Tanyaku pada diri...apakah sepanjang tahun ini..
amalan baikmu melebihi amalan kejimu ?
Atau apakah
Amalan kejimu melebihi amalan baikmu?
Tanyaku pada diri...apakah sepanjang tahun ini..
Akal fikiranmu memikirkan bgaimana meningkatkan imanmu
atau leka memikirkan cara mendapat hiburan dunia..
Tanyaku pada diri...apakah sepanjang tahun ini..
matamu kau gunakan memandang kebaikan..
Atau lebih memandang yang keji???
Tanyaku pada diri...apakah sepanjang tahun ini..Telingamu kau guna untuk mendengar kebaikan
atau kau pergunakan untuk mendengar kecelaan saudaramu..
Tanyaku pada diri...apakah sepanjang tahun ini..
Dirimu lebih banyak menyusahkan orang
Atau lebih banyak menggembirakan orang lain
Tanyaku pada diri...apakah sepanjang tahun ini..
Kau memikirkan sakitnya siksa neraka
atau kau lebih memikirkan dan berangankan
Nikmatnya syurga
Tanyaku pada diri...apakah sepanjang tahun ini..
Lidahmu kau gunakan untuk menyebut kebaikan
Atau mensuarakan kekejian saudaramu?
Tanyaku pada diri...apakah sepanjang tahun ini..
tanganmu banyak memberi..
atau lebih banyak meminta?
Tanyaku pada diri...apakah sepanjang tahun ini..
jari jemarimu kau gunakan menekan keyboard komputer
melayari laman2 web yang kotor
atau menekan keyboard berkongsi ilmu berguna, tanpa sempadan
Tanyaku pada diri...apakah sepanjang tahun ini..
Perutmu kau isi dengan makanan yang halal dan berkat
ataupun dengan makanan haram yang bukan hakmu?
Tanyaku pada diri...apakah sepanjang tahun ini..
kakimu kau langkahkan ke tempat kebajikan
atau ke tempat kemaksiatan?
Tanyaku pada diri...apakah sepanjang tahun ini..
Hatimu terpelihara dari kejahatan
atau bertambah gelapnya dalam menerima hidayah dari Tuhanmu
Tanyaku pada diri...apakah sepanjang tahun ini..
kau meredhai setiap ujian Tuhan pada dirimu
Atau kau mengeluh dan menyalahkan TakdirNya
Tanyaku pada diri...apakah sepanjang tahun ini..
Kau mensyukuri nikmatNya
Atau masih kau merunguti kepayahan hidupmu?
Tanyaku pada diri...apakah sepanjang tahun ini..
Bertambah bekalanmu ke Akherat...
Atau bertambah bahanapi mu ke neraka??
Nauzubillah..
Azan asar dah berbunyi..
tamat sudah setahun catatan amalan kita di dunia ini
Apakah kita telah berpuas hati
Dengan apa yang kita lakukan untuk diri kita di sana kelak??
KC
Segala amalan kita akan di bwa naik ke langit esok pagi
mengadap Ilahi
akan dihitung yang baik atau yang keji
hmmm..
acik sedih...tahun ini bukan tahun acik banyak membuat kebaikan. Sebaliknya tahun acik masih bergelumang dosa. Maafkan acik kenkawan semua. Selamat menyambut Nisfu Syaaban.
Showing posts with label tanya. Show all posts
Showing posts with label tanya. Show all posts
Saturday, August 16, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)
Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna
Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya. Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...
-
Dalam kegilaan sesetengah masyarakat IT di Facebook, mengambil bahagian dalam kuiz demi kuiz....(I'm not one of them...) acik terseremp...
-
Hmm...teringin bergosip harini... boleykan..boleyy?...boley laa... Acik tengok paper hari ni.. tentang sorang bekas menteri besar kawin d...
-
Sempena Tahun Baru Cina, memasing ambil peluang balik kampung temasuk acik. Sementelahan anak pun balik bercuti, kecuali Yanie, yg bercuti ...