Shah Alam - Kempen Malaysia QuranHour dan World QuranHour yang dijadual berlangsung masing-masing pada 24 Ramadan dan 9 Zulhijah ini sekali lagi menghimpunkan 10 organisasi media cetak dan elektronik di negara ini bagi mempromosi program terbabit.
Malaysia QuranHour yang bertemakan Bangsa Berbudi dan Penyayang akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula pada pukul 12 tengah hari hingga 1 petang.
Kempen World QuranHour dengan tema World of Compassion (Dunia Kasih Sayang) pula dijangka diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak, Selangor pada waktu yang sama.
Antara media yang terlibat secara langsung dalam program tersebut ialah Kosmo!, Utusan Malaysia, Kumpulan Media Karangkraf, Bernama, Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV AlHijrah, Astro dan Kumpulan Media Prima selain penglibatan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) selaku sekretariat kempen.
Pengasas WUI, Datuk Husammuddin Yaacob berkata, tahun ini adalah tahun kedua 10 media utama ini bergabung dalam menjayakan program yang dilihat mampu mencetuskan gelombang dan minat masyarakat kepada al-Quran.
Sumber dari KOSMO online pada 24 may 2017.
Ayuh....ambil bahagian . Sekurang-kurangnya dari rumah atau pejabat masing-masing. Jadikan Al Quran, teman dan panduan anda.

No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.