Friday, July 5, 2019

Indahnya katamu sahabat

Kataku, kalau kita ketemu, aku mahu memelukmu erat.  
Katamu pula, kau akan memelukku dan tidak akan melepaskannya.

Kataku, kaulah sahabatku yang terbaik.  
Katamu, kita akan menjadi sahabat sepanjang hayat kita,
di dunia dan di akherat,
dan moga Allah satukan di Syurga.
Usahalah, untuk ke syurga Allah, mungkin dengan persahabatan kerana Allah kita ini,
akan menemukan kita di sana.

Kataku, aku bukan seperti yang kau kenal dulu, 
aku kembali mengumpul mazmumah,
meringankan mahmudah.
Katamu, akan ku pimpin dikau wahai sahabatku
Menampal kebocoran mahmudah,
menceduk keluar mazmumah yang melimpah

Kataku, aku tidak sebaikmu
dan tidak layak mendekatimu pun
kerana dosaku..
Katamu, Allah itu maha mengampuni
Tadahkankan tanganmu, pohon keampunan
Taubat dan kembali membina keimanan dan ketakwaan
Bersama kita mencari keredhaan Allah

Berkati ya Allah, persahabatan kami ini.
Kita bertemu kerana Allah, kita berpisah jua kerana Allah.

Accik Cen
2 Jun 2012

Transfer dari FB Accikcen

TERLUPAKAH

Aku masih di sini...
menanti hari yg semakin mendekati..
tpi kekadang aku tk ambil peduli..
terus berpoya2 di sana sini..
menyangkakan usia ku masih muda lagi
sihat segala segi, lupa diri
lupa iktibar yg dilihat sendiri
lupa menyiapkan bekal untuk ke sana nanti.
lupa memohon ampun untuk dosa yg telah digelumangi..
lupa bersedia untuk mati ..


 Accik Cen
Ramadhan yg semakin meninggalkan kami.....
26 Ramadhan 1433

Transfer dari FB ku

Jus Asli 1001 penyakit

Cara bancuh (Transfer dari FB accik cen)
ACCIK CEN·MONDAY, DECEMBER 12, 2016
Resipi Ubat Sakit Jantung & Mengatasi Masalah Cholestrol.
Kalau anda dinasihatkan untuk buat Bypass Treatment atau Angiography kerana masalah injap jantung tersumbat......SABAR DULU....NANTI DULU.....Haaaa cuba makan penawar ini dulu. InsyaAllah, anda tak perlukan treatment tersebut.
Resipi untuk ubat penyakit jantung ini saya dapat dari Seorang Ustaz, rakan Darulsyifa' dalam pertengahan bulan Mei lalu. Ianya berpunca dari seorang Ulamak yg tinggal di London bernama Mohammed Kantharvi. Beliau pergi ke Pakistan untuk hadir dalam satu Conference dan mengalami sakit dada. Doktor mengesahkan 3 saluran injab tersumbat dan perlu dilakukan segera. Beliau dirujuk kepada Cardiologi Hospital di Lahore dan menunggu appoinment utk pembedahan. Dalam pada itu seorang Ulamak Di Pakistan, Moulana Bashir Usmani telah membuat satu ramuan ubat dan memberi Mohammed makan. Sehari sebelum pembedahan dilakukan, pemeriksaan Angiography mendapati TIADA saluran injab yg tersumbat dan Mohammed Kantharvi disahkan sihat.
Melihat kepada ramuan bahan yang dinyatakan ......saya rasa ada kebenaran cerita ini. Jadi saya pun cuba membuatnya sendiri dan makan dulu sendiri bersama isteri selama hampir 2 minggu. Kesannya amat memberansangkan. Selera makan bertambah...Peluh mencurah2 walaupun melakukan kerja yang ringan. Tenaga bertambah.....Badan terasa ringan dan pegerakkan menjadi cergas. Untuk makluman, saya pernah buat full medical checkup pada tahun 2009 sebelum bersara. Pada masa itu reading Cholestrol saya agak tinggi iaitu 6.3. Lain2nya semua OK & Normal. InsyaAllah, sebelum puasa nie saya akan lakukan satu lagi Full Medical Check Up. Saya akan update kan resultnya nanti.
Ramuan Bahan2 adalah seperti berikut :-
1. Satu cawan Jus lemon
2. Satu cawan Jus Halia
3. Satu cawan Jus Bawang Putih
4. Satu cawan Cuka Epal
5. Tiga cawan Madu Asli.
(Bawang Putih dan Halia ditoskan atau direndamkan sekejap dalam air panas. Kemudian, ambil bawang putih atau halia yg ada sedikit air yang lekat padanya mesin menggunakan blender pembuat Jus iaitu yang air jusnya sahaja yg keluar dan hampas telah ditapis.
Anggaran dalam 2 kg bawang putih untuk mendapatkan satu cawan air jusnya. Bagitu juga dengan halia. Maksudnya disini, hanya pati jus yang diperlukan. Jangan dicampur air dalam blender.)
Cara Membuatnya
Campurkan bahan 1 hingga 4 diatas dan masukkan dalam periuk dan masak diatas api yang sederhana selama lebih kurang 20 minit. Kacau sentiasa untuk mengelakkan dari berkerak. Setelah masak alihkan kedalam bekas dan biarkan ianya sejuk dalam 30 minit. Kemudian campurkan 3 cawan madu asli.....dan boleh diminum.
Sukatan Minumannya
Ikut resipi asal hendaklah diminum 3 sudu teh selepas bangun tidur ketika perut kosong sekali sehari. Tapi pada saya yg belum ada sakit jantung merasakan tindak balas yang agak kuat seperti terasa darah berjalan dengan laju. Maka, saya hanya mengambil satu sudu teh sahaja sehari....itupun sudah cukup kuat. Rasanya masam manis.
Supliment Tambahan
Saya membaca beberapa Doa Rukyah pada ramuan bahan sebelum diproses. Rukyah yang dibaca adalah :-
1. Surah Al Fatihah
2. Ayat Kursi
3. Solawat Syifa
4. Solawat Tafjiriyah
5. Ayat Pemecah Surah Al Anbiyaa ayat 30
6. Ayat Pemecah Surah Al Hasyr ayat 21 - 24
7. Ayat Pemecah Surah Al Mukminuun ayat 115 - 118
Kesemua ayat2 diatas ada saya lampirkan di Halaman "Pengubatan Islam Assyifa'

