Thursday, May 3, 2012

Pertemuan & Perpisahan

Cuti Hari Buruh kemarin saya luangkan masa menziarah orang meninggal di Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya ni. Dah lama siap, baru ini lah kali pertama saya menjejak kaki di sini.  

Cuba lihat suasana yang saya lihat di sini...dalam satu gambar ini...  di kiri, mensaksikan perpisahan, sebuah kematian.  Di sebelah kanan, mensaksikan pertemuan dua hati. Sebuah pernikahan.  Di sini... di masjid ini.





Saya ambil kesempatan melawat kawasan Masjid ini...



Ketahuilah manusia, kita dipinjamkan, dan bila2 masa, akan dipulangkan semula, kepada yang meminjamkan itu.  Ingatlah selalu.  Hargailah pinjaman Allah itu.  Gunakan untuk kebaikan dan jadikan wasilah, alat, untuk perbekalan ke sana...ke akherat yang baqa'.

Wednesday, May 2, 2012

Berlakunkah kita

Tengok orang berlakun, kat Tv, kat filem, kat pentas.....
Mereka boleh melakunkan pelbagai watak.  Mereka mahukan watak yang mencabar dari masa ke masa.
Nampak macam mudah je nak jadi baik.
Dan nampak macam jahat sungguh satu2 watak tu.
Rupa cantik, bau tadak...blakun jugak ka?

Bila berlakun jadi orang baik, penonton, sanjung. Respek. Sayang kat pelakun tu.  Punya lah pengaruh seorang pelakun.

Bila berlakun jadi orang jahat, audiens memang bebetul benci.  Sampai ke tahap kena baling batu bila kluar tengah khalayak ramai.
Berjaya kan...pelakun macam tu.

Tapi saya ni mmg rasa benci sangat kat pelakun yang dlm filem, dalam tv, belakun jadi baik sesangat macam malekkat.  Tapi, habis je shooting, huha huha, tk ingat Tuhan dah.   Tk terkesan  sikit pun ke dalam hati mereka, sepanjang menghapal skrip tu....kebenaran kata2 dalam skrip yang mereka duk hapal dan lafazkan tu..?


Hmmmm... aku tk sedar, aku pun selalu berlakun.  Itu ketukan di hati, bila memikirkan perkara yang sedemikian.  Aku sering berjanji pada Allah, dalam solatku, dalam doaku...untuk menyembah hanya Allah yang satu.  Untuk membuat kebaikan.  Meninggalkan kejahatan.  Se usai solat, aku kembali ke dunia kemungkaran.  Hanyutkan diri dalam kealpaan.  Tidak ada bezaku dengan pelakun2 tv, filem dan pentas itu. Aku pelakun di hadapan Rabul a'lamin rupanya.  Pelakun yang berjaya juga layak mendapat anugerah filem antarabangsa.

Ampunkan dosaku Ya Allah.  Berikanlah segala kebaikan kepada kami dalam menuju ke jalanMu yang benar.  Jangan kau putuskan kami dari RahmatMu, dari Taufiq dan HidayahMu Ya Allah.  Berikan Nur keimanan dalam setiap diri kami untuk mentaati perintahMu dan mengikut sunnah rasulMu Ya Allah.
Jauhi kami dari lakunan kejahatan yang akan memberikan bala' siksa neraka mu di akherat kelak. Kuatkan keimanan kami, tingkatkan kesabaran dan ketabahan kami dalam menempuh ujian penghidupan demi mentaati Mu, keranaMu..bukan kerana yang lain.

Tunjukkanlah kami jalan yang benar, sebenar2nya untuk kami lalui, untuk kami ikuti, agar tidak tersasar dari perintahMu.  Aamiin. Ya Rabb.

Tuesday, May 1, 2012

This old joke that I found in my 2008 mailbox makes me smile this morning.  (yeah, I'm clearing my inbox from several thousand of emails from year 2007!!)


Caller: Hello, can I speak to Annie Wan?  

Operator: Yes, you can speak to me.  
Caller: No, I want to speak to Annie Wan!
Operator: Yes I understand you want to speak to anyone. You can speak to me. Who is this?  

Caller: I'm Sam Wan. And I need to talk to Annie Wan! It's urgent.

Operator: I know you are someone and you want to talk to anyone! But what's this urgent matter about?

