Monday, April 1, 2013

Keyboard Shortcut

Mari kita main2 dengan Keyboard shortcut ni.... kalau mahir, mouse rosak tidak akan jadi hal pada kita.... kerja pun blh lagi pantas.


The General Shortcuts

We’ll kickoff the list with some really general shortcuts that you often used.
  • CTRL+C (Copy)
  • CTRL+X (Cut)
  • CTRL+V (Paste)
  • CTRL+Z (Undo)
  • Delete (Delete)
  • Shift+Delete (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
  • CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
  • CTRL+Shift while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
  • F2 key (Rename the selected item)
  • CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
  • CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
  • CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
  • CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
  • CTRL+Shift with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
  • Shift with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
  • CTRL+A (Select all)
  • F3 key (Search for a file or a folder)
  • Alt+Enter (View the properties for the selected item)
  • Alt+F4 (Close the active item, or quit the active program)
  • Alt+Enter (Display the properties of the selected object)
  • Alt+Spacebar (Open the shortcut menu for the active window)
  • CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents open simultaneously)
  • Alt+Tab (Switch between the open items)
  • Alt+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
  • F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
  • F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
  • Shift+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
  • Alt+Spacebar (Display the System menu for the active window)
  • CTRL+ESC (Display the Start menu)
  • Alt+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu)
  • Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
  • F10 key (Activate the menu bar in the active program)
  • RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
  • LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
  • F5 key (Update the active window)
  • Backspace (View the folder one level up in My Computer or Windows Explorer)
  • ESC (Cancel the current task)
  • Shift when you insert a CD-ROM into the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)

Thursday, March 21, 2013

Purple Walk vs Green Walk..


Hujung minggu lepas acik dah siap daftar untuk turut serta dalam Purple walk di Putrajaya bersama PM. Tiba-tiba si Shahmah ajak balik kampung, nak tengok tanah yang nak di jual.. sejak bila dia jadik broker tanah kan..!  Nak amik gambar katanya. Hmm...mesti nak ikut jugak, sebab acik tak pernah lagi jejak kaki kat situ. Tapi, nak masuk ke situ perlukan kenderaan pacuan 4 roda. Cari punya cari, untuk disewa, atau dipinjam, tak dapat.

Tawakal sahajalah.. acik drive sorang ke kampung, dan Shahmah pandu keretanya sendiri besama kawannya. Sampai2 je, acik mesin rumput dulu memandangkan kemuncup pun dah mencacak2 kat rumah tu.

Bila dia sampai, dia tanya, Umi nak ikut tak gi ladang tu? Acik terus letak mesin rumput, dan ikut mereka sesama ke arah Port Dickson di mana lokasi tanah tersebut berada.

Masuk ke kawasan tersebut, ternyata 4wd acik ni tk lepas nak masuk, tepaksa park kat tepi pokok gotah tu, dan jalan kaki bertiga ke kawasan yang tk pernah acik jejak itu. Hmmmm...akhirnya aku berjalan jugak, walaupun tak bersama PM...ada jugak dalam 2 km pegi balik berjalan masuk ke kawasan tanah pertanian itu...

Bagus beriadah gini.... 





Ok....saper nak beli tanah ni?   3 ekar ....tanah pertanian... kawasan berhampiran dengan  Pengkalan Kempas dan sebelum Sg Raya / Pasir Panjang Port Dickson.  Acik letak harga RM50K seekar... kesemuanya RM150K   :)  ... 

Friday, March 1, 2013

The Lake House

 
Sebabkan terlalu banyak simpan cerita, sampai lupa nk update kat sini. Tajuk tu, hanya tajuk, tak ada kaitan dengan movie lakunan Sandra Bullock dengan Keanu Reeves hero hensem tu ye... Gambar-gambar ini menunjukkan aktiviti acik tahun lepas. Bulan sepuluh kot...dah lupa. Kesinambungan entry Coklat itu sedap tahun lepas. 
 


 Orang Pahang mesti tau kat mana ni...  ya..Esplanade/Benteng di Kuantan Pahang..tempat memancing ikan dan orang..hehehe

Masa kami gi ni, ada pertandingan mancing kat situ. Jadi, tak boleh lah nak mencampakkan mata kail pancing keramat acik ni ha..berpeleseran je la dengan kawan acik si Laila dan anak2nya.



 Memancing dengan kawan sepengajian kat depan umah dia.
 

 
Ni depan umah kawan acik, Laila .  Cantikkan...mnjadi idamanku utk tinggal di rumah tepi tasik begini... heavennnn...
 
Kat tepi tasik tu, ada jugak pokok periuk kera ni.... bebaik..kang di gegetnya... :)
Berposing tepi muara sungai Pahang ini....
 
