Bazir duit, bazir masa untuk perkara yang tidak berfaedah. Lepas tu bising kata tak ada duit. Gaji sikit, Majikan kedekut, barang mahal.
Sebenarnya Allah dah bagi rezki yang mencukupi buat hambaNya yang bersyukur. Sikit pun cukup sebenarnya.
Buat apa nak beli baju baharu, jika baju lama banyak lagi yang elok dan cantik.
Kita beli baju bila dah tak ada baju nak pakai. Bila baju yang selalu kita pakai dah koyak.
Mesti ramai tak setuju dengan ayat tadi tu. OK. Fine. Tapi tengoklah orang kita. Bila ada orang kawin, beli baju baharu. Bila nak pergi jalan, beli baju baharu. Nak pergi dinner, beli baju baharu.
Bila buka almari, berlonggok baju-baju lama yang bukan makin kurang, tapi makin bertambah. Akan dihisab ye, kalau tak digunakan. Sedekahkan lah baju-baju yang berlebihan itu. Jangan sedekah baju yang sudah koyak-koyak pulak. Rasulullah sedekah baju dia bila ada sahabat yang menegur bahawa bajunya cantik. Sanggup kita? :)
![]() |
| Contoh baju yang dijual . credit untuk tuan gambo ni. tq. |
Ok. Alasan, baju dah sempit. Memang lah kena cari baju baharu. Tak perlu lah tunggu hari raya baru nak beli. Beli bila rasa perlu. Apakala semua orang set minda, hari raya kena ada baju baru, ini yang buat orang ramai di pusat beli belah setiap kali perayaan ini. Begitu juga dengan kasut baharu, beg baharu.
Fungsi baju adalah untuk menutup aurat. Bukan pakai untuk orang puji kita. Kalau ada pegangan ini dalam diri masing-masing, insyaAllah, banyak lah yang kita dapat berjimat dalam perbelanjaan kita sehari-hari. Boleh lah menyimpan untuk perkara lain yang lebih diperlukan. Bagi yang lebih kreatif, baju yang mungkin tak boleh lagi dipakai, jika diubahsuai (Macam rumah pulakkan..) mungkin boleh dipakai semula.
Kalau kita nak cukup dalam perbelanjaan kita, kita perlu menjadi orang yang bijak menguruskan wang.
Jangan membazir.
Satu lagi, jangan lah bakar duit. Ye..bakar mercun, bunga api yang mahal-mahal tu, bukankah membakar duit. Kalau nak tengok orang yang ada berlebihan duit, pergi lah cari tempat di mana kita mendengar bunyi mercun setiap tiba bulan Ramadhan. IYE.....BULAN RAMADHAN !!!
Sebab kalau dahulukala, orang melayu main mercun pada malam raya, atau pada malam 7 likur.
Sekarang ni, anak-anak diajar, (atau kurang diajar) main mercun dari mula malam satu ramadhan lagi.
Di kala orang lain sibuk bertaraweh, anak-anak diluar telah mula meletopkan mercun. Adat manakah itu? Bukankah mereka itu dari keluarga yang kaya raya sungguh. Mampu membakar duit begitu sahaja. Sedangkan duit itu susah payah dicari.
Itu belum lagi yang membakar duit dengan menghisap rokok. OK, tak mau bawa tajuk itu. Sindri tahu lah. Bukan setakat bakar duit tu. Bakar nyawa sekali.