Caller: Well... just tell my sister Annie Wan that our brother Noe Wan was involved in an accident. Noe Wan got injured and now Noe Wan is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan is on his way to the hospital.  
Operator: Look, if no one was injured and no one was sent to the hospital, then the accident isn't an urgent matter! You may find this hilarious but I don't have time for this!  

Caller: You are so rude! Who are you?

Operator: I'm Saw Ree.

Caller: Yes! You should be sorry. Now give me your name!!  

Operator: That's what I said. I'm Saw Ree...
Caller: O h ......God!!! !




Monday, April 30, 2012

Ujian itu Nikmat

Cerita ini mampu mencairkan hati sesiapa yang mnontonnya.  Sudahkan anda? Pengajaran dari cerita ini, bersabarlah dengan ujian Allah, kerana disebalik setiap ujian, masih ada banyak nikmatNya yg dianugerahkan kepada kita.


Sunday, April 29, 2012

Utusan Allah



Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad), Jika kamu semua cintakan Allah, maka ikutlah aku (Nabi Muhammad saw), Allah akan mencintai kamu semua, dan Dia akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan Allah maha pengampun lagi maha mengasihani.” (Ali Imran : 31)




Tidak ada jalan yang kedua selain mengikut Nabi, melainkan ianya adalah jalan mengikut hawa nafsu.


Ketahuilah, sesungguhnya jika kita tidak mengikuti Nabi saw, bermakna kita mengikut hawa nafsu kita sendiri. Firman Allah swt :

Maksudnya : “Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya tanpa berdasarkan hidayat petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya).” (Al-Qasas : 50)

Saturday, April 28, 2012

Jangan meragui janji Allah, berdoalah !

Teruskan berdoa, walaupun tidak kelihatan doa itu dimakbulkan.  Janji Allah, ia mendengar dan akan menunaikan setiap permohonan doa orang-orang mukmin.




Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina


Allah dah berjanji, maka janganlah kamu meraguinya.. sesungguhnya, Allah tidak memungkiri janjiNya.

Teruskan berdoa.  Akan Allah makbulkan. Cuma masa untuk dimakbulkan itu yg tidak pasti bila.  Yakinlah.  

Tahukah anda, bahawa, berkemungkinan, kesejahteraan, kesenangan, keamanan yang kita nikmati sekarang ini, berkemungkinan hasil dari doa orang-orang terdahulu, nenek moyang kita?  Allah yang Maha Mengetahui, Ia yang maha berkuasa jua untuk memberi atau mengambil semula apa yang dipinjamkan kepada kita.

Setiap yang berlaku, ada hikmahnya, kelewatan dimakbulkan doa juga ada hikmahnya. Doa yang tidak dimakbulkan, mungkin bersebab.  Doa terhijab juga ada sebabnya...carilah semua itu.  

Apa yang dapat saya fikirkan, kemungkinan Allah tidak makbulkan doa saya, kerana kemungkinan saya akan menjadi lalai dan lupa bersyukur pada Allah setelah doa saya dimakbulkan.  Maka kekal lah keadaan saya begini.  

Berkemungkinan juga,.Allah mahu kita sentiasa mendekatkan diri dgn sentiasa mengharap dan berdoa. Jika semua doa dimakbulkan, maka ada di antara kita yang tidak lagi akan mahu menadah tangan.  



Perhatikan lah, kebanyakan mereka yang hidup susah, diuji, sentiasa berdoa, menghampirkan diri dengan Allah, bangun malam, solat sunat, solat hajat.  Berapa ramai pula yang hidup senang, namun makin jauh dengan Allah.   Bersyukurlah dengan setiap yang kita miliki dan nikmati sebelum ini, sekarang, dan akan datang.  

Terima kasih tuan guru kuliah umum di Msjid Putra, Dr. Zulkifli Muhamad Al Bakri yg memberi ilmu pada kami. 

Friday, April 27, 2012

Penswastaan Dalam Hidup

Semuanya diswastakan sekarang ni..temasuk menswastakan menjaga anak.  Menswastakan masak memasak dalam keluarga,
hmmm... betul gak kata Mufti Johor ni...Bersama Mufti TV Hikmah.


temasuk menswastakan penjagaan terhadap 2 orang tua...?

Bagaimana penswastaan dipersekitaran hidup anda?



Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...