____________________________________________________________________________________________________________
SEPANG: Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik mengaku tidak bersalah di Mahkamah
Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan memukul suaminya menggunakan fail pejabat sembilan
bulan lepas.
Kamaliah Basir, 35, didakwa telah mendatangkan kecederaan kepada Zaihan Md Lani, 48, dengan
menggunakan fail pejabat di bahagian badan semasa berada di dalam kereta di perhentian simpang
tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang, di sini, pada 12.45
tengah hari 3 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara
sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Aqeeb Lizalman memohon mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak
RM2,000 sebagai ikat jamin.
***********************************************
Kemudian, terjumpa tak berita ini.. (tarikh : 6 Januari 2012)
Zaihan Md Lani, 48, claimed trial to the charge before Sessions Court Judge Wan Mohd Norisham Wan Yaacob, who was sitting as magistrate, yesterday.
He is charged with voluntarily causing hurt to Kamaliah Basir, 35, by hitting her on the back and head with his bare hands at their home in Taman Emas, Dengkil, at 7.15am on July 14.
The offence under Section 323 of the Penal Code carries up to a year’s jail or a fine of up to RM2,000 or both.
Deputy Public Prosecutor Mohamed Shah Reza Noor Azman requested for a RM2,000 bail.
However, Zaihan, who was unrepresented, pleaded for a lower bail, saying that he had no steady job and that he had fully cooperated with the police.
Judge Wan Mohd Norisham then set bail at RM1,800 and fixed Feb 20 for mention.
Kamaliah, who is an Administrative and Diplomatic (PTD) officer, had also claimed trial to a similar charge in the magistrate’s court in Sepang on Dec 30.
She was charged with voluntarily causing hurt to her husband by hitting him with a file while they were in a car at the Persiaran Semarak Api and Persiaran APEC traffic light intersection in Cyberjaya at 12.45pm on March 3 last year.
Kamaliah’s bail was also set at RM1,800 while mention for her case was fixed for Feb 9.
____________________________________________________________________
Satu-satunya akhbar yang memaparkan berita kecil ini dalam akhbar mereka. Kecil je, tanpa bergambar.
Tak seperti berita yang mula-mula tadi, Semua akhbar perdana dan tabloid keluarkan berita tu..siap gambar lagi di sesetengah akhbar.... apa motifnya? Berita suami isteri bergaduh pun nk masukkan dalam front page akhbar? Di bawah adalah antara akhbar yang menerbitkan berita itu dalam akhbar mereka.
Di mana pergi semua wartawan-wartawan yang menulis berita pada 29 Disember itu sewaktu si suami pula di dakwa memukul isteri?
Persoalannya, kenapa ketika suami dakwa isteri pukul dengan 'fail' , smua akhbar 'highlight' kan berita ini. Apa yang akan kita rasa jika kita berada di tempat beliau? Pergi ke mana pun, rasa macam semua orang pandang semacam ... rasa macam orang kutuk. Rasa macam orang benci. Rasa macam dia sangat bersalah. Walaupun orang di sekitar itu tidak semua yang begitu. Bukankah ini urusan rumahtangga mereka. Kenapa mesti libatkan satu dunia?
Saya perhatikan di blog atau forum yang menulis entry tentang berita ini, ramai juga pembaca yang tidak menyokong si suami. Sebaliknya menegur kepincangan suami yang sanggup mendakwa isteri atas perkara sekecil itu. Yang menyakitkan, apabila mereka yang tidak tahu apa-apa, dengan mudah membuat spekulasi yang pastinya memberikan tekanan dan penderitaan jiwa individu tertuduh itu. Antaranya, cuba baca kat sini :
http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=622675 ..
Wartawan tidak sepatutnya membiarkan pembaca membuat spekulasi liar apabila menerbitkan sesuatu berita. Mereka semestinya bertanggungjawab dan bersikap adil terhadap sesuatu berita itu. Bukan etika seorang wartawan untuk membiarkan bahan tulisan mereka itu, hidup menderita, terhukum, sebelum dibuktikan kesalahannya.
Saya berkata demikian, kerana melihat berita pendakwaan si isteri terhadap suami, tidak pula dihebahkan di semua akhbar. Hanya satu pojok kecil di akhbar Inggeris....The Star..yang mengeluarkan berita ini... akhbar Inggeris!!!.. yang tk ramaipun orang melayu yang mahu membacanya.
Ini adalah tidak adil dan penganiayaan buat pegawai PTD ini... pegawai PTD...!! satu lagi kesilapan wartawan yang tidak sepatutnya berlaku. Kenapa mesti dibesar2kan jawatannya di dada akhbar? Tidak bolehkah dengan hanya menulis 'Pegawai Kerajaan' ? Kenapa saya bantah perkataan ini? Bukan sebab saya juga pegawai PTD.... saya hanya PT .... D tidak ujud dalam jawatan saya...