Ihsan dari Blog/Wordpress siapa tah..lupa...semoga Allah berikan rahmatnya pada yang kongsi ni.

Friday, May 31, 2019

Apabila Kita Diuji

Kadang-kadang apabila kita ditimpa maslahat, kita rasa tersiksa sangat.  Lalu kita kata terlalu berat tanggungan kita. Terlalu menderita hidup kita. Hingga ada yang menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Tuhan kerana mentakdirkan derita itu buat kita.
Kita bandingkn hidup kita dengan mereka yang tampak gembira dan bahagia. Kita rasa hidup kitalah sahaja yang malang.

Jangan begitu. Banyakkan membawang...eh..maksud saya mengetahui kisah penghidupan orang lain yang Allah timpakan ujian.

Ada yang berkata, dengan ambil tahu kisah kesusahan orang lain akan dapat meringankan penderitaan kita.

Jangan pula apabila kita dengar kisah orang yang ditimpa bala..kita kutuk pula dia. Kita tokok tambah cerita. Kita padankan muka dia.
Sebaliknya hendaklah kita doakan mereka yang baik-baik. Kita bersimpati. Kita bersyukur dan ambil iktibar apa yang patut untuk diaplikasikan dalam kehidupan kita.

Kita bandingkan dengan ujian yang kita hadapi dan lalui. Tarik nafas..dan lepas. Alhamdulillah, ujian kita telah berjaya kita harungi. Sedar tak sedar, ianya dah berlalu. Tandanya memang Allah uji hambaNya kerana kita mampu menghadapinya.
Banyakkan membaca sirah-sirah para rasul dan nabi Allah. Juga kisah para sahabat nabi yang terlalu berat ujian yang mereka hadapi. Dalam Al Quran..dalam banyak buku-buku sejarah yang dijual dipustaka-pustaka. Hayati kisah mereka. Nescaya bergenang air mata kita membacanya. Betapa hebatnya ujian yang Allah timpakan kepada kekasih-kekasihNya.
Ketahui lah bahawa Allah menguji kita kerana Allah sayang kita. Bukan mahu menyusahkan kita. Sentiasa basahi lidah kita dengan ucapan 'Alhamdulillah' kerana ujian itu adalah salah satu nikmat Allah juga.
Seperti yang saksikan apabila hujan turun..selepasnya ada pelangi yang Allah hadiahkan buat penghuni dunia.  Itu yang kita nampak...hikmah tersirat lain, jarang kita sedari. Contohnya, air hujan itu menyuburkan tanaman. Banyak sangat hikmah dari hujan semata.
Ujian-ujian mega yang lain, seperti kehancuran sesebuah negara akibat bencana alam. Hikmahnya adalah untuk umat manusia selepas mereka yang Allah hancurkan bersama bencana itu. Sadis sekali. Tetapi untuk generasi manusia selepasnya mengambil iktibar. Jika mereka mengetahuinya.
Ingatlah, bahawa Allah bukan saja-saja menimpakan ujianNya pada hambaNya. Allah maha mengetahui hikmah disebalik kejadian. Bersabarlah seperti sabarnya nabi Ayub tika diuji dengan kesakitan, sabarnya nabi Yaakub bila mana Yusuf kesayangannya dikatakan mati dimakan serigala. Sabarnya nabi yusuf tika dibuang saudaranya sendiri kerana cemburu..sabar dengan fitnah manusia kelilingnya..sabarnya nabi Muhammad rasul kita dengan cerca dan siksa sewaktu hendak mengembangkan Islam bersama para sahabat baginda. Harta dan nyawa taruhan mereka dalam mengembangkan agama Allah.
Lebih berat lagikah ujian kita dari yang Allah uji mereka itu?
Bersyukurlah sentiasa... Moga hatikan menjadi tenang dan Allah permudahkan kita menghadapi ujianNya.

