Acik sambung kisah semalam. Al kisah...kejadian malam sebelum kejadian tragis itu, anak sulung Arwah bergaduh dengan arwah....ibunya dan arwah adiknya. Acik tak tahu apa puncanya. Tetapi si kakak yang keras hati, merenyuk dan menghempas2.
Si adik yang lembut hati dan selalu mengalah siap menghidangkan makan malam untuk si kakak, lantas memujuk kakaknya makan.
Namun si kakak tidak mahu dan masuk ke bilik dengan menghempas pintu. Kenapa acik ceritakan ini. Kerana, keesokan harinya, si kakak menjadi seorang yang paling menyesal dan sudah pasti tidak akan memaafkan dirinya sendiri seumur hidup. Sudah semesti ia kesal, kerana menyakitkan hati ibunya dan tidak menghargai kasih sayang adiknya. Takkan nak bagi sebab, tak tahu yang ibu dan adiknya akan pergi tak kembali esoknya??
Kini tinggal si kakak menguruskan keluarga walau ayah ada....tetapi memandangkan dia yang sulung, pastinya bebanan menjaga adik yang tinggal di serahkan di pundak kedua bahunya. Tidak dapat lagilah dia merajuk tidak menentu, keras hati merengus lagi kecuali pada ayah dan adik2nya ....tapi rasanya...apakah dia tidak akan mengambil iktibar lagi dari apa yang telah berlaku pada ibu dan adiknya...??? Kisah benar ini menyebabkan acik teringatkan anak-anak acik.
Maka acik sambung secara tk rasmi, pesanan acik pada anak2 acik. Anak2 yang selalu bergaduh sesama sendiri....tengking menengking sesama sendiri. Bukan satu doa..tapi, acik bayangkan, andai berlaku pada mereka...tiba2 Allah ambil antara mereka...tentu mereka akan menyesal....kerana adik beradik tidak ramai.... seorang adik, seorang kakak dan seorang abang. Takdir Tuhan tidak kita ketahui. Masa tidak menanti kita. ..dan masa tidak akan berulang semula.
Seandainya dalam masa dan peluang yang ada, kita sia2kan dengan bergaduh, tidak bantu membantu, tiada timbangrasa sesama saudara sendiri...tiada kasih sayang dan tk boleh berbincang bebaik sesama mereka...alangkah menyesalnya nanti seandai berlaku pada anak2 acik nih....tiba2 Allah ambil salah seorang..atau berapa orang yang Allah mahu, apakah tidak akan rasa rugi masa yang berlalu yang tidak dipergunakan seperti sepatutnya??? Apakah tidak menyesal dengan layanan kasar dengan adik beradik yang tidak sempat dibaiki... Bukan hanya pengajaran untuk anak...untuk acik pun sama...menyebabkan acik takut untuk mensia2kan anak yang ada.
Acik takut nak marah2 mereka apabila tidak dapat mengerjakan suruhan acik ataupun tidak dpt memenuhi kehendak acik....kerana, mana tahu...dalam pada kita marah2....sekejap lagi...ataupun esoknya...Tuhan ambil dia...tentu acik pun menyesal kan...???!! aaarrghh...
Hari Sabtu kemarin, acik kontrol diri agar tidak sakit hati dengan si kakak...sehingga hari Ahad. Kalau acik sakit hati, tentu dia akan berdosa. Kalau acik tersinggung, tentu dia berdosa juga. Cuba kalian cadangkan, apa yang acik patut buat, apabila seorang anak, merajuk dengan kita....dengan tidak bercakap dengan kita, tidak makan masakan kita..... puncanya semata2 sebab kita menegur dan membebel kepadanya.....???
Acik cuba agar tidak terasa....walau sebenarnya acik terasa.... sehingga acik rasa, salahkah aku sebagai ibu, menegur anak, untuk kebaikan anak itu??? Apabila berlaku kemalangan trajis ini, acik bersyukur, kerana selepas si kakak buat hal itu, Tuhan tidak ambil dia.... atau Tuhan tidak ambil acik...(sudah tentu si kakak akan menyesalkan...kerana merajuk dengan acik...) Alhamdulillah.... Bagaimanapun, di sini, acik nyatakan awal2....seandainya anak2 berbuat salah dengan acik, acik maafkan.... Takut, tiba2 Allah ambil nyawa acik..mereka akan rasa bersalah kerana tidak sempat minta maaf dengan acik.
Dan tidak salah rasanya kalu acik minta maaf awal2 dengan diorg, sekiranya teguran acik menyebabkan diorg berjauh hati.... sesungguhnya, acik hendakkan kebaikan dalam hidup diorg...mungkin acik tidak dapat menjalankan sepenuhnya tanggungjawab acik sebagai seorang ibu yang baik..kerana acik sendiri tidak sempurna..acik nak mereka tahu....walaupun ibu/ummi diorg ni tidak baik, tapi sentiasa mahu mereka jadi lebih baik dari acik. Mahukan masa depan diorg lebih terjamin... dunia dan akherat. Moral of the story, - sayangi mereka yang ada selagi mereka ada di hadapan kita. Hargai dan hormati mereka, selagi berkesempatan. - layanlah orang yang menyayangi kita seperti sepatutnya kerana mereka bukan selamanya dapat bersama kita. Sekian.
Showing posts with label hargai. Show all posts
Showing posts with label hargai. Show all posts
Wednesday, December 31, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)
Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna
Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya. Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...
-
Dalam kegilaan sesetengah masyarakat IT di Facebook, mengambil bahagian dalam kuiz demi kuiz....(I'm not one of them...) acik terseremp...
-
Hmm...teringin bergosip harini... boleykan..boleyy?...boley laa... Acik tengok paper hari ni.. tentang sorang bekas menteri besar kawin d...
-
Sempena Tahun Baru Cina, memasing ambil peluang balik kampung temasuk acik. Sementelahan anak pun balik bercuti, kecuali Yanie, yg bercuti ...