
Untuk Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Hj Razali bin Ismail yang telah meninggal dunia pada petang tadi.
Acik dpt berita ni mlam ni..tu pun di smskan dik Cik Ida..terkejut acik. Gambar ni acik amek dari rakaman Perhimpunan Bulanan KPM bln lepas. Allahyarham yang bagi ucapan/amanah.
Memula ingatkan diorg ni memainkan acik...(tu lah..selalu memainkan orang lagi...dah, takut bayang2 sendiri...)
Pas tanya beberapa kawan lain, maka sahlah berita ni. Menurut dalam berita Bulletin TV3, beliau rebah sewaktu beriadah di Institut Aminuddin Baki, GH.
Moral:
Mati itu datang tiba-tiba
Mati itu datang, tak tau di mana
Mati itu datang, tak tau juga bagaimana cara
Mati itu datang, tk mengira siapa
Mati itu datang, sekali sahaja di dunia
Mati itu datang, tk menunggu samada kita telah sedia atau tiada
Al Fatihah.
Moga Allahyarham di Rahmati Allah, di pelihara dari siksaan kubur dan mendapat Rahmat Allah di akherat.
Moga kehidupannya di akherat akan jauh lebih baik dari hidup di dunia. Moga api neraka tidak akan mendekatinya, moga bidadari syurga juga akan dimilikinya.
Wahai anak cucu dan sekelian keturunannya serta semua umat manusia.... doakanlah hamba Allah ini, agar ia akan selamat di sana. Apabila kita telah ke sana, tidak akan ada lagi keinginan terhadap makanan, tidak akan ada keinginan terhadap harta benda, tidak akan ada keinginan terhadap kuasa. Sebaliknya, mereka hanya inginkan doa dari anak yang soleh...doa dari kita yang masih hidup. Moga segala amalnya waktu di dunia, akan diterima Allah. Moga segala pesanan dan amanahnya, kita amalkan bersama, Moga segala kesalahannya waktu bernyawa, akan diampuni Allah jua...begitu juga kesalahannya sesama makhluk dan manusia, moga semua kita dapat memaafkan Allahyarham..
"Hai jiwa yang tenang. Kembalilah pada Tuhanmu. Dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke surga-Ku.” (Q.S al Fajr: 27-30)"