Ok..jangan tanya accik dapat ikan ke tidak.....langsung tk dapat, walaupun memancing di tasik/lombong yang sebesar2nya ni..! Janji puas hati dapat memandu sorang diri dari Putrajaya ke Kuantan untuk pertama kalinya !!  :)
 
Sekian.

Wednesday, February 6, 2013

Bila Sampai Masa

Baru membaca blog tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi..di Genta Rasa.. sentiasa menarik hati, mata dan minda untuk membacanya..

Hmmm... apakah pasangan anda memberikan hidup atau membina kehidupan kepada anda?
Yok baca.. demi membina rumahtangga bahagia...

Ye.. sentiasa ingat, wahai sekalian pasangan yang bergelar suami dan isteri...
Untuk menerima, kita perlu memberi.
Jangan hanya mahu menerima, tanpa turut sama memberi.

Pesanan buat anak-anakku yang semakin dewasa usia mereka.. bersamalah berusaha membina bahagia dalam rumahtangga bila sampai masanya kelak.



Sangat sedih bila ada isteri yang mengatakan suami tidak memberi apa-apa padanya....
Dan sedih juga bila suami memang tidak memberikan apa yang isteri perlukan dalam hidup dan dalam kehidupan.

Monday, January 21, 2013

Burung kelicap

Susah jugak nak tangkap gambar burung dgn menggunakan kamera cokia ni...
akhirnya berjaya tangkap gambar burung kelicap yang jinak tak takut manusia ni.

Ni bukan burung yang kena ikat ye.. yg bunyik aaakkk...aaakk...aakkk tu... hehe
nak jugak sebut isu terkini tu...

Tuesday, December 18, 2012

Berlari dan terus berlari

Aku hanya insan kerdil di lautan ikhlas yang sangat dalam.  Yang terjangkau olehku, hanya sebutir percikan ombak di permukaannya.  Namun aku juga hamba Allah yang berhak untuk melalui jalan menujuNya. Ketika aku keliru, tunjukkanlah.  Ketika aku lemah, perkukuhkanlah.  Ketika alpa, ingatkanlah.
Ust. Pahrol Mohd Juoi. ~ Di mana Dia Di hatiku?

Lama sudah tidak ku update entry di laman ini. Ia semakin sunyi kerana aku rasa aku semakin jauh dari kesempurnaan. Aku diuji dan terasa amat diuji. Lalu aku berlari dan terus berlari.  Namun larianku hanya ibarat di padang balapan semata.  Aku kembali semula di tempat aku mula berlari.  Ku ulang lagi, dan lagi, berlari.
Seolah2 aku mengejar semula tempat asal aku mula berlari itu. Sama seperti yang aku pernah dan selalu katakan dulu.  Aku ingin lari dari sesuatu itu, tapi aku juga mengejarnya.  Inilah kehidupan.  Kehidupanku...kalian?  Aku tak tahu.!!

Sekian.  Marilah kita terus membaca.  Err...ada banyak lagi buku2 yang ku beli yang belumpun ku sentuh apalagi untuk ku baca.  Ayoh...perbanyakkan ilmu, pertingkatkan amal.

Saturday, November 24, 2012

10 Muharam

Hari ni hari asyura.  Selalu ku terlupa akan manfaat dan segala perkara yang sunat dilakukan pada hari ni.  Maka ku tampalkan di sini utk ingatan ku seterusnya utk panduan sesiapa yang mencari dan mahu membanyakkan bekal ke akherat.

SYukran pada ukhti Noor Jannah DInie yg tampal ni kat FB beliau. Kita pepanjangkan ilmu utk amalan ini.

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram / 24 November 2012) <3 img="img" src="https://s-static.ak.facebook.com/images/blank.gif">


1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.
2. Memuliakan fakir miskin.
3. Menahan marah.
4. Menunjukkan orang sesat.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
6. Bersedekah.
7. Memelihara kehormatan diri.
8. Mandi Sunat. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
9. Bercelak.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X.
11. Sembahyang sunat empat rakaat.
Lafaz niat:
“Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”.
13. Menjamu orang berbuka puasa.
14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
PERBANYAKKANLAH SELAWAT KE ATAS SAIDINA NABI MUHAMMAD SALALLHU ALAIHI WASALLAM.
Kerana - dengan berkah Baginda Sallahu 'Alaihi Wasallam - lah kita mendapat khabar gembira dan keberuntungan ini.
Daripada Saidina Abdullah Ibn Abbas Radhia Allahu anhu beliau berkata: “Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan”(Riwayat. Muslim).


Peristiwa yang berlaku pada 10 Muharam:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...