Friday, April 20, 2018

Semuanya dengan izin Dia

Doaku moga Allah berikan tampuk pemerintahan kepada yang selayaknya yang akan membawa negara dan rakyat  ke arah kebaikan dan kemajuan semata.

Apapun boleh blaku, dengan izin Allah. Siapa yang menang siapa yang kalah, izin Allah juga. Pemimpin yang adil, bijak dan beriman, anugerah buat kita untuk hidup harmoni. Pemimpin yang tidak adil, bodoh, selfish, corrupt...itu ujian buat rakyat dan negara dan kita perlu berusaha mengekalkan keharmonian negara. Adalah hikmahNya untuk kita.

Agar kita baiki diri bersama. Agar kita bersyukur atas bnyk lgi nikmat Allah. Agar kita lebih bersatu dan berusaha..agar kita meningkatkn maqam sabar kita. Ye...moga meningkat lah juga pahala  buat kita atas ujian Allah pada negara kita (bukan dosa kutukan umpatan dan fitnah sesama manusia).
Moga Allah satukan hati-hati kita. Bukankah itu juga satu nikmat Allah yg patut kita syukuri?

Mungkin kalau kita sabar, mereka itu akan memberikan banyak pahala buat kita.
Dan kalau kita tak sabar, kita lah yang memberikan mereka banyak pahala, dengan izin Allah dengan kutukan, umpatan dan fitnah yang berlonggok kita lemparkan pada mereka. 

Ye, semuanya dengan izin Allah dan ada hikmahNya. Ibarat orang yang sakit kena sihir, begitulah .semuanya izin Allah, yang semata-mata mahu menguji kita.  Nak tahu kita berusaha berubat, sabar atau tidak, atau menyalahkan takdirNya dll. Nak kita mengakui kuasa Tuhan lebih besar atau kuasa sihir itu yang lebih besar. Sama ada kita nak pahala atau dosa.

Kekadang kita dengar, setiap kali Undi pilihanraya, ada yang main kotor atau main lumpur ke main najis ke...untuk menang. Entahlah. Wallahu a'lam itu semua.  Lalu,  mereka menang.  Siapakah yang izinkan mereka menang?  Apakah Dia tiada kuasa untuk memberikan kekalahan kepada mereka yang tidak jujur itu? Tidak.  Kuasa Allah tiada batasannya.  Takdir Allah tiada yang dapat menghalangnya. Sesuatu yang ditakdirkanNya, ada bersebab. Ada hikmah yang tersurat dan yang tersirat. Yang patut kita sentiasa syukuri dan insafi. 

Ada hikmat tersirat yang kita tidak tahu.  Masa hadapan itu rahsia Allah. Kita tidak tahu kan? Mungkin kalau si polan yang selama ini kalah, tiba-tiba menang, dia akan jadi pemerintah yang zalim, lupa diri dan lupa janji manifesto parti bagai tu.

Bab-bab hikmah kejadian ni, cuba kita rujuk kisah waktu Nabi Musa mengikut pengembaraan Nabi Khidir dan ambil ikhtibar dari kisah itu. Zahirnya bukankah nampak Nabi Khidir itu seolah-olah seorang yang kejam dan tidak berperi kemanusiaan. Membunuh kanak-kanak,  merosakkan perahu, dan membina tembok yang nampak seperti sia-sia perbuatannya. Nabi Khidir diberikan keistimewaan untuk mengetahui masa depan.  Sedangkan Nabi Musa tidak nampak semua itu. 

Allah Mahu kita ambil ikhtibar dari kisah nabi-nabi itu. Bezanya cuma, nabi Khidir adalah nabi dan Allah berikan kelebihan kashaf  kepadanya iaitu boleh melihat masa depan.

Mungkin sebab kita banyak lalai, lalu Allah ketuk hati kita dengan ujian-ujianNya untuk kita mendekatkan diri denganNya.  Untuk kita selalu mahu menyebut dan mengingatNya di waktu kita ditimpa kesusahan dan penderitaan..(Walaupun dalam penderitaan, banyak lagi nikmat untuk kita bersyukur)

Sedar atau tidak, bila mereka itu membuat kesalahan, ramailah yang buat kajian, baca kitab, tanya alim ulama' akan hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang mereka nampak. Maka bertambahlah ilmu, bertambahlah amal hendaknya.  Tapi jangan bertambah pula dosa kita ye.

Sentiasalah bersangka baik. Dengan Allah dan sesama manusia.

Bersyukur, berusaha dan berdoalah kepada yang meminjamkan kita segala yang di dunia ini dalam mengharungi ujian Nya.


