Showing posts with label mas cotek. Show all posts
Showing posts with label mas cotek. Show all posts

Tuesday, November 18, 2008

Ficus deltoidea - Mas Cotek

Kesinambungan dari lawatan acik ke Expo aritu, acik nak cerita tentang Mas cotek nih.. Emak acik ada tanam beberapa batang dekat rumah. Kalau tak silap, dia beli pokok ni pun dari Expo pertanian beberapa tahun yang lepas di tapak expo yang sama. Jadi, balik dari expo pertanian yang bebaru ni, dia bekalkan acik seikat dedaun Mas Cotek ni untuk acik jadikan minuman rasmi acik..huhu. Khasiatnya....hmmm..banyak sungguh. Tuan/puan boleh lah baca sendiri kat laman web yang berkaitan. Antaranya kat http://www.bio-asli.com/Herba/e_Herba/e_mascotek.asp Atau kat sini je lah yang standardnya... http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Emas_Cotek Dan banyak lagi laman web yang bagi maklumat tentang daun herba ini. Antara khasiatnya, memecahkan lemak..err..blh ke.., kurangkan kandungan kolestrol, melancarkan perjalanan darah, awet muda, membuang toxic dalam badan, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung dan banyak lelain penyakit. Acik plagiatkan maklumat dari wikipedia tentang kandungan daun Mas Cotek ni untuk sesajer nak mengisi N3 acik yg kekurangan idea nih..hehe..(dah biasa memplagiat assignment yer..)
  1. Flavonoid
    • Anti-oksida yang kuat bagi membantu mengekalan peredaran darah yang sihat
    • Bertindak sebagai anti-radang dan anti-rival
  2. Tannis
    • Menegangkan tisu yang kendur, mengeringkan perembesan air yang berlebihan (ciri-birit) dan melindungi tisu rosak seperti ekzema atau melecur
  3. Triterpenoids
    • Membantu membuang serta mengeluarkan kahak dan membantu menyerap nutrient
  4. Phenols
    • Membantu mengurangkan serta menghilangkan bengkak dan bertindak sebagai antiseptik
Acik baru amalkan minum 2 hari ni.. tengoklah camner kesannya nanti, dalam masa beberapa tempoh yang belum pasti berapa lamanya. Errr.. kot kot la tetiber acik berubah dari nenek kebayan, menjadi puteri gunung ledang pulak..hehhe... Masa dekat expo aritu, orang tu ajar, ambil jer daun yang dah warna kunin tu..kemudian rendamkan dalam air panas, dan minum ja gitu-gitu. Air yg orang tu bagi testing, ada warna kekuningan. Tapi biler acik buat sendiri cam yang dia cadangkan tu, tak ada warna kunin pun. ..dia tk kata kener rebus daun tu pun. ..sebab ada kawan acik kata, kena rebus...ahh..suka ati acik la. Jadi malam tadi, acik perah2 daun tu...ha ngkau....baru roner dia jadik kunin...baru real..ye tak..heheh.. Betul ke cara acik tuh? Siler tegur dan bagi panduan kat acik untuk dapat lebih khasiat yang maksimum dari daun tersebut sebelum stok habis... err.. takut nnt acik jadik cam PAPAYA pulak sbb terlebih khasiat...heheh.. Sekian.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...