Tuesday, February 22, 2011

Kau panggil aku

Kau panggil, aku datang
Datang pd Mu, untuk membersihkn
mencuci kekotoran hati ini...
Terima lah aku....

Alhamdulillah.

Monday, February 14, 2011

Petang yang bening

Hari Jumaat lepas acik menyebok mengikut kawan-kawan yang nak pegi belajar fotografi. Orang dengan DSLR canggih2...acik masih terus dengan Dcr-HC36 Sony acik gak..hehe..tak kisahlah.  Janji dapat juga merakamkan gambar-gambar untuk tatapan diri sendiri. Rupa-rupanya bukan mudah ye, nk guna kamera DSLR ni.  Memacam istilah, punat yg nk dipusing dan di edjaskan... untuk mendapat gambar yang berkualiti dan memuaskan hati.  Guna compact biasa je lah yang senang. Fokas, dan snap..dah jadik...cantik ke ..tak cantik ke ..belakang kira. 
Sekarang bukan macam zaman dahulu, guna filem yg cam plastik bergulung tu.  Satu gulung kena bayar RM6.00, pastu nak proses gambar hingga jadi gambar, kena bayar lagi tah berapa sen sekeping..kurang-kurang, keseluruhan kos nak dptkan gambar dalam 30 keping tu tak lari lah dari RM20 lebih.. Sekarang ni pulak, tk kiralah brapa ribu keping gambar yang kita nak, selagi muat memory kad tu, petik je lah kamera. Keluar duit untuk beli kamera je...dan kalu nak jadikan hard copy...barulah gi bayar kat kedai gambar tu. Bulih pilih-pilih lagi gambar mana yang nak cuci, mana yang tanak.  Kalu yg pesen lama tu, habih semua gamba kelabu pun kita cuci, dan kena bayar gak..tk kira elok ke..tk elok ke gambarnya. 
Alhamdulillah, kemajuan dunia yang meringankan kos untuk penggemar-penggemar fotografi.

Gambar favourite, Matahari terbenam di Putrajaya.

Tempat sukan air selalu diadakan. Presint 5, Putrajaya.

Suka benar amek gambar celah pepohon kan..

Sifu yang kreatip.

Pyan & kameranya.

Jambatan Seri Wawasan, Putrajaya di waktu senja.

Di celah pepohon itu.


sonjo2 pun ramai gak kat sini.  Antu air pun ramai apo..huhu


apo kojo eh tobaring lak kat jeti ni kan? hehe..ponek gak eh jurugambar2 nih.

Pullman Resort, Putrajaya dalam remang senja.

Pelajar-pelajar kelas fotografi ini.. Pyan & Yana. :) ..diorang lah pelajar, diorglah model. ..err..acikpun jadik mangsa model anggun diorg...terima kasih lah sifu Ahmar, mengangkat darjat acik yg tk berapa tinggi nih..hihi.


Thursday, February 10, 2011

Memancing lagi

Cuti Tahun Baru Cina lepas acik telah meluangkan sedikit masa untuk menunaikan hasrat terpendam pergi memancing.  Dah lama tk mancing, last sekali masa gi ke Pulau Asam 2 tahun lepas kalu tk silap. Bulih refer kat pos Fishing Trip kat sini.

Kali ni acik pergi memancing di Tanjung Dahan, Kuala Linggi, Melaka.  Kat kawasan chalet Desa Balqis yang sungguh permai tempatnya.

Kekangan masa menyebabkan acik tk dpt nak cerita panjang.  Sangat busy di pejabat, sementara buat masa ni, PC di rumah buat hal.  Hantar repair. Kalau rajin, acik panjangkan cerita ni.  kalau tak, tengok je lah gambar yg acik uplod ni je.



Subuh2 lagi dah start lontar joran.  Hasilnya, lumayan...

Dapat ikan remang..

permandangan yang indah waktu matahari terbit.

lagi, permandangan ciptaan Ilahi untuk di syukuri.

dan lagi...Subhanallah...Alhamdulillah.