Hidup kita hanya sementara. 
Di Akherat sana yang kekal selamanya.
Berbuatlah amal dengan usia yang ada pada kita
Jangan kita perhabiskan usia yang singkat ini dengan membuat dosa
Dan perkara yang sia-sia.

Sekian.  Peringatan buat diri sendiri yang sering terlupa.


JOM MENGUNDI.  
PASTIKAN PILIHAN ANDA ADALAH YANG TEPAT !



Wednesday, January 31, 2018

Smart Phone, bukan Semak Phone

Ada telefon bimbit, bermakna,
Selamat tinggal keluargaku
Selamat tinggal isteri ku
Selamat tinggal anak-anakku
Selamat tinggal ibuku
Selamat tinggal ayahku

Kenapa ku katakan begitu
Telefon pintar lebih mendapat nafkah dari isteri dan anak-anak
Telefon pintar lebih diambil berat dari isteri dan anak-anak
Telefon pintar sentiasa di sisi
anak dan isteri di jauhi dan tidak dipeduli
Telefon pintar lebih dekat dengan diri dari mendekatkan diri dengan Allah.
Masa untuk telefon pintar sentiasa ada
Masa untuk bersama anak dan isteri sentiasa tiada
Masa dengan telefon pintar bila-bila sahaja
Masa untuk Allah, dihujung waktu, tika mata sudah keletihan melayan ragam Telefon Pintar.
Kasihan anak-anak
Kasihan isteri
yang terbiar justeru tempat dihati telah dipunyai oleh telefon pintar itu
Isteri mahu berbual , tidak dilayan , asik berbual dengan telefon pintar
Isteri meminta wang belanja, tidak ada katanya, tapi jika untuk telefon pintar, sentiasa ditunaikan nafkahnya...dijaga jangkahayat nya, dimanjakan selalu, dijaga agar tidak rosak dan baik sentiasa
tetapi sang isteri,anak ......hati yang rosak, remuk redam, hancur perasaan, adakah kelihatan padanya?

Aku pelik, suami yang letih pulang ke rumah, masih mampu mengadap telefon pintar, namun bila isteri meminta bantuan untuk membuat kerja rumah,  langsung tidak dipedulinya.
Aku pelik suami yang berumur lebih setengah abad, masih leka bermain telefon pintarnya ketika dihadapan anak dan isteri.
Aku pelik dengan suami yang menjadikan telefon pintar itu lebih disayangi dari menyayangi isteri dan anak-anaknya.  Anak dan isteri sakit tidak dihantar ke rumah sakit atau dipeduli, tetapi jika telefon bimbitnya itu rosak, tak senang duduk dan dengan segera akan dibaiki atau dibeli baru.

Wahai suami, walau berapapun usiamu, ubahlah sikapmu. Bantulah isterimu dengan kerja-kerja di rumah. Ke dapurlah, ke kedai lah untuk membeli keperluan isi rumahmu.
Jangan sekali-kali kau anggap isterimu itu khadammu semata-mata. Sediakan makan minum tanpa  mereka diberi wang perbelanjaan. Uruskan rumah dalam keadaan kesakitan.

Didikah anak-anak melalui tauladan dirimu.
Malu lah untuk makan hasil titik peluh isteri mu.
Malu kan..apabila suami yang bangun tidur, minta isteri keluar belikan sarapan dan makanan tanpa memberi wang belanja. Bukan setakat malu.  Suami yang sebegini, amat keji.  Kejam.  Dan tidak punya maruah diri.

Lebih malang lagi, suami yang begini pun boleh punya banyak isteri. Ye, jodoh itu ketentuan Allah. Namun, jangan hanya mahukan indahnya, tetapi tidak dijaga amanah Allah itu.

Ingatlah wahai suami-suami yang punya sikap keji ini..jangan kau mimpikan hari tuamu kan indah jika panjang umurmu.  Jangan kau harapkan anak-anak akan menjagamu tika telah lanjut usiamu, jika anak-anak itu tidak kau pedulikan diwaktu mereka membesar.  Tidak kau berikan secukup kasih sayang kepada mereka.




*Kenyataan saya di atas hanya untuk suami yang tidak bertanggungjawab sahaja.  Beruntunglah wanita yang punya suami yang bertanggungjawab dan menyayangi mereka.  Moga Allah merahmati rumahtangga anda. Jangan sia-siakan nikmat Allah ini.  Sentiasa bersyukur dan berbaktilah dengan penuh ikhlas kepada suami dan anak-anakmu.

