Tengok orang berlakun, kat Tv, kat filem, kat pentas.....
Mereka boleh melakunkan pelbagai watak. Mereka mahukan watak yang mencabar dari masa ke masa.
Nampak macam mudah je nak jadi baik.
Dan nampak macam jahat sungguh satu2 watak tu.
 |
| Rupa cantik, bau tadak...blakun jugak ka? |
Bila berlakun jadi orang baik, penonton, sanjung. Respek. Sayang kat pelakun tu. Punya lah pengaruh seorang pelakun.
Bila berlakun jadi orang jahat, audiens memang bebetul benci. Sampai ke tahap kena baling batu bila kluar tengah khalayak ramai.
Berjaya kan...pelakun macam tu.
Tapi saya ni mmg rasa benci sangat kat pelakun yang dlm filem, dalam tv, belakun jadi baik sesangat macam malekkat. Tapi, habis je shooting, huha huha, tk ingat Tuhan dah. Tk terkesan sikit pun ke dalam hati mereka, sepanjang menghapal skrip tu....kebenaran kata2 dalam skrip yang mereka duk hapal dan lafazkan tu..?
Hmmmm... aku tk sedar, aku pun selalu berlakun. Itu ketukan di hati, bila memikirkan perkara yang sedemikian. Aku sering berjanji pada Allah, dalam solatku, dalam doaku...untuk menyembah hanya Allah yang satu. Untuk membuat kebaikan. Meninggalkan kejahatan. Se usai solat, aku kembali ke dunia kemungkaran. Hanyutkan diri dalam kealpaan. Tidak ada bezaku dengan pelakun2 tv, filem dan pentas itu. Aku pelakun di hadapan Rabul a'lamin rupanya. Pelakun yang berjaya juga layak mendapat anugerah filem antarabangsa.
Ampunkan dosaku Ya Allah. Berikanlah segala kebaikan kepada kami dalam menuju ke jalanMu yang benar. Jangan kau putuskan kami dari RahmatMu, dari Taufiq dan HidayahMu Ya Allah. Berikan Nur keimanan dalam setiap diri kami untuk mentaati perintahMu dan mengikut sunnah rasulMu Ya Allah.
Jauhi kami dari lakunan kejahatan yang akan memberikan bala' siksa neraka mu di akherat kelak. Kuatkan keimanan kami, tingkatkan kesabaran dan ketabahan kami dalam menempuh ujian penghidupan demi mentaati Mu, keranaMu..bukan kerana yang lain.
Tunjukkanlah kami jalan yang benar, sebenar2nya untuk kami lalui, untuk kami ikuti, agar tidak tersasar dari perintahMu. Aamiin. Ya Rabb.