Friday, June 6, 2014

Kisah rama-rama



Mesti ada terbaca pasal fenomena rama-rama atau kupu-kupu yg tiba2 muncul beramai2 di ibukota kita bebaru inikan..
Ha..accik sebenarnya dah berjumpa suasana ni 3-4 minggu lepas, masa last trip memandu ke Kota Bharu aritu.  Sepanjang jalan melalui Bukit Tujuh tu, banyak la jugak rerama...rerama ok...bukan kupu-kupu..

Feeling ala-ala di luar negara gak la sesikit.  Atau macam berada dalam dunia bunian, errr...huhu..sangat sesuai dengan keadaan di kelilingi flora dan fauna di situ.

Cuma kesian, rerama tu banyak yang terkorban kemalangan jalanraya.  Tak mampu nak elak.  Memang terasa berada di taman sorga loka... dengan bunyi-bunyian hutan...err. kuat ekk..bunyi cengkerik ke tu, dari awal aritu lagi teringin nk tau bunyik apa yg kuat dari hutan sepanjang melalui hutan Bukit TUjuh Gua Musang / Kuala Lipis tu..tinggi frekuensi nya.
Entah bila lagi nak memandu lagi ke Kota Bharu...lepas ni udah nak puasa.  Lepas raya lah kot, kalu ada rezeki  dan diizinkan Allah nk ke sana nanti.  Sekian.


Gambar pinjam.- mekasih tuan punya gambo.



3 comments:

Acik Erna said...

Tu la acik..anak akak kato maso dio poi solat subuh kek masjid..bosa kato e..sampai tedongar bunyi mengopak tu..hinggap e kek mimbar

Hjh Noralenna Abbas said...

Fenomena kemunculan rama-rama hebat di Kuantan.

lupekanje said...

kak erna- punya lah banyak eh rama-rama yg tiba2 muncul dalam negara kan...


kak Nora- sebelum ni keluar fenomena bunga-bungaan, kemudian, rama-rama pulak...hmmm..ada kaitan tu kan. Mungkinkah, sebab msa bunga bebanyak aritu, rama-rama pun dihasilkan. Sebab tu, sebanyak bunga yang mewarnai Malaysia sebelum ini, sebanyak itu pula rama-rama berterbangan ?

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-