Buat yang diuji dengan suami yang tidak ada hati perut ini, bersyukur dan bersabarlah.  Moga Allah beri kebahagiaan jua buat kalian tak di dunia, diakherat kelak. Sesungguhnya sabar itu pahit, tetapi buahnya manis.



Friday, August 4, 2017

Quran Hour 9 Zulhijjah 1438 / 31 Ogos 2017

Dari Mstar Online:

PUTRAJAYA: Bacaan al-Quran akan diperdengarkan secara serentak di masjid di seluruh negara selama satu jam bersempena ibadah wukuf di  Arafah pada 9 Zulhijjah ini yang secara kebetulan jatuh pada sambutan Hari Kebangsaan.
Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacob berkata program itu dianjurkan sempena World Quran Hour.
Beliau yang juga Pengasas Kumpulan Karangkraf berkata program itu bertujuan menggalakkan umat Islam membaca, memahami serta menghayati al-Quran selain mengadakan interaksi atau perbincangan mengenainya serta menjadikan kitab suci itu sebagai panduan dalam kehidupan seharian mereka. 
"Program ini akan menggalakkan umat Islam lebih mengenali dan mendekati Quran. 
Dengan ini kita boleh melahirkan umat Islam yang baik dan ia akan diterjemahkan dalam akhlaknya. Ini akan membuka mata orang bukan Islam bahawa Islam itu indah," katanya kepada Bernama di sini pada Selasa.
Beliau sebelum itu menghadiri taklimat persiapan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini.
Beliau berkata program yang diadakan sejak tiga tahun lalu mendapat sambutan yang mengalakkan daripada umat Islam negara ini.



Al Quran
Keindahannya orang bukan Islam pun akui. Nikmati, dan amalkan. Kita sebagai umat Islam mesti lebih-lebih lagi mencintai Kitabullah ini.


Jom, baca, faham dan amal Al Quran.


Tuesday, June 27, 2017

Ingatan Tulus Ikhlas

Surah Annisa' (148 - 149)

Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (148) Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa. (149)

Panduan untuk umat Islam.  Peringatan buat diriku yang selalu lupa.  
Apa  lagi rujukan kita selain dari Al Quran dan Sunnah yang Rasulullah s.a.w tinggalkan buat umatnya.

Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin buat semua yang melintas dan singgah di blog ini.

Wednesday, June 21, 2017

Berjimatlah di Hari Raya

Bangsa kita, bangsa melayu ini selalu membazir bila tiba hari raya kan.
Bazir duit, bazir masa untuk perkara yang tidak berfaedah.  Lepas tu bising kata tak ada duit.  Gaji sikit, Majikan kedekut, barang mahal.

Sebenarnya Allah dah bagi rezki yang mencukupi buat hambaNya yang bersyukur.  Sikit pun cukup sebenarnya.

Buat apa nak beli baju baharu, jika baju lama banyak lagi yang elok dan cantik.
Kita beli baju bila dah tak ada baju nak pakai.  Bila baju yang selalu kita pakai dah koyak.
Mesti ramai tak setuju dengan ayat tadi tu.  OK.  Fine.  Tapi tengoklah orang kita.  Bila ada orang kawin, beli baju baharu.  Bila nak pergi jalan, beli baju baharu.  Nak pergi dinner, beli baju baharu.
Bila buka almari, berlonggok baju-baju lama yang bukan makin kurang, tapi makin bertambah.  Akan dihisab ye, kalau tak digunakan. Sedekahkan lah baju-baju yang berlebihan itu. Jangan sedekah baju yang sudah koyak-koyak pulak. Rasulullah sedekah baju dia bila ada sahabat yang menegur bahawa bajunya cantik.  Sanggup kita?   :)

Contoh baju yang dijual .  credit untuk tuan gambo ni.  tq.


Ok.  Alasan, baju dah sempit. Memang lah kena cari baju baharu.  Tak perlu lah tunggu hari raya baru nak beli.  Beli bila rasa perlu.   Apakala semua orang set minda, hari raya kena ada baju baru, ini yang buat orang ramai di pusat beli belah setiap kali perayaan ini.  Begitu juga dengan kasut baharu, beg baharu.

Fungsi baju adalah untuk menutup aurat.  Bukan pakai untuk orang puji kita.  Kalau ada pegangan ini dalam diri masing-masing, insyaAllah, banyak lah yang kita dapat berjimat dalam perbelanjaan kita sehari-hari.  Boleh lah menyimpan untuk perkara lain yang lebih diperlukan.  Bagi yang lebih kreatif, baju yang mungkin tak boleh lagi dipakai, jika diubahsuai (Macam rumah pulakkan..) mungkin boleh dipakai semula.

