah. Yang akan mendidik diri dan keluarga mereka untuk berbuat amal soleh dan meninggalkan larangan Allah. Moga mati kami dalam iman. Di akherat kan dimasukkan dalam golongan orang beriman jua. Aamin.
Rasulullah s.a.w. ketawanya hanya menampakkan gigi..tiada mengeluarkan suarapun..
tidak sampai terbahak-bahak.
Orang yg beriman itu sangat takutkan siksa neraka, Tidak sanggup
untuk ketawa di dunia..kerana takut ia menangis di akherat. Nasibnya belum tahu.
Banyakkan menangis di dunia kerana setiap titis airmata akan membantu kita di akherat.
Banyak ketawa, menggelapkan hati ..
La tadhak katsir wahai sahabat..ketawa melalaikan kita. '
Tidakkan membantu apa-apa di sana nanti. Ye..Air liur yang menyembur ketika ketawa tidak
membantu kita memadamkan api neraka, seperti mana air mata.
Tetapi senyum digalakkan dalam Islam. Senyumlah selalu, kerana pada senyum itu ada sadaqah.
Ada pahala. Ada hasilnya. Pahala dan ukhuwah. :)
Subuh ni mengemas rak buku. Jumpa lah kertas kecik yang ada tulis resepi beberapa masakan.
Dah berapa kali hilang resepi ni, Biasalah, tulis kat kertas..selit entah mana-mana. Lepas tu pernah juga taip dalam word atau note pad..bila cari tak jumpa...aduhaiiii.
Jadi, jalan paling selamat setakat ni, meteri kan dalam blog sendiri...kannnn. Selagi blogspot tak tendang nama accik ni..selamat lah bersemadi resepi ni kat sini. Sesekali nak guna, boleh jengok kat sini. Orang nak share pun boleh.
Lepas ni boleh buang dah kertas ni. Mengemaskan...kena compress betul-betul barang-barang kita.
Resepi 1, Kek Coklat Moist Kukus. (Di share oleh Puan Lin satu ketika dahulu)
Cara-cara
Masukkan koko, gula, susu, susu cair, susu manis & minyak ke dalam periuk. Masak atas api kecil hingga larut
Tutup api biarkan suam. Ayak tepung...soda bikabonat dan baking powder sekali.
Pukul telur sehingga kembang. Campurkan dengan campuran koko tadi, gaul rata dan campurkan sedikit2 tepung.
Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. Tuang dalam 1/2 acuan sahaja.
Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejukkan. Siap. Tq Puan Lin.
Tart telur
Kulit Tart
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula halus
1/2 sudu baking powder
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan butter (125 gm kerat dua)
2 biji telur
Filling
1 cawan susu cair
4 biji telur
Aikk...ni pun sampai sini je? betui ka nota ni...(ni lah akibat selalu buat kije tak habis.)
Apam Bunga
3 cawan tepung gandum
2 cawan gula castor
3 biji telur
1 cawan aiskrim soda
1 sudu besar ovelette
Kacau hingga kembang. Masuk dalam paper cup. Kukus dengan api bosa. Thank pada yang beri resepi ni. (Anizalin kah?)
Sekian. Untuk simpanan sendirik. Nak kongsi pun boleh...haha.. (catatan yang sekerat..sambung sendiri)
Tidak ada satu zarah kebaikan yang kita lakukan yang kebaikan itu tidak akan datang semula kepada kita... Semua itu TIDAK sesekali terlepas dari pandangan Allah
Menarik juga menyaksikan video ni. Nampak sangat lelaki tak mengenal barang-barang dapur. Serupa macam perempuan tak kenal alat-alat bertukang. (tak semua kan..)
Lazimnya, perempuan je kenal barang-barang keperluan dapur. Terutamanya bila perempuan atau wanita tu 'stand alone' menguruskan dapur dan keperluannya. Dapat suami jenis makan aje tau. Mungkin kebanyakannya bagi duit belanja.
"Ok...sayang beli lah apa je yang perlu untuk masak memasak. Nanti kalau tak cukup mintak lagi."
Bila isteri tak sihat, ha..!! baru kelam kabut nak kena gi beli sendiri. Itu pun kalau nak keluar beli. Kalau tak mau gak.. Guna je lah apa yang ada. Yang lebih malang lagi, isteri yang guna duit sendiri untuk beli barang dapur. Suami lepas tangan, sebab katanya isteri bekerja..
"Tunggu sayang sihat, nant sayang gi beli seniri yek..!!" Memang hampeh dapat suami macam ni.