Nak story sikit.  Malam nya, masa acik menunggu ikan memakan umpan, acik sering mendongak langit, menikmati panorama malam, yang menyaksikan bintang-bintang bertaburan dengan amat indahnya.  Sungguh indah.   Semua galaksi-galaksi tempat Sheikh Muszaphar lalu masa terbang ke angkasa lepas hari tu, acik dapat tengok.  Dan, acik dapat lihat 3 kali bintang berekor melintas.  Kata orang... makbul doa kalu berdoa ketika melihat keadaan yang sedemikian.  Betui ka???

Apa2pun, Acik enjoy sangat trip mancing kali ni.  Kalau panjang umur nak pegi lagi.




Monday, January 31, 2011

Ciri-ciri Idaman Hati

 Dipanjangkan ilmu yang baik untuk kita kongsi dan pikir2kan. (Ambil dari http://soleh.net/2008/03/19/10-sifat-calon-suami-yang-baik/


10 sifat calon suami yang baik:
  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Tuesday, January 18, 2011

Terkenang

Masa reunion dengan kawan-kawan sekolah rendah aritu......


 Dari secomel2 budak.....hingga skrg ni, dah 'besar-besar'.  Ni gambar cikgu yang telah mendidik kami.  Cikgu yg garang ni, yg kami jemput untuk sesama berjumpa pada hari bersejarah itu. Bak kata orang, yang dibenci tu lah sebenarnya yang beri kekuatan pada kita.  Bagi semangat..bagi dorongan..bagi cabaran.
Jadi, pengunjung yg membaca coretan merapu acik ni, ingatlah..kalu anak-anak anda dimarahi cikgu, dicubit, dirotan, Janganlah pergi serang cikgu tu.  Kerana cikgu itu dalam proses mendidik anak-anak kita.

Orang dulu-dulu lagi teruk kena balun dengan cikgu2 mereka.  Tak ada pun masuk suratkhabar.  Tapi cikgu cikgi dulu2, ikhlas dalam menyampaikan ilmu mereka.  Cikgu2 tu memang mahu anak2 murid semua berjaya kerana Allah.  Bukan kerana mahu naikkan nama sekolah, bukan kerana naikkan nama mereka, bukan kerana nak disanjung dipuja masyarakat sekeliling... tapi kerana Allah.

Acik bukan nak kata cikgu2 sekarang tk ikhlas, mahukan pujian, mahukan anugerah..mahukan hadiah dari murid2...cuma, dari pemerhatian acik yg tk brapa terang dah mata ni... asal-usul sejarah bagaimana mereka menjadi guru ini yang amat mencuriga dan menyebabkan acik mensaspek mereka itu tidak ikhlas dalam mengajar...bukan semua... sikit2 je.. kalu kumpul2, ramai la..
Antaranya, segelintir mereka itu tidak langsung pun ada minat nak mengajar. Jadi guru semata2 sebab tidak ada pilihan atau kerana menunaikan permintaan ibubapa.  Sebab tu, tak sampai setahun mengajar, dah mula menggeliat macam cacing kepanasan, nak kluar dari sekolah. Nak kerja kat pejabat...nak apply cuti belajar tak kiralah tanpa gaji atau separuh gaji atau lagi suka kalu dapat bergaji penuh, plus dengan biasiswa... Mungkin ramai yang marah acik sebabkan statement brani matik nih.
Ada yang ikhlas, tpi kena buli pulak dengan pelajar, dengan sesama cikgu.  Akhirnya, cari jalan macamana nak keluar dari tempat yang rsa cam penjara yg menyiksa tu.

Hmmm..sebenarnya, kerja mana-mana pun ada masalah.  Cuba tanya bapak polisi, tanya bisnessman, tanya akauntan, tanya pegawai PTD, tanya pilot kapatebang, tanya pemandu lori, tanya drebar teksi, tanya pekerja am, tanya peon, tanya despatch, tanya lawyer, tanya arkitek, tanya lahhhhh... mereka semua rasa amat tesepit dengan urusan kerja mereka...dan ramai gak yg rasa cam nak lari carik kerja lain.  Sama lah macam yang cikgu-cikgu rasa tu.

