Showing posts with label uban. Show all posts
Showing posts with label uban. Show all posts
Monday, May 18, 2009
Rambut itu...
Subuh ini aku terjaga.. batukku menjadi-jadi... lalu aku ke bilik air, membuang lendir yang bersarang di kerongkongan...
dengan cahaya samar dari bilikku, ku lihat ada sesuatu yang bersinar di kepalaku..
kuselak rambutku... sehelai uban...
ku cabut ia..
lalu kuterlihat lagi.... sehelai...putih cantik berkilatnya...
ku cabut lagi...
ada lagi... ku cabut jua..
dan lagi...dan lagi..
wahhhh...sejak bila tumbuhnya bagaikan lalang ini?
Peringatan dari Allah telah sampai lagi buatku..
aku tidak perlu mencabut perutusan mulia ini..
lalu ku biarkan ia
bertahta bersama-sama si hitam yang lain
Ibarat surat saman yang tiba..apakah aku perlu membuangnya...???
Walaupun aku benci mendapatnya?
walaupun aku tk suka disaman...??
tak suka dengan peringatan polis itu?
dik kerana kekhilafan aku???
Tidak...aku perlu menyimpannya...agar pembayaran dapat ku lakukan kemudian kelak.
Tapi rambut putih ini, adalah dari Allah.... terlalu istimewanya...
Aku tidak perlu buang..
Nanti aku lupa!
Bahawa hidupku bukan lamapun lagi..
aku tk boleh lalai dan lupa
dengan asyik bersukaria..
melayan perkara yang sia-sia
berpoya-poya
leka mencari harta...
tapi...amal tiada
yang kutambah, hanyalah dosa
bertimpa-timpa.
Oklah....dah pukul 5 pagi...aku nak tidur sejam lagi...
Esok aku perlu bergegas ke tempat kerja dan menghadirkan diri di Inspen..kursus 2 hari.
Semoga Allah berikan penghujung hayatku dalam keadaan bertaubat....dan keadaan yang mulia untuk terus mulia di sisiNya.
Donald Trump ni pun banyak uban...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna
Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya. Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...
-
Dalam kegilaan sesetengah masyarakat IT di Facebook, mengambil bahagian dalam kuiz demi kuiz....(I'm not one of them...) acik terseremp...
-
Sempena Tahun Baru Cina, memasing ambil peluang balik kampung temasuk acik. Sementelahan anak pun balik bercuti, kecuali Yanie, yg bercuti ...
-
Hmm...teringin bergosip harini... boleykan..boleyy?...boley laa... Acik tengok paper hari ni.. tentang sorang bekas menteri besar kawin d...