Thursday, June 16, 2011

Shareen

Harus kena tukar nama blog ke Blog Perjumpaan Kawan-kawan  pulak sekarang kan.... Dah tak ada idea.  Asik sibuk jumpa knkawan je sejak akhir2 ni. 

Sebelum ni ada cerita jumpa Shaheen.  Semalam buat appointment dengan adik dia pulak, Shareen.  Bawak ke rumah lepak-lepak sekejap, kemudian terus shoot ke rumah emaknya.  Acik sanggup ambil cuti demi Shareen seorang ini. Saja, sebab dah rancang masa pejumpaan pertama dengan dia beberapa minggu lepas selepas lebih 25 thn tk jumpa...bahawa kami akan habiskan masa seharian nanti bersama, utk ganti 25 tahun yg dah termiss itu...errr..boley gitu?

Dia ni sebenarnya bekas anak murid acik..manja, suka majuk gitu.. Memang dia dan kenkawannya berebut2 nk bemanje dengan acik dulu...sebab acikpun rajin melayan.  Kira cikgu kesyayangan lah di era tersebut....(stetment sendiri nak temuntah...uwwweeekk!!)
kejap je acik jadi cikgu..pastu acik dah kawin. Terus brenti ngajar.... :)

Acik tk sangka pulak..beberapa bulan lepas tu, di tahun yg sama, Shareen ini, yg berusia 16 tahun ketika itu, juga telah dikahwinkan oleh ayahnya...huhu...


Hasilnya, kini beliau telah menjadi 'nenek' muda kepada 1 1/2 orang cucu .....dengan anak seramai 8 orang..Usia beliau kini 41 tahun, sementara acik, menghampiri 47 (ehh..tak tanyapun..!)... Alhamdulillah. Segalanya ketentuan Ilahi..Beliau gumbira dengan kehidupannya sekarang.  dan pastinya, merindui cikgu yg seorang ini.  Kalau tidak, takkan letak nama anak perempuan pertamanya dengan nama acik khhaaaannn????  perasaaaaan lah kau acikk.... !!
Moga Shareen ini akan mendapat rahmat Allah dan dipelihara dari segala kejahatan dunia dan akherat. dan moga ukhuwah antara kami akan diberkati Allah dan akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat...aamin.

7 comments:

Ms.Lilies said...

jumpa kengkawan lama memang best kan cik

Acik Erna said...

acik..mudo boto dah ado cucu kan..akak yang dah tuo ni pun lom nampak bayang..he he..

lupekanje said...

Ms Lilies - iyo tekau..

Kak erna - samo la kito kak..calon eh pun tak nampak laiee..

ibuhebat said...

akak, saya pun macam tu.. amik cuti satu hari semata-mata nak jumpa best friend saya. yela, susah nak jumpa.. setahun sekali baru dapat jumpa.. weekend dah sibuk dengan family masing2.. amik cuti boleh bergosip dari pagi sampai ke petang.. haha..

lupekanje said...

kan puan kan...sbb bila lama tk jumpa, banyak benda nk dicerita. Kalu jumpa dlm reunion, tk puas, sbb masa tu, kita nk sembang dgn smua orang..smua org nk sembang dgn kita...hehhee..
semoga pn. aini berjaya dlm kerjaya,
maju dalam berniaga.

zino said...

elok la mudo2 dah ado cucu.. hehe

lupekanje said...

betul zino..tpi sesekali nnt nenek kompius, mano satu cucu, mano satu cicit lak..heheh

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-