Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Friday, June 20, 2008

lemah tak semesti gagal..

Kemaren, si Kakak ym acik, kata ;

Ummi..pointer akak dah naik.. dah boley sambung ptptn semula..

Alhamdulillah, aku lega. Selama ni acik memang selalu marah-marah pada dia, sebab prestasi merudum. Seribu satu sebab acik carik untuk dipersalahkan. Antaranya, sebab dia terlalu aktif di kolej. Aper taknya...kejap camping sana. camping sini, pastu turun gunung sana...naik gunung sini pulak..tk cukup lagi tu, masuk utan sini, kuar hutan sana...
Sampaikan pernah sekali waktu tu, dia balik dari hutan mana entah, naik motor, motor rosak tak boleh nak start. Nak call acik, henpon dah abih bateri. Dengan badan penuh dengan gigitan agas, dia berjalan kaki sorang diri dari susur jalan nak masuk ke Putrajaya hingga ke rumah kuarters kami ni! Jauh tuuuuuu.... 2 jam baru sampai rumah. Motosikal ditinggalkannya kat tepi jalan.






Ni lah motor carik makan acik...yang rosak tuh....




Sampai umah, acik nengok dia pun tekejut. Dah macam alien from outer space. Terkajuit gakla dengar citer dia berjalan kaki sejauh tu dan kesal sebab dia tk tipon....

Dah...tipon tk de bateri.... kata dia.

Risau kekalau jadi apa-apa sepanjang jalan tu.

Ada orang nak ajak tumpang, tapi kakak tk nak...takut...

Huh...elok gak tu....tapi bayangkan, budak pompuan muda jalan kaki memalam....dengan angkut barang...dengan helmet kt kepala...huhuhu...acik nak gelakpun ada.... sebenarnya risau giler.

Umur dia dah doploh satu... ader tk risau..

malam tu jugak, ajak adik dia si shahmah pi tgk motorsikal buruk tu. Kot-kot la boleh pebetui. Fuhhh...mang jauh giler dia berjalan kaki. Dah la dalam keadaan letih baru pulang dari jungle tracking tuh.!! Sibla shahmah ada. Malam tu dah terlambat la nak panggil mekanik. Esoknya barulah shahmah uruskan motor tu....(dengan merengus2...menyusahkan abang je...!!)

Dan Alhamdulillah, tk banyak la yg kena untuk baiki motosikal buruk aku tuh. Yang mahalnya, pengalaman si kakak tuh. Tak terbeli rasanya. Kalu acik le...confirm nangis teduduk tepi jalan tu...

Ok..balik ke citer asal (da lari tajuk ni..) ..nk kaitkan dengan kemarahan acik kat dia.

Dah la dia letih centu....acik bebel lagi kat dia...suruh letak semua jawatan persatuan dan kolej yang dia pegang. Acik kata;

Udah tu...jangan giler kuasa sangat pegang jawatan itu ini....letak semua jawatan dan tumpukan pada pelajaran ! Sekarang, pointer tu dah tahap bahaya....dah rasa payah nak kejar. Jangan nak memain lagi belajar. Nak tukar course pun, too late... orang dah pegi separuh jalan. Duit dah banyak habih... (duit ptptn tu la....bukan senang ooo nk bayo balik..)

ala ummi....tggu la result sem ni....kalu turun lagi, baru akak letak jawatan...

abih tu...klu dah turun lagi....kamu boleh kejar...??? Dah terhantuk baru nak tengadah? bila nasik dah jadik bubur...baru kamu nk nyesal??

kalu nasik da jadik bubur, makan jer la....sedap gak....hahha..

huh...nak memain lagi tu.. (acik gelak gakla dlm ati...)

Dia diam jer...bekurung dalam bilik. Masih teruskan ym dengan kekawan mana tah.. masih teruskan tgk movie online thru laptop dia tu. Geram aku.

Sebagai anak sulung, dia aku harapkan bagi contoh kejayaan pada adik-adik.

Setakat UPSR, dia bejaya membakar semangat adik2 untuk ikut jejak dia dapat 5A. Masuk asrama, di tahap PMR, dia dah tunjukkan kemerosotan dalam pelajarannya. Dia tidak berjaya dengan cemerlang. Tapi masih berjaya stay lagi kat asrama tu...Tahap SPM pun merosot gak.. mang acik risau giler masa tuh. Bila keluar result...mang tk seperti diharapkan...tapi memandangkan dia lepas gak, untuk dapat tawaran sambung bajar ke matrikulasi, acik lega. Alhamdulillah lagi...

Habis matrikulasi, dia dapat pulak tawaran ke UPM...walaupun pointer dia amat merisaukan acik masa tu. Dia masih dapat peluang ke IPTA.

Sekarang dia dah tahun dua kat universiti. Aku sentiasa risau selagi tk habih pengajian dia ni. DIa kata course dia susah.. acik kata;

Belajar, mana ada yang senang???

Namun, dari smua yang aku ceritakan tu...aku dapat buat kesimpulan,

-bahawa aku perlu terus berdoa untuk kejayaan anak2 aku.
-Aku perlu yakin dengan kebolehan mereka.
-Dan aku perlu sentiasa bersedia untuk terima sesuatu yang mengecewakan kerana dalam hidup ini, kita tidak akan selalu berjaya dapat apa yang kita mahukan.
-bukan mudah untuk mendapat kejayaan.

Sama macam kes shahmah dulu, aktiviti luar, kalu silap aturan, memang boleh menyebabkan tersungkur gagal dalam pelajaran.

Tapi kes si kakak ni, dia tetap tak mahu letak jawatan dia. Bebetul giler kuasa. Anak saper tah....uhuhu...

Memang dia minat giler dengan apa yang dia buat sekarang ni. Sbb tu dia pertahankan, tak mahu letak jawatan.

Mana tau, akak boleh dapat kerja nanti dengan aktiviti2 yang salu akak join tuh...

huhu....aku bimbang dan akan terus bimbang selagi dia tk abih bajar..




Nak mendaki sampai ke puncak, bukan sesuatu yang senang. Ada yang sampai, ada yang tak sampai. Kalu dah sampai pun, kena jaga jugak, jangan sampai tegolek jatuh ke bawah. Tapi ada gak yang dah jatuh ke bawah lembah....dapat bukak kebun, subur, banyak hasil...tpi kena kerja kuat la...
Sesungguhnya, perjalanan kita masih jauh.

Cen: Acik pun salu gagal dalam hidup, dalam pelajaran, dalam pekse, dalam mendidik anak dan diri sendiri, dalam usaha menjadi anak dan ibu yang baik. Tapi dalam kegagalan, ada kejayaan, dalam kelemahan, ada kelebihan.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...