Copy n paste from website to be shared with all… Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat. Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.
Ertinya :
Allahumma Ya Allah Ya Tuhan yang empunya kurniaan, dan tiada siapa mengurniakan kepada-Nya, ya Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran, ya Tuhan yang empunya kurniaan, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya dalam wujud ini melainkan Tuhan hamba sahaja, tempat sandaran hamba-hamba Tuhan yang memohon perlindungan, dan tempat perlindungan hamba-hamba Tuhan, yang mohon keselamatan, dan tempat keselamatan hamba-hamba Tuhan yang di dalam ketakutan.
Kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz, akan seorang yang celaka, maka hamba mohon akan hapuskan daripada hamba nama kecelakaan itu, dan mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba akan seorang yang berbahagia.
Dan kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz akan seorang yang ditegah dari kebajikan, dan seorang yang disempitkan rezeki hamba, maka hamba mohon hapuskan tegahan itu daripada hamba, dan mudahkan rezeki hamba, dan hamba mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba, akan seorang yang berbahagia dan seorang yang ditaufikkan dengan kebajikan kerana bahawasanya Tuhan hamba telah berfirman dalam kitab yang telah Tuhan hamba turunkan (Al Quran)
maksudnya : “Allah Taala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz.” Ulasan dan pendapat acik;
Walaupun dikatakan tiada hadis kukuh tentang amalan di malam Nisfu Syaaban ini, (dikatakan bidaah hasanah ekk..?) tapi, tak salahkan, klu kita menyeru dan mempraktikkan agar berbuat sesuatu yang baik… ? Dan perlu ingat, amalan ini elok sentiasa diamalkan…jgn tunggu malam nisfu syaaban atau malam lailatulQadar je atau malam2 tertentu je, baru nk buat amal….tk fatott tuuuhh…
Perkara amalan di malam tertentu ni biasanya di lakukan setelah ada para anbiya’/sahabat nabi atau warisatul Anbiya’ dan alim ulama’ yang pernah amalkan…yg baik, kita ikut, yg tk baik, kita jauhkan. Okeh…no kompromi.. kalu ada yg silap siler betuikan..
Sok sesamer kiter poser..... sesaper yg lom abih ganti poser tu, habihkan dulu... nnt kono dondo laks.. :)
NOTA TAMBAHAN:
TERLUPA ACIK... SEMPENA NISFU SYAABAN YANG MOLIA INI, ACIK SUSUN JARI YG ADA, MEMOHON KEMAAFAN KEPADA BLOGGER2 MEMANA YANG ACIK PENAH BUAT SALAH.... MAAFKANLAAAAA... ACIK KAN MAKNOSIA BIASA.. TK SEMPURNA AKAL DAN PEMIKIRAN YG MEMBAWA KEPADA PERLAKUAN.