Ada seekor helang. Dari pagi hingga ke petang duduknya di pohon durian yang menjulang tinggi ini.
Diamnya di kampung Linggi...
Kerjanya, memerhati, mencari rezeki
yang ditetapkan Allah untuknya setiap hari
Mangsanya mungkin ayam-ayam orang kampung yang berkeliaran, atau beburung yang terbang tak hengat diri..
Satu pagi,
tika beburung lain terbang riang gembira terbang ke sana ke sini,
keluar dari sarang mencari rezeki
sambil berbunyi berzikir ke hadrat ilahi,
kerana memberi peluang lagi,
menghirup udara bumi,
Sang helang yang tetap di puncak yang tinggi
Melihat mangsanya berlari-lari di mukabumi..
Lalu sang helang menebar sayap di kedua sisi..
mahu mengatur strategi...
 |
| Gambar diambil dari carian Google..tq pada yang empunya ini gambar. |
Kuku yang tajam bersedia mencari,
mangsa yang masih tidak menyedari,
 |
| Gambar diambil dari carian Google..tq pada yang empunya ini gambar. |
Tapi Sang Helang sendiri tidak tahu ia diperhati,
Penembak handalan yang menjaga hak yg dipinjam Ilahi
 |
| Gambar diambil dari carian Google..tq pada yang empunya ini gambar. |
(tanjat makcik tadi tau !!! mendengar letupan senjata api...)
Akhirnya Sang Helang tumbang terhempas ke bumi
di hujung senapang penembak yang tiada kasihan di hati
yang picu nya dipetik hanya sekali
 |
| Gambar diambil dari carian Google..tq pada yang empunya ini gambar. |
Kini pepohon dan beburung di sini sunyi
Tiada lagi raja di udara yang mengancam diri.
Tunggulah, pasti ada pengganti.
Bertenggek di hujung dahan nan tinggi ini lagi.
Sekian..kisah benar yang disaksikan pada 5hb Januari
Di Kampung ku, Kampung Linggi..