Selamat terjun ke alam kerjaya...semoga Allah murahkan rezeki buat anak kedua acik, MA Shahmah b. Ramli.
Pesanan Ummi.... bekerja lah rajin-rajin kerana Allah. Dunia pelajar dan dunia pekerja adalah 2 dunia yang berbeza dan ujiannya juga berlainan. Yg sama hanya pesanannya.... iaitu... Jangan lupakan Allah, di mana juga kamu berada. Kewajipan atas Allah mesti dijalankan, solat khasnya mestilah di dirikan apabila sampai waktunya. Dengan mengingati Allah, Allah juga akan mengasihi kita. dengan mengingati Allah, rezeki yang kita terima akan lebih keberkatannya, dengan mengingati Allah, dunia yang kita cari, akan diikuti oleh akherat.
Jika Allah dilupakan, dunia entah ke mana, Akherat pun tk dapat apa. Orang yang mencari akherat dalam hidupnya, dunia akan mengejarnya. Orang yang mengejar dunia semata, akherat akan semakin jauh ditinggalkannya....sedangkan akherat itu tempat yang kekal abadi yg telah Allah sediakan buat kita.
Jika ada rezeki dan keizinan Allah, yg berakhir itu boleh dimulakan semula... sebenarnya kehidupan sebagai seorang pelajar tidak pernahpun berakhir. Kerana dalam kehidupan, kita sentiasa belajar...untuk mematangkan kehidupan. Belajar tentang masyarakat. Belajar tentang cara penyelesaian masalah seharian dan lain-lain.
Berdamping dengan penjual minyak wangi, akan dapat keharumannya.
Berdamping dengan pencacai, akan dapat bau busuknya.
Berdamping dengan orang berilmu, akan dapat tempias ilmunya.
Berdamping dengan orang yang beramal dengan ilmunya, akan menumpang sama pahala kutipannya.
Mendekati kejahatan, jangan sekali.
Mendekati kebaikan, adalah sebaiknya.
Sekian, antara pesanan ummi.








6 comments:
Selamat dah 2 orang... tinggal lagi sorang kan ?
dua orang lagi actually. Kakak dan Adik. Si kakak masih dlm kategori belum bekerja sbb duk perabihkn master lagi. Sib bek shahmah tk sebut lagi nk further study.
tahniah dah dapat keje...
semoga dipermudahkan segalanya...
Aamiin..
tahniah cen kerana shamah dah kerja, senang hati umi yer...
- kteh
terima kasih kak teh.. Alhamdulillah. Tpi belum blh senang hati lagi ni...huhu..
Post a Comment