Malam tdi gi kelas Feqah Ilmu Quran kat Masjid Putra. Badan rasa sungguh letih..hanya beberapa minit duduk di rumah selepas balik dari kerja...sbb balik lewat...pehtu target nak solat maghrib kat semejid ini.

Nak share ilmu malam tdi...tpi..eerrr..dalam keletihan itu...acik tk baper nak dgr ustaz tu cerita /ajar apa...
Tajuknya Sejarah Tafsir Quran. Antara yang ustaz Ikmal dari Kolej Islam tu kata, orang dulu-dulu, tulis kitab, menggunakan catatan murid2 mereka.
Huraian acik: CIkgu2 sekarang kalu kumpul catatan murid tentang apa yang diajarnya, nescaya akan meletup2lah jualan kitab itu...yang pnuh dengan ilustrasi2 katun, bunga2, cakaran2 abstrak.... demi untuk menghilangkan mengantuk dan menyegarkan mata...
Definisi Tafsir : segi bahasa - Penjelasan segi istilah - seperti terminalogi...sesuatu ilmu yang boleh dipelajari.. Ilmu yang mengkaji kehendak Tuhan dalam Al Quran.
Tetapi kata ustaz, ada kehendak Allah yang kita tidak faham...seperti ayat Yaasinn.. Tho Ha...dan yg sewaktu dengannya itu. Banyak lagilah penyampaian ilmu oleh ustaz Ikmal...acik tulis...tapi pehtu acik tk pasti apa yg acik tulis tuh..heheh.
Yang akhir yang acik ingat sangat hingga acik jadik segar semula adalah..kata2 ustaz itu.. Ada seseorang berkata;
Ada 3 muka yang menunjukkan petanda pelajar sudah bosan:
1. Apabila mereka melihat pada muka jam
2. Kemudian mata mereka memandang muka ustaz
3. Mata terus mengarah ke muka pintu. dan apabila ustaz menyebut; Wallahualam..
Melompat2 keriangan setan yang bergayut2 di mata2 kami ini...
Sekian. .
JOGGING TAHUN INI
Sebelum tu nk bagitau gak..dengan vangganya...tanpa rasa riak2 air di kali, Acik telah memulakan semula aktiviti jogging yg telah terhenti hampir 6 bulan bersamaan setengah tahun yg lalu.
Bersama azam yang acik dan sya buat, acik kurangkan sikit..takut tk telarat ..sekurang2nya satu minggu 2 kali..

So, dah bermula dari minggu lepas...di mulai dgn berjalan pelan2....dan hingga ke hari ini, acik rasa dah ringan sikit badan untuk berlari2 anak sekejap2..pehtu jalan 15 langkah..lari 5 langkah.. kira ada peningkatan jugakla tu kan..hehe..
Maka bersaksikan pekerja2 bangla ensem di taman surgaloka Putra Perdana Putrajaya di hadapan Hotel Shangrila, acik terus berusaha untuk kesihatan badan yang terempap2 berjalan...yg mana acik amat mengharapkan kedatangan Sya yang juga amat bersemangat dan semangat dan memberi semangat ittew untuk menemankan acik...
Berbagai halangan gakla untuk istiqamah dalam aktiviti ini. Tak apa..acik berazam untuk bulan ini...akan teruskan. Saper nak join, mari la dtg setiap petang selepas waktu pejabat..target acik hari Isnin, selasa dan khamis...kalu tk dpt..maybe hari Jumaat atau di cover pada hari sabtu atau ahad.
Ini jalan2 yg sering ku lalui besama seseorang.
Sekian.