Kalau kita nak cukup dalam perbelanjaan kita, kita perlu menjadi orang yang bijak menguruskan wang.

Jangan membazir.

Satu lagi, jangan lah bakar duit.  Ye..bakar mercun, bunga api yang mahal-mahal tu, bukankah membakar duit.  Kalau nak tengok orang yang ada berlebihan duit, pergi lah cari tempat di mana kita mendengar bunyi mercun setiap tiba bulan Ramadhan.   IYE.....BULAN RAMADHAN !!!
Sebab kalau dahulukala, orang melayu main mercun pada malam raya, atau pada malam 7 likur.
Sekarang ni, anak-anak diajar, (atau kurang diajar) main mercun dari mula malam satu ramadhan lagi.

Di kala orang lain sibuk bertaraweh, anak-anak diluar telah mula meletopkan mercun.  Adat manakah itu?  Bukankah mereka itu dari keluarga yang kaya raya sungguh.  Mampu membakar duit begitu sahaja.   Sedangkan duit itu susah payah dicari.

Itu belum lagi yang membakar duit dengan menghisap rokok.   OK, tak mau bawa tajuk itu.  Sindri tahu lah.  Bukan setakat bakar duit tu.  Bakar nyawa sekali.

Monday, June 19, 2017

Ramadhan, ramadhan, ramadhan..usah pergi


Bulan Ramadhan hampir sampai ke penghujung. 
Puasa 29 hari untuk tahun ini.

Apa yang kita lakukan untuk menambah perbekalan ke akherat? Tambah pahala atau kurang mengumpul pahala, dik kerana kelalaian, dik kerana kedosaan, dik kerana kealpaan?

Apa yang kita dapat dalam kita melalui Ramadhan yang mulia ini? Apakah hanya sebagai laluan untuk bersukaria di hari raya?

Ada yang tidak berkesempatan bertemu ramadhan ini.  Ada yang hanya sempat sampai di pertengahan ramadhan sahaja.  Ada yang Allah beri nikmat melalui hari-hari sepanjang ramadhan. Tetapi tidak melihat dan menggunakan kelebihan ramadhan itu, hanya setakat untuk lapar dan dahaga.  Sedangkan ia sebenarnya belum pasti akan bertemu lagi bulan penuh berkat ini di tahun mendatang. Mungkin sempat, mungkin tidak.  Tidak lagi rasa kerugian kerana mensia-siakan anugerah Allah ini.

Apapun, Moga Allah terima dan merahmati kita sepanjang masa. Moga Allah masukkan kita dalam golongan orang-orang yang beriman.  Moga Allah Ampunkan dosa kita.  Moga Allah masukkan kita ke syurganya dengan rahmatNya.  Moga dijauhkan kita dari azab nerakaNya..aamin, ya Rabbal Aa'lamin.



Perjalanan yang akan sampai ke penghujung pada bila-bila masa.

Thursday, June 8, 2017

Jangan Lupa: World Quran Hour 2017 Pada 19 Jun 2017



Shah Alam  -  Kempen Malaysia QuranHour dan World QuranHour yang dijadual berlangsung ma­sing-masing pada 24 Ramadan dan 9 Zulhijah ini sekali lagi menghimpu­n­kan 10 organisasi media cetak dan elektronik di negara ini bagi mempromosi program terbabit.
Malaysia QuranHour yang bertemakan Bangsa Berbudi dan Penyayang akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula pada pukul 12 tengah hari hingga 1 petang.
Kempen World QuranHour dengan tema World of Compassion (Dunia Kasih Sayang) pula dijangka diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak, Selangor pada waktu yang sama.
Antara media yang terlibat secara langsung dalam program tersebut ialah Kosmo!, Utusan Malaysia, Kumpulan Media Karangkraf, Bernama, Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV AlHijrah, Astro dan Kumpulan Media Prima selain penglibatan Yayasan Wa­risan Ummah Ikhlas (WUI) selaku sekretariat kempen.
Pengasas WUI, Datuk Husammuddin Yaacob berkata, tahun ini adalah tahun kedua 10 media utama ini bergabung dalam menjayakan program yang dilihat mampu mencetuskan gelombang dan minat masyarakat kepada al-Quran.
Sumber dari KOSMO online pada 24 may 2017.

Ayuh....ambil bahagian .  Sekurang-kurangnya dari rumah atau pejabat masing-masing.  Jadikan Al Quran, teman dan panduan anda.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...