Kerana ramai manusia yang tidak panjang akalnya, akan mengutuk, mengata mereka yang berjawatan itu, adalah sangat sombong, sangat bongkak. Sangat ganas. Sedangkan mereka tidak mengetahui perkara sebenarnya yang berlaku. PTD adalah manusia biasa. seperti manusia biasa lain yang memegang jawatan berlainan juga. Ada yang baik, ada yang tidak baik, ada yang bertanggungjawab...mereka tidak sempurna sama juga seperti manusia lain.
Tetapi sewaktu mengutuk sesuka hati, adakah manusia-manusia pendek akal itu memikirkannya? Dengan hanya membaca tajuk, sudah mahu tunjuk pandai membuat spekulasi....isk3x.. sangat kuat kan, pengaruh akhbar dalam mengawal hati kita, mulut kita, jari jemari kita yang menaip ini.
Penulis/wartawan ada etikanya ketika menulis, ada guidelines yg perlu mereka ikuti. Pembaca ada etika ketika membaca apapun info yang keluar di akhbar, media letronik mahupun di alam cyber. Jangan mudah membuat kesimpulan dari apa yang dibaca. Kerana tidak ada berita yang tepat dan benar, kecuali berita-berita dalam Al Quran yang tiada langsung cacat celanya.
Sekurang-kurangnya 'Kalau' berita isteri mendakwa suami itu akhbar hebahkan juga...pembaca yang mengutuk, akan mempertimbangkan semula spekulasi yang mereka buat sendiri itu... dan kurang lah sedikit tekanan yang dialami oleh si isteri yang menjadi mangsa tohmahan kerana berita akhbar itu. Berat mata yang memandang, berat lagi lah bahu yang memikulnya.
Ye, beliau yang dituduh itu saya kenali hati dan budinya. Saya fahami sedikit sebanyak jalan-jalan berliku yang dilalui sepanjang perjalanan hidupnya. Ketabahannya dalam mengharungi duri-duri penghidupan...Walaupun tidak rapat, dan bukan bekerja di bawahnya, beliau tetap saudara saya. Moga Puan K itu, akan tabah hadapi dugaan ini...semoga segalanya berakhir dengan kesudahan yang baik...semoga segala kesabaran dan ketabahan akan mendapat bayaran dan ganjarannya di dunia dan di akherat.. aamin... wanita, kalu yg kuat jiwanya, akan dapat mengalahkan lelaki yang tampak kuat di luar tapi lemah di dalam...
Moral of the Story : Kisah ini tambah mengingatkan saya setiap kali membaca akhbar agar tidak cepat membuat andaian. Tapi tu lah kan..kita ni manusia..susah nk jaga hati dari berkata-kata yang tk sepatutnya. Jadi kalau tk boleh kawal hati, kawal mulut, kawal jari.....baik toksah baca akhbar merapu tu.. menambah dosa !
Untuk wartawan, belajar lah menulis berita dengan lebih baik, lebih mendatangkan kebaikan kepada semua. Info yang tepat, tanpa akan ujud unsur-unsur fitnah yang akan menghadiahkan dosa pada pembaca juga tanpa mereka sedari.
Untuk penyunting, atau editor, tapis lah betul-betul setiap tulisan yang hendak dicetak. Agar tulisan itu tidak akan memudaratkan mana-mana pihak yang tidak bersalah.
Kau tk kena..boleh lah kau kata macam2...!! cuba kau yg kena camtu....!!!
Ok..agak emosi entry kali ini. Maafkan saya.
Bacalah Al Quran, hati akan menjadi tenang.
Akan datang; garispanduan seorang penulis berita.
3 comments:
betullah..selalu sgt baca paper letak tajuk sesuatu kes dgn nama kompeni naik sekali :( apa tujuan?
nak laku kan paper ker?
Itu la pasal.kenapa perlu highlight PTD tu. kalu nak tulis skali pun tulis la si isteri or si suami....tercemar maruah PA.
Irfa ... klu kena kat kawan2 ato kluarga mereka agaknya barulah dia tk sebut perkara yg blh memalukan atau mempopularkan mereka....kann..
Juju... betul. Banyak pilihan perkataan lain yg mrka boleh gunakan selain dari menyatakan jawatan tu. Kalau pembaca smua pepandai dan berhati mulia tk pe la..ni, pembaca smua gopoh dan kdg2 biadap juga mengeluarkan komen. Bukankah ini akan menjadi gangguan mental dan perasaan mangsa yg terlibat. Susah sebenarnya nk jadi pemberita ni. Semua kena hati2...bukan blh hantam kromo je.
Post a Comment