Tapi itu lah kenyataannya.  Mengajar memang bukan kerja senang...tpi ianya tugas yang paling mulia.  Apalagi lah dengan bebanan yang memacam yang telah kementerian tanggungkan ke bahu guru2 negara ini. Banyak pengorbanan yang terpaksa mereka lakukan dalam menjalankan tugas sebagai guru ni. Namun tak salah, kalau mereka yang mempunyai atau telah mempunyai kemahiran dan kelayakan, disalurkan khidmat mereka di jabatan atau kementerian di mana kemahiran mereka boleh memantapkan lagi institusi pengajaran, pendidikan dan penyampaian ilmu di negara ini...

Tambah pulak ujian dengan murid2 terutama yang di sekolah menengah yang perangai tak terkawal dik mak ayah...apa lagi lah cikgu, nak kawal diorg..mmg tk terkawal.  Besarpun lebih besar dari cikgu dan cikgi yg cecomel.

Sebab tu memang bagus kalu setiap cikgu, cuba memperolehi talipinggang hitam dalam taekwando atau karate, karatedo ato apa2 do sekalipun lah... mungkin murid tetakut sikit nk buat kurang hajar dengan cikgu.
Macam2 cerita yang kita dengar yg tidak baik tentang pelajar yang tidak lagi menghormati guru...

Kalu ikutkan, tak perlulah pulak susah2 cikgu nak takutkan murid dgn talipinggang itam mereka.  Kerana guru yang berdedikasi, pandai tackle murid (bukan ngorat murid .... ) ..sungguh2 dalam menyampaikan ilmu pada murid, sebagaimana sungguh2nya murid menimba ilmu mereka...dah cukup. Murid atau ibubapa nk benci pun tk apa lah...asalkan niat cikgu tu betul2 ikhlas, mahukan kejayaan murid...macam cikgu acik ni, brapa ramai yg benci dia...tak suka...marah...sebab dia suka memukul..merotan...mulut laser...
*acik tk leh jadi cikgu, sebab acik baran..huhu..

Tapi ada...bukan tak ada..pelajar2 yang menghormati, menyayangi guru2 mereka.  Ramai...yg tak senereh tu cuma sikit je. kalu kumpul2, ramai la..Lihatlah sambutan hari guru....guru mana yang dapat hadiah paling banyak...itu lah dia guru yang disayangi murid.  Guru yang tk dpt bnyk hadiah tu???? Tidak juga bererti murid tk sayang diorg....cuma, ada guru yang tk bagi murid beri hadiah pada mereka.  Kerana keikhlasan mereka mengajar yang tidak mahukan balasan...dan tak mau nyusahkan anak murid..agaknya lah...

So, murid2 sekelian, jaga lah hati cikgu..kok bgi hadiah tu, bagilah kat semua cikgu....huhu...fitamm omak ayah...

Ye murid-murid dan bekas murid-murid.  Hormatilah guru kalian, sehingga akhir hayat kita dan mereka....tanpa mereka, siapalah kita pada hari ini....TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU yang telah berhmpas pulas mengajar kami. Doa kami, agar kalian mendapat rahmat Allah berlipat ganda di akherat kelak kerana tugas cemerlang yang telah kalian jalankan.

Akhir tpi bukan terakhir, maaflah kalau ada yang terasa.  Acik main tulis je ni.  Tk ada la nak perli sesaper. 
Siapalah acik, tk tau sgt pun soal dunia perguruan dan pendidikan nih..

SELAMAT HARI GURU...ehh...belum bulan Mei ye..? hehe





Thursday, January 13, 2011

Pemberian itu



 Masa birthday acik tawon lepas (cam dah lama dulu je kan..)  ada sorang adik ni bagi hadiah kat acik.  Acik nak abadikan kat kat blog ni. 

Terima kasih adik2 sekelian..



Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...