Thursday, February 28, 2019

Bersabarlah dalam menempuh Bahtera Kehidupan Berumahtangga

Wahai anak, wahai sahabat, wahai manusia sekeliannya,

Sekiranya kita belum kawin, kita selalu risau..Bila aku nak kawin.
Bila dah kawin, risau menjadi bertambah banyak. Bukan menghilang. Mahupun berkurang

Dari itu wahai semua, bersyukurlah selalu.  Sentiasa basahkan lidah dengan zikirullah,
hiaskan hatimu dengan rasa syukur ke hadrat Ilahi.
Nescaya kehidupanmu akan menjadi damai sedamai air di tasik.
Kehidupan kita bukannya lama di sini  
Singgah seketika di dunia nan fana ini.
Carilah kebahagiaan hakiki 
Untuk kehidupan yang kekal abadi

Ada seorang ahli sufi (Syaqiq al Balkhi) mengatakan antaranya;
Berbuatlah dosa kepada Allah
Selagi kamu rasa kamu mampu menghadapi siksaNya di sana kelak.
Himpunkanlah pahala sebesar mana syurga yang kamu perlukan.

Beramallah demi syurga sebesar kedudukan syurga yang kamu kehendaki.

Friday, February 22, 2019

Harumkan bau nafasmu

Assalamualaikum dan Selamat pagi. 
Hari ni Jumaat 22/2/2019 .  Pagi-pagi dah turun ke Cafe beli gula-gula di atas.  Sebab apa?  Malam tadi makan sambal petei...hehhee...nak jaga bau nafas kenkonon.
Almaklum, koje kat opis ni, nanti orang datang berurusan, sembang-sembang dengan kita, semerbak bau potai kan.  Sekurang-kurangnya ada usaha untuk menghilangkan bau tu.

Tak ada la nanti orang viralkan, staf kat opis si polan tu, mulut bau potai.  hadooii..
Zaman blogging dulu lom ada sebut sangat perkataan 'viral' kan.  Tapi sekarang ni, sikit-sikit viral, sikit-sikit viral.  Mulut bau potai pun viral.  hihihi...

Lainlah orang puasa.  Walau pun busuk, orang tak kata. Bau mulut orang berpuasa itu adalah harum di sisi Allah.

Pagi ni, sebelum kerja datang, sempat jeling tulisan-tulisan lama dalam blog ni.  Yang kelakar pun ada.  Rasa nk menulis pulak semula hari ni.  Hari ni je....esok lusa lom tau. hahah..

oklah.  Sekian dulu.

Wednesday, January 2, 2019

Time flies

 Nur Amni
Updated:20/3/2019

Updated:20/5/2020

Updated:1/9/2022


150  210
Tahun baharu 2019, kini accik dah bergelar nenek kepada 4 orang cucu dari 3 orang anak.  Kejap je kan.  Tak masuk yang dari anak-anak yang lain lagi.  Alhamdulillah.  2018 tahun bertambah 3 lagi cucu.  Berturut-turut.  Hari demi hari.  Dulu menyaksikan pembesaran dan perkembangan persekolahan anak-anak.   Sekarang menyaksikan bagaimana mereka membesarkan anak-anak mereka pula.  Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi yg mengurniakan nikmat dunia ini kepada accik sekeluarga.  Syukur selalu.  Moga keturunanku akan membesar dan menjadi insan yang soleh dan solehah dan berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...