Salam Jumaat ..
Bila tengok video ni, rasa sangatlah setuju.. Dan kekadang rasa terkena juga bila menggunakan bahasa dan ejaan yang entah apa-apa tika menulis di blog ini..
Kalau budak muda macam ni pun punya kesedaran gini, kita yang dah tak brapa nak muda ni pun sepatutnya lebih-lebihlah lagi.
Ok..acik cuba. Untuk memertabatkan bahasa....InsyaAllah.
Taaapi...ala..sesekali bergurau, bukan bertujuan mencemar bahasa, tak apa kan...??? Acik pun tak suka bahasa atau gaya bahasa dan ejaan 'Eeew' ni. Anak acik pun nampak ada yang guna camni..acik tengok kat FB diorang.
Acik suka bahasa santai. Mudah difahami...dan ringkas..(tapi kekadang merapek gakkan....) Cuma ada ketikanya, waktu sms terutamanya, acik gunakan seringkas ejaan yang boleh. Namun sesuatu yang berlaku, menyebabkan acik lebih hati-hati dalam meringkaskan ejaan ketika berkomunikasi samada di blog mahupun ketika menghantar sms.
huhu....padan muka kan...sendiri rasa bersalah...takut dengan bayangan diri sendiri gamaknya.
Oleh yang demikian, hati-hati kawan, ketika mengshortformkan ejaan. Jangan ayat menyimpang dari maksud sebenar...Gitu juga kekadang kita menulis, atau menaip, kerana nak cepat, ejaan selalu selalu tersilap.
Sorang sahabat acik, Rahimah, cerita baru-baru ini, yang dia sering tersilap eja, jika mahu menulis perkataan 'sila'. Yang sering terhasil adalah 'sial'. Apa akan jadi bila catatannya menjadi,
'Sial sertakan lampiran yang diminta ! '
aaaargghh.... nasib baik tak ada koma je lepas perkataan sial itu, katanya.
Selalu juga berlaku salah eja akaun, yang jadi, akuan....
Kisah acik pulak, ketika sms sesuatu pada sorang kakak, hanya untuk bersembang-sembang, acik taipkan sms gini...
'akak dah mnpos belum?' .....(bengong gak aku pergi tanya benda camni kat orang!!)...............
tetiba, bila acik baca ayat tu, acik rasa macam something wrong...rasa bersalah..apalagi bila suruh kawan sepejabat baca....memang lain sungguh bunyiknya. Kok baik, tak apa gakla...tapi kok disalahtafsirkan...mahu je acik disantau dari jauh....hahha... ok..gurau je.
Syukurlah, kakak tu tak marah. Acik tersangka buruk yang dia marah kat acik. Ni semua gara-gara perkataan shortform itu lah...hingga menyebabkan otak kelabu...dah buat salahkan..ekekkeke....
Moral of the story, nak shortform, hati-hati, lebih-lebih lagi pada singkatan yang boleh memberi makna pada lebih dari satu perkataan...seperti;
bdh - mungkin bodoh, mungkin bedah
slh - mungkin suluh, mungkin salah, munkin silih
prt - mungkin perut, mungkin parit, mungkin perit, mungkin parut.
btl - mungkin botol, mungkin betul, mungkin batal.
brt - mungkin berat, mungkin barat, mungkin birat, mungkin...err...errr....no no no...tak mungkin aku menyebutnya...
pgi - mungkin pergi, mungkin pagi, mungkin perigi
crg - mungkin corong, mungkin curang dll.
kwn - mungkin kawan, mungkin kawin
dan banyak lagi yang lain. Kita letih otak kadang-kadang tu nak terjemahkan apa la yang orang ni tulis kat aku...
Tapi, mesti lagi best kalau orang tulis mesej tanpa tanda noktah, koma atau jarak camni....
slmkauktmananipuasakutiponxdpt2gerambetulakulenkalikaluxnakajwbtiponbaikjgnbelitiponataucampakjetiponkautudlmsungaikatbanting.
?????????? hehhe..boleh baca?
Penutup kata, andai ada (memang adapun..)acik tersilap kata tersalah eja sepanjang berblog ni, maafkan dakuuuu......dah terbiasa gitu.
(Bahasa lebih skema dalam entry ini. Tapi tidak menjanjikan gaya yang sama di entry selepas ini..! Kira cakap tak serupa bikinlah ye... haha )
Sekian.

