Kali ini, saya ini mengsyorkan pengunjung di sini untuk membaca buku tulisan rakan pengajian saya ni. Dalam diam, tidak disangka, beliau telah banyak menghasilkan buku-buku ilmiah untuk panduan pembaca dalam mengharungi penghidupan ini.
Mengikut jejak abangnya, Zuhriah Mohamad Juoi, kini nampaknya semakin giat menulis. Mungkin faktor anak-anak yang sudah semakin membesar yang membuka ruang masa untuknya menulis. Tahniah kawan. Saya tumpang berbangga. Boleh lawati blog beliau di http://zuhriahmohamadjuoi.blogspot.com/
Abangnya, Ustaz Pahrul Mohamad Juoi memang telah tidak asing lagi, sebagai seorang pengarang, motivator, penulis lirik nasyid, kaunselor, pemuisi yang terkenal di Malaysia ini. Semoga mereka ini dirahmati Allah dan diberkati dalam setiap perjuangan mereka .
Namun, lumrah hidup… andai sesekali musibah menerjah, tergugatkah iman, tercalarkah ketakwaan? Andai masih kenal erti syukur, alhamdulillah… pasti tidak mudah melatah kerana yakin bahawa ujian itu adalah perlambangan kasih sayang-NYA. Ranjau hidup ini mesti ditempuh, kepada Ya Rabb dipohon ketenangan.
TERIMA KASIH TUHAN ATAS CINTA INI mengadun 1001 rasa; suka duka, pengalaman serta sketsa kehidupan. Setiap patah kata mengajak kita mendidik hati dengan menjadikan agama dan sunah sebagai tunjang peribadi. Iqra… bacalah… untuk sesuatu yang bermanfaat buat diri. Mudah-mudahan perkongsian ini mampu mencipta kehidupan yang dilimpahi rahmat dan kasih sayang ILAHI.
Namun, sejauh manakah anak-anak ini dapat menjadi penyejuk mata ibu bapa mereka? Sanggupkah kita melihat anak-anak menitiskan air mata kedua orang tua mereka?
Tahukah kita cara mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna, soleh dan cemerlang? Cukupkah dengan hanya menggilap kecemerlangan akademik semata-mata?
Buku ini sesuai dijadikan panduan untuk membentuk anak-anak cemerlang di dunia dan akhirat. Sesungguhnya tiada harta yang lebih bermakna buat ibu bapa melainkan anak soleh yang sentiasa berbakti kepada mereka.
Turut dimuatkan dalam buku ini kaedah mendidik anak menjadi cemerlang dengan menekankan pelbagai aspek seperti kesihatan, psikologi, akhlak, ibadah dan banyak lagi.








4 comments:
Acik terima kaish cik..akak dah lamo nak cari buku2 macam ni pulak.ganti novel..dulu mudo2 novel yo..sekarang ni dah tak mau..cubo boli satu..sampai sekarang tak berusik
apo laie kak..gi kodai copek..tk pun klu gajin, gi pameran buku Karnival Karangkraf 2012 dari 27-29 Januari 2012,...macam2 ada. Dapek jumpo diorang penulih eh skali.. hehe..
salam cik
bes la terima kasih tuhan atas cinta ini...nk belila..hehe..
Beli...jgn tak beli..yuyee dah bgelar isteri kan? Ok..amalkan segala yg sepatutnya sebagai seorang isteri yang menghargai anugerah cinta Ilahi itu...
Post a Comment