Tapi ramai jugak suami yang tak macam watak-watak di atas. Untunglah mereka yang dapat suami yang tahu serba-serbi dan ringan tulang. Untung jugaklah yang dapat suami yang tak reti buat apa2, dan yang berat perut berat tangan nak menghulur belanja tu....sbb dapat pahala sabar...ye tak?
Bersyukur lah kita kepada Allah maha kuasa... semuanya nikmat Allah.. untung tu nikmat. Rugi pun nikmat. Apa juga yang menimpa kita dalam hidup kita, ada hikmahNya.
Ramai jugak para wanita yang sama macam lelaki dalam video di atas, tak mengenal nama dan rupa barangan dapur. Gitu.
Perlukah...atau memang dah ada di pasaran, buku macam buku kanak-kanak untuk mengenal barang?
1. NAMA-NAMA SAYUR-SAYURAN DI PASARAN
2. NAMA JENIS IKAN UNTUK DIMASAK DENGAN KHASIATNYA.
3. NAMA BAHAN-BAHAN RAMUAN DALAM MASAKAN.
4. PERALATAN DAPUR YANG WAJIB ADA
Kalau dah ada buku ni di pasaran, eloklah setiap pasangan yang baru kawin (dah lama kawin pun ok pe beli buku camni...) . Jadi, setiap kali nak suruh suami atau anak pergi pasar beli barang dapur, boleh tunjuk gambarnya agar tidak tersalah beli.
Jangan nanti suruh beli ikan kembung, dibelinya ikan selar. Suruh beli kunyit, dibelinya halia. Suruh beli daun sop, dibelinya daun ketumbar (ok, yang ni, accik pun keriru gak kenkadang...sebab jarang guna daun ketumbar ni..haha).
Harapan accik, terutama pada anak lelaki yang dah jadi suami orang, bantu lah tugas isteri bila perlu. Kenali lah keperluan dapur agar senang nak bantu isteri ke pasar nanti. Jangan harapkan isteri je yang ke pasar beli barang dapur ye..
Yang anak perempuan pulak, camtu jugak. Jangan le sengaja hanya harap suami je ke pasar beli barang dapur. Sebaiknya, gi sesama. Menambah kasih sayang gitu...hehe.
Kalau pun tak ada buku ni, bukan susah pun. Tanya je orang kat pasar tu...kann kan kann...
Segan bertanya, sesat jalan.. salah belian.
Tapi accik tau, ramai yang malu nak bertanya. Jadinya, jangan lah kedekut, beli lah satu buku yang cenggitu...
Kalau tak ada, suh penulis2, penerbit-penerbit buku hasilkan buku yang cenggitu (semacam itu)
Catatan Accik lupekanje:
Ndak jugak beli buku yang mengenalkan jenis-jenis daun ulam, pucuk pelbagai untuk buat gulai tempoyak...heheh...daun sekentut tak cam-cam lagik.....hello accik....kat google pun ado laaa...
Kadang-kadang perlu jugak ada hard copy book ni. Berguna di tempat yang tiada line internet kann.!
Sekian. Kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti, kalau ada silap dan salah, pebetui kan saya ye..mzb
Accik jarang berjalan makan angin di kawasan sungai. Tetapi minggu ini accik berkesempatan mengikut satu kem sekolah agama khairaa dari Rawang.
Talipon pejabat pengurusannya, menempah sebuah chalet atau kabin atau apa jua yang mereka panggil tempat penginapan mereka.
Nur Laman Bestari Ulu Yam. Itu nama Eco-Resort yang accik pergi ni.
Komen accik :
Tempat yang bagus untuk aktiviti riadah dll. Cuma yang tak bestnya, kami diberi tempat penginapan yang agak tidak memuaskan hati (Buloh 1) Tidur tak lena. Dengan bayaran agak tidak berpatutan (RM80) untuk satu unit chalet/kabin yang tidak selesa. Sebelah toilet awam. Tidur yang diganggu bunyi tikus mengorek, tilam yang terasa springnya, lampu yang tidak boleh dipadam (kalu padam lampu, kipas pun tertutup sekali). Lantai yang jungkang jungkit dan tiada sebiji meja pun meletak barang. Saya suka mencadangkan kawan-kawan saya beriadah di sini, tetapi bukan tempat yang sesuai untuk bermalam. Esp kalau di kabin sebelah tandas ini. Harap pihak pengurusan eco-resort ini menambahbaikan kemudahan yang ada di chalet sewaan mereka. Tq anyway.